10 Resepi Kerabu Mudah

Diposting pada

Kerabu ni sangat mudah penyediaannya, tapi memang buat menambah nasi berkali. Boleh la sediakan untuk makan bersama keluarga nanti. Selamat mencuba.

KERABU MANGGA IKAN BILIS

Bahan-bahannya:

3 biji buah mangga muda
1/2 mangkuk ikan bilis di goreng garing
4-8 biji cili padi-saya guna 4 jer
1 labu bawang besar
1/2 mangkuk kelapa goreng
Sedikit belacan
Garam
Gula
Asam limau nipis

Cara-caranya:

Sagat buah mangga.
Tumbuk cili padi, belacan, garam dan gula.
Masukkan dalam buah mangga tadi.
Tumbuk halus kelapa goreng.
Masukkan dalam mangkuk mangga.
Masukkan sekali ikan bilis dan bawang besar yang dimayang nipis.
Gaul/Ramas- masukkan sedikit air asam limau nipis. Gaul.
Siap.

KERABU IKAN BILIS

Bahan
Ikan bilis – digoreng
1 biji lemon atau 6 biji limau kasturi – ambil jusnya
3 sudu besar sos ikan
Garam dan gula secukupnya

Bahan hiris:
1 biji bawang kuning
5 helai daun limau purut
5 batang kacang panjang
1 batang bunga kantan
6 biji cili padi
3 batang serai

Cara membuatnya:
1. Satukan jus lemon, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
2. Masukkan ikan bilis dan bahan2 yang dihiris. Kacau rata. Siappppppp

KERABU MANGGA

BAHAN
sebiji buah mangga
sekuntum bunga kantan
sedikit udang kering ditumbuk lumat
2 ulas bwang merah
3 biji cili api
1 biji cili besar
gula secukupnya
garam

CARA
buah mangga dibuang kulitnya kemudian disagat
bunga kantan dihiris halus
bawang merah dihiris nipis
cili besar dipotong nipis2
cili api dipotong
campurkan kesemua bahan2 ini kedalam satu bekas..masukkan gula,udang kering yg ditumbuk lumat serta garam…gaulkan bagi rata…suaikan rasanya..siap utk dimakan.

KERABU TAUGE BERSAMA KERANG

BAHAN-BAHAN :

2 cawan taugeh
5 batang kacang botor
1 biji bawang besar – boleh kurangkan
1 biji cili merah – boleh tambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus – boleh tambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

** Boleh ditambah cili api kalau nak pedas lagi . Anda boleh tambah atau kurang ikut pada selera masing-masing ya..

CARA PENYEDIAAN:

Bersihkan kacang botor dan dipotong nipis kemudian bersihkan taugeh dan dicelur dalam air panas selama 5 saat saja .

Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.

Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.

kerabu perut

Bahan A:

500 gram perut lembu
Ikan kembong seekor(kalau ikan selar kuning 3/4)*lebihkan ikan untuk rasa yang lebih umph!*
lada hitam/lada sulah – lada hitam dlm 1 s/k
bawang merah besar(bawang India) 1 labu

Bahan B:

bawang merah besar 1 labu di mayang
cili merah dimayang – guna cili api..perghhhh
kelapa parut untuk dibuat kerisik
1 biji tomato di potong dadu (kalau tak letak pun takpe)
asam limau nipis/limau kasturi
garam
gula
santan RM1
Kacang panjang RM1/seikat dan dimayang halus2

Cara-cara:

Ok! Mula2 sekali hiris perut lembu itu memanjang kemudian direbus sehingga empuk dan toskan .
Panggang ikan jadi ikan bakar(kalau saya nak cepat saya rebuskan saja dengan sedikit air).
Sediakan kerisik: Goreng lebihkurang secawan kelapa parut tanpa minyak sehingga garing dan warna bertukar menjadi perang. Tumbuk kelapa hingga nampak keluar minyak Ok dah siap kerisik – guna yg ready made je…
Tumbuk lada hitam, kemudian tumbuk bawang dari bahan A, tak lumat sangatpun tak mengapa. Kemudian masukkan isi ikan yang dipanggang/rebus tadi, tumbuk lagi.
Bila dah siap 4 peringkat tadi campurkan semua yang dalam lesung tadi, kacang panjang dan kesemua bahan B dalam satu mangkuk besar. Kacau-kacaukan hingga rasanya serasi…. masin ada, manis dan masam… Selamat mencuba.

 

Tinggalkan Balasan