14 Koleksi Resep Biskuit Raya

Diposting pada

Resepi Mars Bar Cookies

Bahan2
2 bar coklat Mars – standard size 53g
2 sudu besar golden syrup
65 gm mentega
2 cawan rice krispies
1 cawan cornflakes – diramas kasar
400 gm coklat masakan atau secukupnya

Resepi Mars Bar Cookies
Resepi Mars Bar Cookies

Caranya
Coklat mars dipotong kecil2.
Satukan coklat mars, golden syrup dan mentega di dalam pan atau periuk kecil.

Cairkan campuran tadi secara double boiler. Kacau hingga rata.
Masukkan rice krispies dan cornflakes. Gaul sehingga rata.
Sediakan bekas aluminium yang kecil secukupnya. Tidak perlu digris.

Sudukan adunan tadi ke dalam bekas dan tekan2 sehingga padat dan rata.

Buat sehingga siap. Ketepikan.
Kemudian cairkan coklat masakan secara double boiler.
Selepas itu tuangkan coklat ke atas krispies tadi.

Jika suka hiaskan atasnya mengikuti kreativiti sendiri atau boleh juga dibiarkan kosong.
Bekukan di dalam peti sejuk sehingga coklat mengeras.

Kredit: resepi aqilah 11

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing (tak suka manis boleh kurangkan jadi 3/4 cawan sahaja)
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips

Cara-cara:

• Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang.

• Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik.

• Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati.

• Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah dong. Bisa aja.

• Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder.

• Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit. Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah).

* Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

* Kalau tak suka manis manis, boleh kurangkan sukatan gula aicing jadi 3/4 cawan ye.

Selamat mencuba😋

BISKUT ARAB SUJI

3 BAHAN JER😋😋
yg penting takde bau minyak sapi🐮😂
Sape nk resepi angkt tngn cepat🙆

Silap2 bkn 3 bahan4 bahan sb lepas masak kene gaul dgn susu tepung..hehe😁

Resepi
1cawan minyak masak
1/2cawan gula ising
4cawan tepung gandum
Susu tepung secukupnya( ap2 jenama pun boleh)

Cara²
Campur semua bahan kecuali tepung susu. Uli sampai x melekat kt tangan..*klau lembik tmbah je tepung gandum.
Bahagikn pada 3 bahagian.
1 bhagian letak pwrna merah
1 bhagian letak pwrna hijau
*Takmau letak pwarna pun takpe.tp pucat la biskut nanti.putih je😅
Uli lagi sampai warna sekata .siap uli ambik secubit2 adunan td bulat kan.
Bakar pd suhu oven masing2.sb sy main hentam je😅. Dlm 15/20 minit mcm tu.
Siap bakar tnggu dy suam2 sejuk dlu ..sb biskut ni lembut giloss kalau pnas2.nanti hancur. Pastu bru golek2 dlam susu tepung. Siap🤭 selamat mencuba🤗

Kredit pada empunya resepi

Resepi Biskut Lidah Kucing

Bahan-bahan :

250 gm mentega
> 175 gm gula kastor
>100 ml putih telur
> 200 gm tepung gandum
>50 gm tepung jagung
>1/4 sudu teh emplex
>Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru ( pilih warna mengikut pilihan hati )
>Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Cara-cara :

1 Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
2 Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
3 Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
4 Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
5 Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
6 Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
7 Masukkan dalam piping bag untuk setiap warna berlainan
8 Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
9 Paipkan atas loyang lidah kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
10 Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 hingga 20 minit
11 Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
12 Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

Selama Mencuba !!

Kredit: resepi Sheila Rusly fans

Biskut Cornflakes Rangup

Kredit : yatiememories

Bahan-Bahan
250 gm mentega
3/4 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes(ramas2 sikit)
2 cwn tepung naik sendiri-ayak dulu
Mangkuk kertas secukupnya
Ceri merah dan ceri hijau-dipotong kecil

Biskut Cornflakes Rangup

Cara-Cara
Pukul mentega dan gula aising hingga sebati.

Setelah sebati, masukkan telur dan pukul lagi…setelah itu masukkan esen vanilla.

