20 Koleksi Resepi Kek Lapis Mudah Yang Semua Orang Boleh Buat

Diposting pada

Kek Lapis Traffic Light

  • 400g Anchor
  • 10biji telur gred a
  • 1 SD gula kastor
  • 1sd ovelate
  • 300g tepung pau
  • 1 tin kecik susu
  • 1 tin sdhana bsr srikaya
  • 100g serbuk coklat helzanut
  • 3sd nuttella
  • 1sd serbuk koko hitam
  • 100g horlick
  • 1 paket serbuk santan kara
  • 100g serbuk aiskrim vanilla
  • Pewarna hitam,merah,kuning,hijau

Cara-cara

  1. Pukul mentega,gula, ovelate hingga sebati
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Kemudian masukkan susu,diikuti srikaya,horlick,serbuk santan kara dan serbuk aiskrim vanilla
  4. Masukkan tepung
  5. Bahagi 4 adunan
    A)hitam-pewarna hitam,serbuk coklat helzanut,serbuk koko hitam
    B)pewarna merah
    C)pewarna kuning(limau lemon)
    D)pewarna hijau
  6. Lapis ikut kreativiti…atau ikut susunan warna Trafik Light 🤭
  7. Bakar suhu 150° 8-10 minit ikut oven masing2

Selamat mencuba😘

Kredit: Cik Nurrafidah Hussain

Resepi Kek Lapis Paddle Pop…

Paddle Pop Cheese. (Resepi sendiri) in shaa Allah sedap.. Loyang size (8X8X3)

  • 500g Butter Anchor/Tatura/lurpak
  • 160g gula halus
  • 40g Serbuk ais blend vanila
  • 250g cream cheese tatura
  • 320g tepung hongkong/tepung pau blue key
  • 350g susu pekat
  • 100g plain yogurt
  • Telur Gred A 10 Biji..
  • 1 sudu makan ovalate

Bahan warna

  • PURPLE + Emulco Yam
  • Turquoise + Emulco Bluberry
  • Kuning + Emluco Sunquick
  • Pink + Emulco Strawberry

Cara buat..

  1. Putar butter + ovalete + gula + serbuk ice vanila hingga kembamg putih gebu..
  2. Dah kembang masukkan pula cream cheese putar hingga kembang dan sebati..
  3. Masukan yogurt putar sebati..
    Masukkan susu pekat putar sebati..
  4. Masukkan telur 1 per 1 sehingga kembang dan sebati…
  5. Masukkan tepung hongkong…
  6. Dah siap…
  7. Bahagi 4 adunan tadi
    Dan warnakan dan masukkan perisa..
  8. Bakar selapis selapis sampai 16 lapis…
    Setiap lapisan bakar 5 minit 180°c…
  9. Sy halalkan resepi, nak buat jual ke, nak buat makan sendiri ke semua boleh in shaa Allah..

Okay

kredit: aiman izat

Kek Lapis Cuppucino Mint.

Bahan-bahan :

  • 450 gram butter
  • 10 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan tepung gandum / tepung Hong Kong (diayak)
  • 1 cawan horlick
  • 1 cawan serbuk santan
  • 1 tin kecil kaya
  • 1 tin susu pekat manis
  • 3 sb cuppucino paste
  • 1/2 cawan serbuk coffee mate
  • 3sb peppermint paste
  • Pewarna Biru + Hijau.

Penyediaan :

  1. Pukul butter bersama gula halus sehingga kembang/pucat.
  2. Masukkan telur satu persatu, kacau rata.
  3. Masukkan susu pekat manis dan kaya, kacau lagi.
  4. Masukkan Horlicks bersama serbuk santan, kacau rata dan akhir sekali masukkan tepung yang sudah diayak.
  5. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian : (a) masukkan pewarna biru satu penutup + suku penutup pewarna hijau + perisa Mint. (b) masukkan coffee mate & cuppucino paste
  6. Lapis dgn dimulakan dgn adunan mint. Kemudian adunan cuppucino dan kemudian ulang hingga habis.
  7. Loyang 8×8 inci. Setiap lapis adunan saya letak 180g-190g.

