12 Koleksi Resepi Masakan Sotong

Diposting pada

Anda ada sotong tapi tak tahu nak masak apa untuk hidangkan dirumah? Jangan risau, anda boleh tengok disini 12 resepi masakan berasaskan sotong untuk anda cuba.

Antara masakan seafood yang popular dan mudah di dapati adalah sotong. Dengan sotong ini pula boleh masak dengan pelbagai jenis masakan dan bukan terhad kepada sotong goreng celup tepung sahaja. Macam-macam boleh masak dengan sotong ni.

Untuk itu, kalau anda tak tahu atau tiada idea untuk sotong masak apa. Anda boleh tengok sini 12 resepi masakan berasaskan sotong untuk anda cuba bagi hidangan di rumah untuk keluarga yang tersayang.

Sotong cili padi petai…

Resepi..

  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Cili api cmpur skit yg merah
  • Serai
  • Petai
  • Sotong

Cara:

  1. Blend semua kecuali serai..petai dan sotong..serai titikkn je
  2. Tumis semua yg di blend td
  3. Masukkn la serai..petai..sotong dan perasa2 sewaktu dgnnye..tq

Cdt zairah nazri

Sotong Telur Masin

Resipi..

  • 10 ekor sotong (potong nipis)
  • 5 sb tepung jagung
  • 3 sb lada sulah
  • 1 bj telur
  • Sedikit garam

(Gaul2 semua dan goreng 3 – 4 minit)

  • Beberapa helai daun kari
  • 3 btg Cili padi
  • 3 sb Butter (salted)
  • 1 sb gula
  • 1 sb Serbuk pati ayam

Cara:

  1. Cairkan butter dan masukkan telur kuning.. masak sampai berbuih
  2. Masukkan cili padi/daun kari/serbuk pati ayam – gaul rata semua
  3. Masukkan sotong goreng td dan gaul sampai rata/kering) tutup api
  4. Tabur gula dan gaul lg dlm seminit biar gula sebati dan rata

**rebus telur masin 2 biji (ambil kuning shj & hancurkan sedikit)

#mahn #dinner #sotongtelurmasin #ayongmasak

Cdt nita wan

RESEPI SOTONG MASAK 3 RASA + UBI KENTANG

  • Sotong stgh kilo
  • Ubi kentang 2 biji ( Grg dulu ketepi kan)
  • Cili merah 3biji
  • Cili Padi 6 biji
  • Bwg kecik 3 ulas
  • Sedikit belacan
  • Bwg putih 2ulas(Semua tumbuk dulu ya)
  • Serai sebatang ketuk2
  • Air asam jawa satu cwn
  • Sedikit kicap manis
  • Pati ayam knoss Seketul
  • Sedikit garam dgn gula
  • Hiasan
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah sebiji
  • sedikit daun bwg

Cara2

  1. Tumis bhn2 yg d tumbuk xd… Sampai pecah minyak…
  2. Kemudian masukkan air asam jawa, air lemon 2 sudu kecik, Sedikit kicap manis ,Pati ayam, Garam dgn Gula,
  3. Masak bgi pekat kemudian masukkan Sotong masak smpai kering sedikit kuah
  4. Kemudian masukkan ubi yg d grg xd dgn hiasan
  5. Siap blh di hidangkan😁

Credit : Siti Fatimah

RESEPI SOTONG SUMBAT BAKAR THAI

Ya Ampun sedapnya Sotong Sumbat Bakar Thai ni, bukan nak puji masakan sendiri tapi memang Sedaplah, asbab mengidam tahap gaban malam tadi, terus mintak en asben belikan sotong di pasar sedap giler cubalah senang sahaja.
.
Bahan-bahan:
• Sotong saiz besar
• Isi udang segengam
• Telur 1 biji
.
Bahan-bahan sos:

  • 5 ulas Cili kecil
  • 4 sudu gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu cuka makan
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 ulas Bawang merah
  • 2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit air
  • Hirisan daun ketumbar

.
Bahan-bahan kisar inti:

  • 1 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 hirisan Halia

.
Cara-cara:

