10 Resepi Mudah Masakan Ayam

Diposting pada

AYAM KUKUS CHINESE

Bahan:

1 ekor ayam dipotong 20-24 (macam buat nasi ayam )
2″ halia dihiris nipis
5 batang daun bawang dipotong panjang
garam secukup rasa

Bahan untuk perap:

3 sdb kicap cair
2 sdt minyak bijan
1 sdt lada serbuk hitam
garam secukup rasa.
gaul semua bahan dan lumur pada ayam perap lebih kurang 1 jam

Cara Penyediaan:

Panaskan kukusan pada api besar Susun ayam atas pinggan kukusan Taburkan halia dan daun bawang Kukus sehingga empuk.

AYAM MASAK THAI

Bahan A:

10 ketul bahagian ayam digoreng
1 biji bawang besar/holland (potong bulat)
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Sedikit air
Minyak

Bahan B: (bahan kisar)

3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

Cara memasak:

Tumis serai yg dititik sampai naik bau.. Kemudian masukkan hirisan bawang dgn daun limau purut.. Tumis sampai garing.. Dah garing masukkan bahan yg dh diblend kemudian masukkan sos tiram,sos cili,air last sekali masukkan ayam & perasa ikut sesedap rasa.. Siap!

AYAM GORENG MUDAH

Bahan-bahan:

1sdt lada hitam yg d tumbuk kasar
1labu bwg putih tumbuk kasar
1 sdt serbuk cili,garam,serbuk perasa ayam maggi ataupun knorr, tepung beras dan air…kacau sebati kemudian bole la goreng.
*tepung beras dan air jgn bnyk sgt, cukup sekadar menyaluti ayam jer
*nak perap dulu pun boleh

AYAM PHAT PHET

Bahan A (Kisar):

5 biji cili padi
2 hiris halia
kunyit hidup
1 atau 2 batang serai
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
.
Bahan B:

3 keping ayam mentah dipotong dadu
1 batang serai
1 asam keping
4 helai daun limau purut
Sedikit Garam dan Gula, secubit ajinomoto

Cara-cara:

1. Kisar@Blend Bahan A dan tumis sehingga naik bau & setelah kering tumisan tadi masukkan secawan air.
.2. Kemudian masukkan bahan B, iaitu sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
.3. Pastikan ayam masak sepenuhnya. Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri. Kalau nak pedas lagi boleh blend cili padi lebih. Masak ayam phat phet ni lebih kurang nak masak ayam masak pedas je.

AYAM ALA KENNY ROGERS!

BAHAN-BAHAN:

Bawang besar 2 biji
Bawang putih 4 ulas
Minyak zaitun
Halia
Perasa Maggi
Sos black pepper
Sos tiram
Lada hitam
Madu
Sedikit air

CARA MASAK:

Blend semua barang di atas dan lumur pada ayam, bakar dalam suhu 200, masa dalam 1 setengah jam, tambahan lepas masak tu kalau yang nak tabur mix herba pun boleh

AYAM MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

5 ketul ayam
6 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – dihiris
1 sudu kecil lada hitam
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
beberapa biji cili padi – jika suka
1/2 cawan air
1 sudu kecil tepung jagung – dibancuh dengan sedikit air
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

BAHAN PERAP:

2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam

CARA MEMASAK:

1. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
2. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
4. Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa

PHAD PHED KAI ORI THAILAND

BAHAN RENCAH:

3 batang serai
Sedikit lengkuas
Sedikit halia
6 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
Cili api ikus uka – bergantung nak pedas mana
Sedikit cili kering
Belacan
.
BAHAN LAIN:
.
1/2 ekor ayam – potong kecil
4-5 tangkai kacang panjang – potong pendek
Terung pipit secukupnya
2-3 helai daun limau purut – hiris halus
Garam & gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Kisar bahan rencah hingga halus. Panaskan minyak dan tumis hingga pecah minyak.
2. Setelah kelihatan agak garing, masukkan garam, gula serta ajinomoto jika suka.
3. Setelah ayam masak, masukkan kacang panjang, terung pipit dan hirisan daun limau purut.
4. Gaul rata dan setelah sayur masak. Angkat dan hidangkan.
5. Paling sedap makan dengan nasi panas.

AYAM MASAK MERAH KENDURI

BAHAN-BAHAN:

1 ekor ayam – potong kecil dan basuh bersih
(Garam, kunyit dan goreng – jangan garing sangat.)
3 biji bawang besar (size besar tau)*
4-5 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
(Blend semua bahan bertanda *)
3-4 senduk cili kisar
5 sudu besar sos cili
2 biji tomato
2 batang serai – diketuk
1 kulit kayu manis
3 bunga lawang
5 buah pelaga
Garam dan gula secukupnya
.
CARA MASAK:

Tumis kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bau.masukkan serai.tumis sekejap.
Masukkan bahan blend.tumis sampai garing.lepastu masukkan cili kisar.tumis lagi sampai garing.
Masukkan gula, sos cili dan tomato.biar seketika.kacau sesekali.perisakan garam.
Lepastu boleh lah masukkan ayam yang telah digoreng tadi.gaul sebati.
Siap!

Sedap makan dengan nasi minyak atau nasi tomato

AYAM GORENG KUNYIT TERSEDAP

Ayam dipotong kecik2 dan gaul dengan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, tepung jagung, garam, lada hitam kasar dan gula

Make sure dia pekat macam ni. jangan campur air. Biar air dari ayam tu sendiri yg bagi lekat…biarkan dalam 15-30min.

Minyak jangan banyak sangat..letak ayam sikit2 dalam 5-7 ketul pada satu masa.

Tengok…inilah kegaringan yang terbaik..ini lah kegaringan aku cari selama ini dikedai2 yang jual ayam goreng kunyitttt…hahaha

Boleh ditambahkan dengan tauhu goreng.

Buangkan sikit minyak bekas goreng ayam untuk tumis bawang putih, bawang holland, bunga kobis, carrot, kacang panjang, cili padi, cili merah, cili hijau…tabur skit gula, serbuk pati ayam dan titis cuka hitam..goreng api kuat sampai garing sikit..lepas tu gaulkan ayam yang dah digoreng tadi

Siappp!!

**Makan dengan nasik putih…kalau ada sambal belacan lagi ferggghhh merecikkk…first time cuba kicap manis enak…not bad

AYAM MASAK KICAP BEREMPAH

BAHAN-BAHAN:

isi ayam digoreng,jangan garing sangat(ketepikan.
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia*
jintan manis*
jintan putih*
Rempah 4 sekawan(kayu manis,buah pelaga,bunga cengkih,bunga lawang)
air asam jawa
kicap manis/kicap pekat
sos tiram

CARA PENYEDIAANYA:

tumis bahan bertanda*.bahan ni ditumbuk/blend ya.dah agak garing dan naik bau masuk rempah 4 sekawan tadi.masukkan air asam jawa,kicap manis,kicap pekat dan sos tiram.klau suka kuah byk boleh tambah air lagi.tak perlu letak garam pun x pe sbb kicap dah masin.ikut citarasa klau rasa kurang masin boleh je tambah sedikit garam.dah mendidih masukkan ayam yang digoreng tadi.hiris bawang besar,cili merah,cili hijau masukkan dalam kuali(optional).tak letak pun tak pe.Siap utk dihidangkan.
Selamat mencuba

Tinggalkan Balasan