Kredit: Farhatul Khalidah

Kek Lapis Oreo Cheese

Bahan bahan

  • 450 gm butter
  • 10 bji telur
  • 280 gm gula halus(blh kurangkan)
  • 280 gm tepung hongkong/ tepung pau
  • 1/2 tin susu manis
  • 250gm cream cheese
  • 2 sudu makan ovalette
  • 1/2 cawan horlick
  • 2 sudu makan koko
  • 4 sudu mkn sri kaya
  • 1 paket vico 3 in 1
  • 3 paket oreo(asingkan inti oreo tu,masukkn inti oreo dlm bhgian 1)
    – 2 pket blender halus
    – 1 paket oreo dipecah kecil dan d tabur d stiap lapisan putih

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula smpai kembang..
  2. Masukan telur satu persatu n pukul smpai kembang n sbati.
  3. Masukkn cream cheese n kacau rata,
  4. Masukn susu manis, tepung,ovellate,sri kayo n esen vanilla smpi sebati
  5. Bagian aduan ke 2 bahgian
    * Bahgian 1 -masukkn horlick &pwrna putih gaul hingga sebati
    * Bagian 2-msukkn oreo yg d blender halus,koko,vico @pwarna hitam gaul hingga sebati

bakar mnggunakan api 150c slama 10 min stiap lapisan atau mngikut suhu oven masing2… first lapisan guna api atas bawah..second n last guna api atas
#tabur oreo setiap lapisan putih.
selamat mcuba..sya halalkn resepi☺️

Kredit: Atikah Puteh

Kek Lapis Cheese

(Asal kek lapis cheese fruiti)
Saya tak letak filling buah, saya letak paste je….

Bahan-bahannya:

  • 500g mentega
  • 500g cream cheese
  • 200g gula halus
  • 10 biji telur ayam
  • 1 tin susu manis
  • 1 sudu makan ovalet
  • 250 g tepung gandum
  • Pandan Paste
  • Yam Paste
  • Lemon Paste
  • Strawberry Paste
  • Vanilla Paste
  • Pewarna Merah/Kuning/Hijau/Purple

Cara Membuatnya:

  1. Pukul mentega bersama gula dan ovalet sampai kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, gaul sebati. Kemudian masukkan cream cheese, susu dan tepung gandum. Gaul lagi.
  2. Ambil 4 sudukan makan adunan untuk setiap warna iaitu:
    1. Warna Merah + Strawberry Paste = 4 sudu makan
    2. Warna Kuning + Lemon Paste = 4 sudu makan
    3. Warna Hijau + Pandan Paste = 4 sudu makan
    4. Warna Purple + Yam Paste = 4 sudu makan
    Selebihnya dibiarkan putih(asal).
  3. Masukkan adunan warna tadi ke dalam botol sos/piping bag.

Cara Membakar:

  1. Sediakan loyang 8 inci persegi. Masukkan 2 senduk warna asal, ratakan. pancitnya warna merah, hijau, kuning & purple. Jarakkan antara warna lebih kurang 1 inci. Bakar. Bila masak tekan kek dengan penekan kek agar rata.
  2. Masukkan 2 senduk lagi warna asal dan pancit lagi warna dimulai dengan warna hijau,kuning, purple dan merah. Buatlah begitu seterusnya.
  3. Lapisan warna asal hendaklah dibakar dahulu sampai masak. Bila masak pancit kesemua warna tadi secara berselang seli rapat-rapat. Bakar dan siap.

Kredit: Sai Lah Yen

Kek Lapis Tutti Fruity By Lyna Philip

Bahan-bahan

  • 500g mentega
  • 400g Cream Cheese
  • 120g gula halus
  • 50g/ 1 sudu makan ovalet
  • 388g / 1 tin kecil susu manis
  • 1/2 cawan whipping cream
  • Pewarna Putih
  • 280g Tepung Pau
  • 90 g Tepung Horlick
  • 100g tepung biskut cheese
  • 1 sudu makan gliserin
  • 10 biji Telur Gred A
  • 4 sudu makan strawberry filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan kiwi filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan blueberry filling + 4 sudu makan tepung jagung
  • 4 sudu makan mango filling + 4 sudu makan tepung jagung

Cara-cara

  1. Pukul mentega, cream cheese , ovalet dan gula sehingga kembang dan sebati.
  2. Masukkan telur satu persatu, putar sehingga sebati.
  3. Masukkan susu manis, horlick, tepung Pau ,tepung biskut cheese dan gliserin , gaul sebati.
  4. Masukkan pewarna putih dan gaul sebati.
  5. Ambil 5 sudu makan atau sesenduk dan tuang dalam acuan 9×9 dan paipkan strawberry filling dan bakar menggunakan api atas sahaja.
  6. Bakar sehingga masak dan tuang lagi adunan dan ulang menggunakan filling seterusnya.