  1. Hancurkan isi udang gaul dengan telur dan bahan Kisar.
  2. Sumbat inti tadi dalam sotong, ambil lidi atau apa sahaja yang boleh cucuk untuk tutup sotong dan kepala bersatu.
  3. Bakar sotong sumbat tadi, saya guna pemanggang ajaib sahaja kemudian bila sudah masak potong sedikit tapi buat jangan bagi terpisah.
  4. Blender atau tumbuk dan tumis semua bahan, boleh tambah bilangan cili ikut tahap kepedasan yang anda nak, masak sehingga mendidih kuahnya dan taburkan hirisan daun ketumbar.
  5. Curah sos cili di atas sotong, perahkan limau nipis dan Siap untuk dimakan.
  6. Bahan-bahan mengikut kuantiti sotong dan saiz, selamat menjamu selera.Resepi: Fadhilah Esa

SOTONG SUMBAT TELUR!

Bahan-Bahan

Inti Sumbat :

  • 3 biji telur ayam
  • Carrot – dicincang
  • Isi ayam/udang – dicincang
  • Capsicum
  • Secubit garam
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :

  1. Campur semua bahan dan goreng hancur ala2 scramble egg tuu

Sambal Sotong :

  • 6 ekor sotong
  • 4 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih (ditumbuk / dihiris)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu rempah kari
  • 1 biji bawang holland
  • 2 sudu sos cili
  • Minyak untuk menumis
  • Pencongkel gigi/lidi
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam & gula secukupnya

Cara-cara:

  1. Sumbat sotong dengan telur yg dan dimasak hancur. Tutup semula dengan kepala sotong dan cucuk dengan pencongkel gigi
  2. Tumis bawang hingga naik bau
  3. Masukan cili kisar dan biar hingga pecah minyak
  4. Masukan serbuk kari dan sos cili
  5. Boleh masukkan sotong yang telah sumbat dan biar sampai mendidih
  6. Masuk gula, garam dan air asam jawa sesedap rasa
  7. Masukan bawang holland yang telah dipotong bulat
  8. Hias sikit dengan cili atau daun bawang. Rumah Azie takde stock. Belasah jela takde hias. Tadaa, sedia untuk dihidang.

Kredit: Azie nk

Resepi Sotong Air Asam

Kukus :

  • 1kg sotong
  • 2 batang serai
  • Akar daun ketumbar
  • 1/2 biji tomato didadu
  • 3sb sos ikan
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1sk garam
  • 1sk gula

Air Asam :

  • 4 ulas bawang putih
  • 5-10 biji cili api (kepedasan masing2)
  • Limau nipis
  • 3sb gula siam (Thai Palm Sugar)
  • Garam jika perlu

Cara:

  1. Panaskan pengukus
  2. bila air menggelegak, masukkan sotong dan bahan kukus
  3. biarkan dalam 8-10 minit, jangan terlalu lama utk kekalkan rasa juicy
  4. angkat dan toskan
  5. utk air asam, tumbuk bawang putih dan cili api
  6. tambahkan gula Thai dan garam jika perlu
  7. perah asam limau
  8. gaul rata sotong dan air asam
  9. siap ..!!

* optional :
boleh juga masukkan sotong sekejap dalam air biasa yang menggelegak ; angkat dan rendamkan dalam air berisi ais. Tujuan saya kukus dengan bahan2 kukus untuk hilangkan bau sotong yang agak kuat selain rasa yg lebih sedap.
Selamat mencuba

Cdt: ibu resepi

Sotong masak lada

Bhn²

  • 1/2 kg sotong
  • 3 sk serbuk lada hitam
  • 1 sk serbuk kunyit
  • 4 Sb sos cili
  • 4 ulas bwg putih di ketuk²
  • Garam
  • Perisa(ikut suka)
  • Minyak utk tumis
  • 1 biji bwg besar
  • 6 biji cili padi

Cara²

  1. Tumis bwg putih Smpai garing
  2. kemudian masukkan sotong,serbuk kunyit,lada hitam.kacau rata.pastu
  3. masukkan sos cili,garam dan serbuk perasa.kacau lg.last sekali
  4. masukkan bwg yg dipotong nipis bersama cili padi.
  5. tutup api dan siap..mudah kann…selamat mencuba noo…