Masukkan tepung naik sendiri dan cornflakes yg di ramas…gaul sebati guna senduk kayu je.

Masukkan dlm mangkuk kertas dan hiaskan dngn potongan ceri merah dan hijau.

Bakar dalam oven yg telah di panaskan pada suhu 170 C selama 15-20 minit.

Biarkan sejuk di redai biskut. Simpan dlm bekas kedap udara.

Kredit: resepi aqilah 11

Assalamualaikum sahabat Mak Long semua.

Malam ni Mak Long nak kongsi resepi Biskut Sarang Semut. Dua tahun berturut2 Mak Long buat biskut sarang semut ni. Walaupun last year tak de ambil tempahan tetapi atas permintaan mak saudara Mak Long buatkan juga sebab anaknya memang suka sangat dengan biskut sarang semut ni. Malahan biskut sarang semut ni memang sentiasa ada di rumah Mak Long tiap kali raya. Biskut dulu-dulu tapi masih kekal hingga hari ni. Sebelum Mak Long share resepi Mak Long nak ucapkan terima kasih kepada yang empunya resepi asal. Terima kasih banyak2 kerana berkongsi resepi. Moga dimurahkan rezeki selalu.

RESEPI BISKUT SARANG SEMUT

Bahan2:

250 gram butter
100 gram gula kastor
350 gram tepung gandum (diayak)
100 gram tepung jagung (diayak)
1 biji kuning telur
1 teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Hiasan

Coklat rice

Cara Penyediaan:

– Pukul butter dan gula hingga berkrim. Mak Long guna senduk jer tak guna mixer.

-Kemudian Mak Long masukkan kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning. Mak Long gaul rata ketiga2 bahan ini.

– Selepas itu, masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga menjadi doh dan tidak melekat di tangan.

-Parutkan adunan dlm mangkuk kecil dan kemudian sudukan ke dalam kertas cawan (saiz kecil). Kemudian taburkan coklat rice.

-Bakar dlm oven dgn suhu 180c selama 15-20 minit atau sehingga masak. Suhu dan masa ni kena ikut oven masing2 ya seperti yang Mak Long selalu bagi tahu lain oven lain suhunya (ikut kecik besor ovennya)

-Bila dah siap, sejukkan dan kemudian boleh masukkan dalam balang.

Selamat Mencuba Dari Dapur Mak Long Ayu.

Kredit: Mariana Zainal

Cornflakes Madu

*Sebuku buttercup 250g
*3sudu besar gula pasir
*7sudu besar madu
*3sudu besar susu pekat
*chocolate rice/bijan/kacang tanah hiasan sprinkle
*500g nestle cornflakes

 

Panaskan butter,gula,madu dan susu. Sampai berbuih dalam kuali. Rehatkan dulu biar suhu suam
Curah kedalam cornflakes dan gaul rata. Saya tak hancurkan cornflakes,suka keping yg besar.
Isikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan.
Bakar selama 5minit 🙂 dah sejuk baru simpan dalam tupperware atau balang kedap udara.
Kredit resepi: Irene Lee

BISKUT KELAPA

Bahan²

1 cawan marjerin.
1 biji telur ( saya guna telur gred c ).
1 cawan gula aising
1 cawan tepung gandum.
3 cawan tepung jagung.
2 cawan kelapa parut yang sudah siap disangai kering.

Cara²nya..

Marjerin + gula aising + telur. Kacau rata.. masukan pula tepung gandum + tepung jagung + kelapa kering. Selepas itu terapkan. Saya sapukan telur kuning + perwarna kuning telur. Bakar suhu 160c selama 20 minit.

Selamat mencuba.

Kredit: selera

Resepi Biskut Kelapa

Bahan2
1 caw butter
1 caw gula
2 biji kuning telor
3 caw tepong jagung
1 caw tepung gandum
2 caw kelapa (di sanggai)

Cara2
1. Putar gula, butter & telor hingga kembang

2. Masukn tepong & uli hingga sebati

3. Masukn kelapa sanggai & gaul rata

4. Terap & sapu kuning telor di atas

5. Bakar suhu 160° srlama 20 minit

SELAMAT MENCUBA

Kredit: loyang & acuan

Resepi Biskut Semperit Lagi?