Silakan share ❤️

Kredit: Nur Atikah

KEK LAPIS ANNA BERRY

By : Chef Afifah
Saiz Loyang : 8.5×8.5×4

BAHAN-BAHAN

  • 500g butter asli/pure butter *saya guna SCS
  • 250g cream cheese
  • 80g gula castor
  • 350g susu manis
  • 100g Yeo’s seri kaya
  • 10 biji telur grade A
  • 100g tepung susu Nespray
  • 200g serbuk ais krim vanila
  • 300g tepung pau *diayak
  • 200g blueberry filling
  • 2 sdb blueberry paste
    *saya hanya guna 2 sdb blueberry filling utk setiap bahagian warna.
  • 30g ovallete
  • Pewarna violet atau purple/ungu secukupnya
  • Pewarna putih secukupnya

LANGKAH 1

  1. Putar butter,cream cheese,gula dan ovellate hingga kembang dgn kelajuan tinggi.
  2. Dengan kelajuan perlahan,masukkan telur satu persatu utara sehingga sebati.
  3. Masukkan susu manis dan kaya putar sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan berikut sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati(*jangan terlalu lama)Tepung pau yg diayak,serbuk ais krim vanilla dan susu tepung penuh krim.

LANGKAH 2

  1. Timbang keseluruhan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
  2. Bahagian A : warnakan ungu pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling
  3. Bahagian B : warnakan dgn campuran pewarna putih & ungu.Pastikan warnanya light/cerah/tidak pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling.

LANGKAH 3

  1. Panaskan oven suhu 150°c
  2. Setiap lapis guna 180gm
  3. Bakar 7-8 minit atau sehingga masak
  4. Mulakan dengan lapisan warna ungu pekat/dark purple dlm loyang bakar sampai masak (7-9 mnt) *bergantung suhu oven masing-masing
  5. Masukkan warna purple muda/light purple kemudian paipkan corak filling blueberry di atasnya.
  6. Ulang cara yang sama sehingga habis adunan.Jika ada lebihan boleh buat corak di bahagian atas(lapisan akhir) dgn menggunakan kreativiti sendiri

*Utk hiasa atas tu, sy cuma tabur dried blueberry ☺️

Kek Lapis Mango Cheese

*resipi asal kek lapis coklat cheese tp saya pandai2 buat resipi sendiri 😂cuma tukar serbuk koko dengan mango pes dan yang ini versi bakar)

🎈Bahan A

  • 200g mentega
  • 150g gula halus
  • 2sk e.vanilla
  • 3biji telur g.A
  • 200ml susu pekat
  • 1sb ovallete
  • 250g t.gandum
  • 1botol kecil pes mango

🎈Bahan B (adunan cheese)

  • 500g cream cheese (nak lebih rasa cheesy boleh tambah jagi 600g)
  • 150g gula halus
  • 2biji telur g.A
  • 2sk e.vanilla
  • 6sb t.gandum

🎈Cara2:

  1. Putar mentega,gula & e.vanilla dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan bertukar menjadi putih
  2. Perlahankan mixer, masukkan telur
  3. Masukkan susu pekat dan ovallete,naikkan kelajuan mixer, putar sehingga adunan kembang
  4. Masukkan t.gandum dan pes mango.putar sekadar sebati
  5. Kaub balik adunan menggunakan spatula
  6. Timbang adunan, bahagikan kepada 2 bahagian untuk 2 lapisan
  7. Untuk bahan B, satukan semua bahan dan putar sehingga licin.timbang dan bahagikan kepada 2 bahagian untuk 2 lapisan
  8. Bakar lapisan pertama selama 15-20minit atau sehingga masak, api atas bawah, suhu 140-160 (ikut oven masing2)
  9. Lapisan seterusnya boleh guna api atas saja tp saya guna suhu slow dan bakar lama sikit takut bawah kek tidak masak sekata dengan bahagian atas.
  10. Boleh cuba guna api atas bawah untuk lapisan kek yang kedua ketiga dan seterusnya…saya tidak pasti 😂 *selepas kek masak saya bakar api atas bawah yang kali terakhir untuk memastikan kek masak sekata, guna suhu slow saja dlm lebih kurang 10-15minit.