Cdt: norlela abdul lahak

RESEPI SOTONG MASAK KUNYIT

Bahan:

  • Sekilo sotong
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 3 biji bawang putih dihiris
  • 1 inci halia dihiris
  • 6 biji cili potong 2
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit hiris besar2
  • Sedikit garam & serbuk perisa

Caranya :~

  1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia & cili hingga naik bau
  2. Masukkan serbuk kunyit…bukan kunyit lgbt tu taw… 😅😂
  3. Masukkan sotong…ni pun sama bukan sotong lgbt tu yer… 😅
  4. Dah separuh masak masukkan daun kunyit, garam & serbuk perisa
    X payah mengader sgt nak masukkan air, pandai la sotong tu sendiri kluarkan air peluh kepanasan dia tu nnt…
  5. Agak2 mcm dah ok tutup api… Pastu ambik sekor buh dlm mangkuk… Tunggu sejuk jap pastu ratah la diam2 kat dapo… Xkan nak tengok jer 😝😝😝😂

Cdt:mami marsya queen kitchen

SOTONG MASAK LEMAK CILI PADI

BAHAN-BAHAN :

  • 1 kilo sotong segar
  • 2 cawan santan pekat – boleh tambah
  • 1 keping asam keping
  • 2 batang serai di titik
  • garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

  • 3 biji cili merah
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia *

Kalau kuah kurang tambah santan dan jika suka pedas tambah lagi cili .
Tambah atau kurang bahan-bahan ikut selera sendiri ya 😊

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu .
  2. Tumbuk semua bahan sampai lumat .
  3. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi .
  4. Masukkan santan , serai dan asam keping .
  5. Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak .
  6. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong masak dan boleh la ditutup api dapur .

Cdt: nanie khuzaifah

RESEPI SAMBAL SOTONG CAMPUR PETAI

# homemadeByRoselyza
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAN:

  • Bawang putih/merah kisar
  • Cili kisar
  • Air Asam
  • Sotong goreng (half cooked)
  • Petai
  • Garam/Gula

CARA CARA :

  1. Tumis bawang sampi kuning …
  2. Masukkn cili kisar…
  3. Tumis smpi pecah mnyk …
  4. Masukkn air asam sikit ..
  5. Tumis lagi, lepas tu msukkan petai/sotong ..rasakan dgn garam n gula …

** saya ada ltk serai/daun limau purut sikit (rahsia sambal sotong sedap dan buang bau hnyir en sutun

RESEPI SOTONG PHAT PHET

BAHAN A

(KISAR/BLENDER KASAR)

  • Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Kunyit hidup
  • Serai
  • Belacan
  • Lada hitam- letak sikit ja

*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong…

BAHAN B

  • Sotong
  • Asam keping
  • 1batang serai (titik)
  • Sedikit garam dan gula
  • Daun limau purut
  • Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
  • Kacang panjang
  • Carrot
  • Bunga kobis

CARA-CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak… setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
  2. Kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula…
  3. Akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis… kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat…
  4. Siap dan hidangkan dgn nasi panas

Selamat mencuba…

Kredit resepi

Resepi Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan :

  • 5-6 ekor sotong size sederhana
    (di cuci bersih dan di potong)
  • Seulas bawang besar
    (size sederhana)
  • 2 ulas bawang putih
  • Sebiji cili merah
  • 2 hiris halia di racik halus
  • 1 btg Kulit Kayu manis
  • 3 – 5 butir buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 sb kicap cair
  • 3 sb kicap pekat
  • 3 sb minyak
  • Garam secukup rasa
  • 2 cawan air

Cara-caranya

  1. Panaskan minyak.
  2. Tumis rempah 3 beradik dan halia hingga wangi. Kemudian masukkan bawang merah dan bawang putih.
  3. Bila dah berbau wangi, masukkan sotong
  4. Masuk kan kicap cair dan kicap pekat
  5. Gaul rata. Lepastu masukkan air.
  6. Tunggu didih, masukkan cili dan garam.
  7. Gaul rata. Tutup api.

Sedap di makan dengan nasi panas. Memang menghirup kuah le 😁.

Cdt: No Or.

Tinggalkan Balasan