10 Koleksi Resepi Kek Kukus

Diposting pada

Resepi Kek pandan kukus

Resepi :

  • 2biji telur
  • Setengah cawan minyak
  • Setengah cawan gula
  • 2sudu susu pekat
  • 1sdk ovelate
  • Perasa pandan
  • Pewarna

Cara:

  1. (Blend je semua) kemudian masuk sikit2 1cawan tepung + baking powder (ayak)
  2. Kukus 20minit… pastikan panaskan pengukus dulu..

Resepi kek minyak kukus pelangi

Bahan2:

  • 2 1/2cwn tepung (diayak)
  • 4bj telur
  • 1cwn gula kastor
  • 1cwn minyak jagung
  • 1cwn susu pekat
  • 1cwn susu cair
  • 1sudu kecil esen vanilla
  • 1sudu kecil baking powder (diayak bersama tepung)
  • 1sudu kecil soda bikarbonat (diayak bersama tepung)
  • Pewarna pilihan jingga,merah,ungu,biru,hijau & kuning

Cara2nya:

  1. Sblm memulakan bancuhan,panaskan kukus terlebih dahulu.
  2. Barulah mulakan proses memukul telur dan gula hingga kembang.
  3. Masukkan susu pekat,susu cair dan minyak jagung.
  4. Kacau sebati. (x perlu pukul)
  5. Masukkan esen vanilla dan kacau lagi, kemudian masukkan tepung, baking powder dan soda bikarbonat yg telah diayak tadi.
  6. Kacau sebati dgn teknik kaup & balik, lakukan sehingga sebati tp tak perlu lama.
  7. Bahagikan adunan kpd 6 bahagian, letakkan pewarna pilihan.
  8. Gariskan loyang bersaiz 9″, kemudian tuangkan satu adunan dahulu kedlm loyang. Nolehlah dikukus selama 5minit.
  9. Angkat dan keluarkan dr pengukus (bukan dr dlm loyang yea) utk memasukkan adunan kedua.
  10. Hanya tuangkan shj adunan kedua diatas adunan pertama tadi dan kukus semula, begitulah seterusnya sehingga habis semua adunan.
  11. Kukus lg selama 30-45minit @ sehingga masak, gunakan lidi utk memeriksa samada kek sudah betul2 masak. jika tiada adunan yg melekat pd lidi,itu tandanya kek sudah masak.
  12. Sejukkan dahulu baru diterbalikkan @ dikeluarkan utk mengelak drpd kek melekat pd loyang @ pecah.

Selamat mencuba..
~jue jannah catalyst~

Resepi Kek Kukus Buah

Bahan-bahan

  • 525g tepung gandum
  • 454g planta
  • 220g gula pasir
  • 5 biji telur
  • 300g buah campuran
  • 2 cwn gula halus (dihanguskan)
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 camt cream of tartar
  • 4 camt essen oren dan vanilla

Cara membuatnya

  1. Gula + planta dipukul sehingga kembang
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Campurkan tepung, bikarbonat, cream of tartar dan buahan campuran
  4. Masukkan 3 dlm (1)
  5. Masukkan essen oren dan vanilla
  6. Hanguskan gula halus
  7. Masukkan sedikit demi sedikit ketika masih panas,kacau
  8. Kukus dalam masa 1 1/2 jam

RESEPI KEK KUKUS AMERICAN MIDNIGHT

Kek ni sangatlah mudah untuk dihasilkan..tambahan rasa yang sangat lembut. Anak anak sangat suka rasanya…cubalah..

Bahan-bahan

  • Loyang 9x9x3
  • 500g mentega (pure creamery butter)
  • 200g gula halus
  • 10 biji telur gred A
  • 300g tepung gandum + 1 sk baking powder (ayak)
  • 300g susu pekat manis
  • 200g horlicks
  • 200g seri kaya
  • 200ml whipping cream (Emborg) atau Nestle Cream
  • 140g browning sugar(gula hitam)
  • 2 sk esen vanilla

Cara-cara:

  1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang (high speed)
  2. Masukkan telur satu persatu sambil diputar sebati (low speed)
  3. Masukkan esen vanilla. Sebatikan
  4. Masukkan susu pekat. Putar lagi hingga sebati.
  5. Masukkan horlicks. Sebatikan.
  6. Masukkan serikaya. Putar sebati.
  7. Masukkan cream. Sebatikan lagi.
  8. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar.
  9. Akhir sekali masukkan browning sugar. Sebatikan.
  10. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digris.
  11. Hentak loyang 2 kali(hentak perlahan) supaya adunan menjadi rata. Tutup permukaan loyang dengan plastik dan ikatkan kelilingnya dengan tali. (Guna kertas foil pun ok)
  12. Kukus dengan api sederhana selama 2 jam atau hingga masak. (Pastikan pengukus sudah dididihkan airnya terlebih dahulu)

Nota:
*DJ menggunakan gabungan salted dan unsalted butter.
*gunakan telur yang segar dan buangkan tali pusatnya.
*tak letak baking powder pun ok.
*kek ini sedap, lembut dan lemak-lemak manis rasanya. Boleh bertahan sehingga sebulan jika disimpan dalam fridge.