*ini version orang kurang rajin macam saya.kalau nak kek lagi cantik boleh buat banyak lapisan.ini 4 lapis.boleh buat jadi 8 lapis.lg senang kek masak.
Terima kasih geng2 dlm group RMK…banyak benda saya belajar.kalau kek ini ada kekurangan saya awal2 minta maaf sebab ini kali pertama saya cuba resipi sendiri.seram juga saya rasa takut kek tidak menjadi…syukur benar kek menjadi dan family cakap sedap.kredit kepada kak noy yullan,sifu kek lapis.saya ikut resipi buku dia dan pada masa yang sama belajar dari RMK
Sekian…Selamat GawaiRaya 😊

Kredit: Pamela Athena

Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese

By: AliciaAyung@MrsUvang (my own version)

Bahan2:

  • 500gm mentega
  • 150gm gula kastor
  • 1 tbsp ovalette
  • 10 biji telur
  • 1 tbsp esen vanila
  • 250gm susu pekat manis
  • 250gm cream cheese
  • 300gm tepung gandum
  • 200gm aiskrim powder vanilla
  • 100gm Horlicks
  • 1 tsp pewarna (merah,jingga,kuning,hijau,biru,ungu,putih)

Cara2:

  1. Putar mentega,gula kastor & ovalette sampai kembang.
  2. Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila,susu pekat & cream cheese. Putar lagi sampai sebati.
  3. Masukkan tepung gandum,Horlicks,aiskrim powder. Putar sebati dgn speed perlahan.
  4. Bahagikan adunan kpd 8 bahagian sama rata / timbang bagi sama rata.
    ~ (6 bahagian masing2 letak pewarna merah,jingga,kuning,hijau,biru,ungu)
    ~ (2 bahagian lagi letak pewarna putih)
  5. Bakar kek pada suhu 170’c selama 8-10 minit setiap lapisan. (suhu & tempoh membakar bergantung kpd jenis oven masing2)
  6. Bakar berlapis sampai habis mengikut turutan warna pelangi berselang-seli dgn warna putih. (corak lapisan bergantung kpd kreativiti masing2)

TIPS:

  1. Guna loyang 9″x9″ untuk kek yang sederhana tinggi. Guna loyang 8″x8″ untuk yang suka hasil kek tinggi.
  2. Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
  3. Setiap lapisan letak 7 tbsp @ sudu makan.
  4. Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya.
  5. Kek boleh dipotong dlm bentuk loaf, dibalut dgn plastik clingwrap, kemudian dibungkus dgn aluminium foil, terus simpan dlm peti sejuk di bahagian chiller. (utk kek tahan lebih lama)

# SELAMAT MENCUBA & HAPPY BAKING #

Kredit: Alicia Ayung

KEK LAPIS IDOLA

Bahan A :

  • 450gm salted anchor @ 2 ketul mentega
  • 150gm gula halus
  • 10 biji telur gred A
  • 300gm susu pekat
  • 80gm kaya tin

Bahan B :

  • 200gm horlicks – minuman malt
  • 50gm serbuk santan – sy guna kara
  • 2 cawan tepung hong kong

Bahan C :

  • 500gm coklat masakan – su guna beryls milk coin dan double boiler
  • 1/2 cawan milo
  • Pewarna kuning
  1. Speed laju pukul mentega dan gula hingga putih. Masuk telur 1 persatu dan putar kembang. Masukkan susu dan kaya, putar sebati. Perlahankan speed, masukkan bahan B sedikit2 dan putar hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2.
  2. Adunan 1: letak warna kuning (3 atau 4 lapisan utk atas, 3 atau 4 lapisan bawah) Adunan ke-2 : masukkan milo dan coklat yang dicairkan. (Lapisan coklat adalah lapisan utk tengah2, rujuk gambar kek).
  3. Bakar pada suhu 150-170 bergantung kepada oven. Pastikan adunan coklat betul2 masak.
  4. Biarkan kek betul2 sejuk baru keluar loyang dan potong jangan potong masa panas dan setiap lapisan yg telah masak harus ditekan2 menggunakan pressing kek.