Bahan2 :
250 gm butter
2 biji kuning telur
1 cwn gula aising
1 cwn tepung jagung
1 1/2 cwn tepung kastard
2 1/2 cwn tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
ceri merah secukupnya (utk 90 – 100 biskut )

Cara2:
1. Kacau butter,gula,telur, & esen vanilla kacau sebati dgn menggunakan senduk kayu
2. Masukkan semua jenis tepung,sedikit2 & uli hingga jadi doh
3 .Terap menggunakan acuan semperit,dan hias dgn ceri merah
4. Akhir sekali,bakar pd suhu 180’c api atas bawah selama 15 -20minit

Nota:
1. Sukatan 1 cwn= 100gm
2. Warna tepung kastard memainkan peranan kpd keserian biskut.Ada kalanya tepung kastard bewarna pudar,sy syorkan tepung kastard jenama nona @ bird custard
3. Petua supaya bunga tak jatuh selepas bakar,letakkan aduan yg sudah diterap dibawah kipas biar terkena angin selama 15 minit
========================================
Dikongsi Oleh: Siti Hajar Hashim

Chocolate marble bar.. Nk resepi x

Resepi

Lapisan bwh
Sebungkus biskut marie(Blend halus)
Secwn butter (cairkan)
Campur keduanya
Tekan2 bgi padat
Bakar 170 selama 10minit

Lapisan atas
2cup coklet beryls atau guna coklet masakn lain pun blh je.. (Double boiler)
60g White coklet (Double boiler) blh juga tmbh 2sd susu cair

Tuang lapis coklet yg tlg dicairkan atas lapisan bwh tadi.. Ratakn
.
Dah rata
Tuang coklet putih diatas lapisan coklet dan lakar2kn
Letk dalam fridge 1 jam
Sejuk baru potong

Kredit: resepi sedap

Biskut raya paling mudah dan cepat. Suka sangat dengan biskut susu ni. Buat sendiri puas hati lemak berkrim. 😆

Resepi biskut arab

1 cawan minyak sapi. Saya guna QBB
3 sudu gula kastor
1 cawan susu tepung. Saya guna susu anak je 😆

Tepung gandum yang diayak 3 cawan.
Satukan minyak sapi, gula kastor dan susu tepung. Gaul guna senduk sampai sebati.

Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit..Uli sampai jadi doh lembut yang boleh dibentuk. Bentukkan bulat2.. bakar suhu 150°c selama 10minit..

Bahan salut:

Gula aising 1 cawan
Susu tepung 1 cawan.
Campur kedua-dua bahan. Bila biskut dah sejuk bolehlah disalutkan.

Kredit: liz Ommar

Biskut Mazola

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan gula icing (ayak)
2 cawan kacang tanah kisar (goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar)
1 cawan minyak jagung mazola

Hiasan :
Kuning telur
Kacang tanah goreng

Cara penyediaan :
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150’C – 180’C, masa antara 20 – 25 minit mengikut oven masing-masing.

Kredit : mis fisa

BANANA COOKIES ..

Bahan A..
170 gm butter
60 gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
Kacau kesemua bahan dengan menggunakan senduk sahaja..

Bahan B..
300 gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
20 gm susu tepung

Ayak kesemua bahan..
Masukkan ke dalam bahan A..
Uli sampai jadi doh (kalau nak doh sama besar, timbang doh 10-15 gm setiap satu)
Masukkan inti kacang tanah yang telah dicampur dengan gula..
Bentukkan doh seperti pisang..
Bakar pada suhu 170°c selama 30 minit..

Bahan coklat..
White chocolate + pewarna lemon yellow
Dark chocolate
Masak coklat guna kaedah double boil..
Celup biskut satu2 ke dalam coklat..
Bila coklat dah keras, baru sapu dark chocolate..

Kredit pada empunya resepi

Tinggalkan Balasan