Nah resepi kek buah kukus untuk korang rujuk..sesuai sangat untuk hidangan raya. Sayangnya,set lengkap tepung kek buah kami dah sold out..kalau tak,boleh buat kek ni dengan cara paling mudah..😉

RESEPI KEK BUAH KUKUS

Bahan2:

  • 300gm gula caster
  • 250gm butter, saya guna anchor
  • 500gm mixed fruit
  • 3 biji telur grade A
  • 60ml air panas
  • 350gm tpg gandum
  • 2 sdt soda bicarbonate
  • 1/2 sdt cream of tartar
  • 1 sdt esen vanilla
  • 1 sdt serbuk buah pala (yg ni wajib utk dpt rasa kek buah mcm dulu2)

Cara

  1. Ayak tpg dgn soda, cream of tartar dan campurkan serbuk nutmeg (buah pala)
  2. Masukkan gula kedlm periuk/kuali yg tebal.Dgn api sederhana masak gula hingga mencair dan berwarna perang.Jgn hangus pulak.Bila mencair kesemua gula, masukkan air panas.
  3. Kacau hingga gula larut, masukkan butter.
  4. Biarkan butter mencair dan masak hingga mendidih, masukkan mixed fruit.Biarkan sekejap atas api.Bila suam, kaup balikkan tpg gandum dan rempah.
  5. Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih dan masukkan kedlm adunan sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan dlm loyang 7 inci, tutup dgn aluminium foil.Tutup kukusan balut dgn kain.Kukus 2 jam.

Pemilik Resepi : Wan Raudzah Wan Ismail

RESEPI KEK LAPIS DESPACITO (VERSI KUKUS)

Bahan

  • 16oz mentega
  • 10 biji telur
  • 1 gelas gula
  • 1 gelas roti marie/biskut marie (blend kan)
  • 2 gelas tpg gandum
  • 1 tin sderhana susu pekat
  • 1 tin kcil sri kaya
  • 1 paket kcil horlick
  • 1st ovelate
  • 1st esen vanila
  • Perwarna pink tua

Cara2.

  1. Pukul mentega dan gula shingga kmbg,masukakan telur satu persatu,gaul hingga sebati,masukan ovelate dan vanila,kemudian masukan roti marie,tepung,susu,horlick,sri kaya.
    Gaul lagi hingga sebati dan rata.
    Bahagi adunan kpd 2 bahgian, 1-perwana pink tua, 2-plain
  2. Kukus shingga masak atau bakar berlapis2 dgn suhu 170’c

by Cik Lia Nuria

RESEPI KEK LAPIS COKLAT PEPPERMINT (KUKUS)

(Bahan-Bahan)

  • 450 gm mentega
  • 1 sudu teh ovalette
  • 180 gm gula halus
  • 10 biji telur (saiz besar)
  • 120 gm serikaya/sekaya
  • 1 tin susu pekat manis
  • 120 gm Horlicks
  • 240 gm tepung Hong Kong
  • 1 sudu besar esen peppermint
  • secukup pewarna hijau
  • 2 sudu besar chocolate paste/emulco

Cara

  1. Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
  2. Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
  3. Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
  4. Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian;

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 – satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara mengukus:

  1. Kukus lah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat
  2. Potong kek apabila kek betul2 sejuk.

Resepi Kek Marble susu coklat kedut

Bahan-bahan membuat kek marble

  • 4 biji telur gred A
  • 1 cwn gula halus/gula castor (x suka manis kurangkan 3/4 cwn)
  • 1/2 sudu besar ovalette
  • 3/4 cwn minyak masak
  • 1/2 cwn susu pekat
  • 1 sudu esen vanilla
  • secubit garam
  • 1 1/2 cwn tepung gandum(kalau pkai tepung kek tak perlu bubuh baking soda..tak perlu ayak dah)
  • 1/2 cawan susu dutch lady full cream(kalau tak bubuh pn takpe,beza dia tak rasa lar susu berlemak mcm tu)
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar serbuk koko

Cara-cara membuat kek marble gebu

  1. Pukul telur ,gula dan ovalette hingga kembang gebu dan ringan dengan high speed dlm 10-15 minit.
  2. Sementara tunggu bahan dipukul kembang, ayak tepung gandum ,garam dan baking powder. Pastu gaul rata bahan yg diayak.
  3. Adunan dah kembang tadi masukkan susu pekat,susu dutch lady full cream dengan mixer speed perlahan. Kemudian, masukkan pula esen vanilla.
  4. Masuk bahan diayak sikit-sikit. Pastu masuk minyak dan sebatikan semua, step ni jgn pukul lama sangat. Tutup mixer dan sebatikan dengan spatula atau senduk kayu dengan kaedah kaup balik.
  5. Pastu asingkan adunan kepada dua bahagian, warna asal dan satu lagi campur dengan serbuk koko dan kacau rata.
  6. Sediakan loyang pembakar. Sapu minyak dan lapik kertas baking.
  7. Ambik senduk lapiskan dengan warna asal dulu dan kemudian warna koko dan diulang sampai habis.
  8. Oven panaskan dulu 170 degree (jika guna oven kecil guna suhu 160 degree) dan pakai api atas bawah, bakar selama 40-45 minit hingga masak.
  9. Tara ! Dah siap kek marble minyak yang gebu !

p/s : Kalau nak kukus tambah 1 sudu kecil baking soda dan kukus 40-45 minit. Balut tudung kukus atau tutup loyang dengan plastik untuk elak air kukusan masuk ke dalam kek

Kredit resepi ini kepada aien qayla via masak apa hari ni

RESEPI KEK MILO KUKUS

Bahan-bahan:

  • 1 cawan milo*
  • 1 cawan gula*
  • 1 cawan susu pekat manis*
  • 1 cawan minyak masak*
  • 1 cawan air panas*
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sdt baking powder
  • 1/2 sdt sodabikabonat
  • 3 biji telur – dipukul kembang

Cara-caranya:-

  1. Masak bahan bertanda * hingga larut. Ketepikan.
  2. Masukkan telur kacau sebati.
  3. Masukkan bahan kering yg diayak terlebih dahulu kacau sebati dan kukus hingga masak.

Silakan share

Tinggalkan Balasan