Kredit : Adinda Dona Kek Lapis

KEK LAPIS SABOK TUN RAZAK

Saya polah tunok (bakar)…cara melapis warnanya saya tukar…kali keduak upload dalam group…Kesukaan suami, setiap pasti terhidang buat suami…

  • 10 Biji Telur Ayam
  • 2 gelas Gula Halus
  • 1½ Gelas Tepung Gandum atau Hong Kong
  • 200 gram Horlick
  • 1 Botol Kecil Jem Buah-buahan
  • 1/2 Tin Susu Pekat
  • 16 oz Butter
  • ½ Gelas Koko

Cara2 Membuat

  1. Pukul Telur dengan Gula Hingga kembang, Masukkan Mentega , kacau sebati masuk pula susu pekat & jem buah buahan .. kacau sebati lagi .. Kemudian masuk tpg gandum & kacau rata
    Bahagi adunan 2 bahagian
  2. Bahagian 1 – Letak Horlick + Pewarna Kuning
    Bahagian 2 – Letak Koko + 1 sudu Browning
  3. Bakar lapis2 hingga masak
    Suhu 180 dlm 6 ke 7min selapis ikut oven masing2

Kredit:resepi mama kent

Kek Lapis Masam Manis

(Azlina Mohd Yunus)

Bahan2:

  • 1 1/2 cawan biskut cream cracker (diblend halus)
  • 1 cawan mentega
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1/2 tin susu pekat
  • 5 biji telur
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh esen vanila
  • pewarna – hijau, merah dan kuning
  • hawflakes secukupnya..

cara2nya :

  1. Pukul gula dan telur hingga kembang dlm 1 bekas.
  2. Pukul susu pekat dan mentega dlm bekas lain.
  3. Campurkan adunan 1 dan 2.Pukul lagi.
  4. Masukkan biskut, esen vanilla dan baking powder.Sebatikan.
  5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian.Warnakan.
  6. Alas dulang dgn kertas.Kukus selapis demi selapis selang seli dgn hawflakes.
  7. Setelah siap kukus, bakar kek selama 5-8 min supaya kek lebih tahan lama sikit.
    selamat mencuba

Kredit:0resepi

RESEPI KEK LAPIS MANGGO CHEESE

Loyang : 8×8×3.5

Bahan-bahan
500g butter anchor/lurpak
80g gula kastor
1tbsp ovelete
10 biji telur gred A
400g susu pekat manis
250gm Cream Cheese
350gm Tepung Hongkong
100g serbuk ais krim vanila
200g filling mangga
1 sudu Vanilla Esen
Pewarna putih & kuning

Cara-cara
Pukul butter, susu, gula dan ovelete sehingga kembang. Dalam 7 – 8 minit. Speed tinggi.
Masuk telur satu persatu, sampai kembang. Masukkan esen vanila , aiskrim powder dan tepung hongkong

Pembahagian Adunan
Timbang keseluruhan adunan.
1) Ambik 150g X 7 = 1050g utk adunan manggo. Mskkan pewarna kuning.

2. Bahagian lebihan adunan tadi untuk dicampur bersama cheese.Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan lebihan adunan tadi. Putar sebati.
Timbang dan agihkan kepada 7 adunan cheese 160g.

Cara bakar

Guna suhu 170°C. (Ikut oven masing2 )oven Api atas bawah utk lapisan pertama selama 5 minit utk adunan cheese. Selepas itu, guna api atas sahaja sampai lapis terakhir.

Bakar setiap lapisan kek secara berselang ikut warna putih kemudian kuning.

Kredit : Liya Abu Hassan

Resepi Kek Lapis Biscoff Cheese

500g butter
150g gula kastor
150g cream cheese
1.1sdb ovalet
(mix sebati sampai kembang)
10 biji telur A
(masukkan satu persatu)
300g susu pekat
100g horlick
100g susu tepung
350g tepung pau/hongkong
(masukkan semua mix sebati)
100g biscoff
1. Pukul butter, gula & overllet. Kemudian mskan cream cheese. Pukul sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
3. Masukan susu pekat, horlick, susu tepung dan tepung
4. Bahagikan jepada 2 adunan. Satu adunan utk Biscoff dan satu lagi utk adunan cheese.
5. Utk adunan biscoff campurkan dgn 100g biscoff.
6. Selebihnya warna putih…setiap lapisan berwarna putih di piping dgn Biscoff spread.
Setiap lapisan ditimbang 180g. lapisan terakhir boleh dihias dgn biskut Biscoff.

Kredit: Liya Abu Hassan

Salah satu kek raya utk tahun tok😄

Resepi kek lapis Sembilu

Acuan 9×9

Bahan-bahan:
500gm pure butter
300gm susu pekat manis
300gm serikaya
1 sudu ovellate
10 biji telur gred A
200 gram tepung biskut marie
5sudu makan tepung gandum
200 gram milo
150gram horlick
1botol kecil jem apple

Cara2:
Masukkan mntega, susu, serikaya, ovellate dan pukul hingga gebu dan sebati. Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati. Masukkan tepung bskut marie dn tepung gndum ke dalam adunan. Pukul hingga sebati dan rata.

👉Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
👉850gram + horlick. Masukkan pewarna kuning.
👉Adunan slbihnya masukkan milo dan jem apple.

🍏Kukus 500gram adunan kuning selama 20 minit. Selepas itu, Masukkan pula kesemua adunan milo ke dlm adunan kuning yg telah masak. Kukus selama 2jam. Masukkan lagi baki adunan kuning dan kukus sehingga masak.

Kredit: Nina N Zul

Assalammualaikum… Selamat pagi

Kek lapis sutera resepi olehan mak kmk belajar dari cikgu masak2 sidak datang ke kampung dolok..

Bole molah duak cara kukus taupun bakar.. mun ikot resepi asal memang kukus..

Kek lapis sutera

450g butter
1 1/2 gelas gula..(kmk makei 1/2 gelas jak gula)
Ovellet 1 sudu(mun ktk pilih bakar lah,mun kukus x payah sebab dolok mak kmk sik engkah pun)

Telo gred AA 10biji
Susu pekat 1/2 tin tinggi
Serikaya tin kecil
Horlick 200g
Tepung marie 2gelas
Buah gajus yg udah d sangai d blend halus dlm 150g
Ceri merah hijau dlm 2 paket d hiris halus
Pewarna hijau
Pewarna kuning

Pukul butter+gula+ovellet sampai kembang…
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla
Masukkan susu pekat,serikaya,horlick dan mixer sebati… Dan aher sekali masukkan tepung marie… Dan mixer sebati…

Bahagi pada 2 bahagian untuk gajus pewarna hijau
Bahagian kunin untuk ceri merah dan hijau..

Untuk bakar 165c dlm 8-9minit api atas bawah untuk lapisan pertama dan seterusnya sampai habis api atas sahaja..

Untuk kukus selang seli lapisan smpai masak…

Selamat mencuba🥰

Kredit: Azlina Japar Lin

Kek Lapis Famous Amos Mint

by roziahsharee

500 gm mentega
10 biji telur gred A
250 gm tepung gandum
200 gm horlicks
180 gm gula halus
1 sudu makan ovalette
200 gm cream cheese
satu tin kecil susu pekat
Biskut Famous Amos Chocolate Chips (dihancurkan)
Chocolate rice secukupnya
perisa peppermint
pewarna hijau

Cara
1. Pukul mentega, gula dan ovallette hingga putih dan kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan susu pekat dan cream cheese pukul hingga tidak berketul.
2. Masukkan horlicks dan tepung gandum sebatikan.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian
a. Warna asal (setiap lapisan ditabur dgn famous amous)
b. Tambahkan perisa peppermint + pewarna hijau (setiap lapisan ditabur dgn chocolate rice)

4. Lapisan pertama dibakar menggunakan api atas dan bawah. Lapisan kedua hingga habis menggunakan api atas sahaja. Bakar berlapis hingga habis dgn suhu 170 7-8 minit setiap lapisan atau hingga masak berwarna perang.

KEK LAPIS WATERMELON CHEESE

10 biji telur
450gm mentega
200gm gula halus
250gm tepung hongkong
1/2 tin susu manis
250gm cream cheese
1 sudu ovalatte
1 sudu teh vanila
1 tin kecil kaya
Coklat chip secukupnya

Telur + ovalatte + gula dipukul hingga kembang
Mentega + susu + kaya + cream cheese dipukul hingga kembang. Campurkan kedua2 adunan..masukkan tepung , gaul rata dan bagikan

2 lapis hijau
3 lapis plain
Selebihnya merah…ditabur coklat chip
#watermeloncheese

LAPIS TEMBIKAI

10 biji telur
450gm mentega
200gm gula halus
300gm tepung hongkong
1 tin kecil kaya
1 tin susu manis
1 bungkus serbuk santan
100gm coklat chip atau secukupnya
1 sudu makan ovalatte
1 sudu teh esen vanila

Mentega dan susu dipukul hingga kembang dan putih..
Telur + ovalatte + gula + vanila dipukul hingga kembang
Satukan kedua2 adunan . Gaul sebati . Masukkan tepung sedikit2 sambil digaul rata. Bagi 3
Hijau 3 lapis
Kuning 2 lapis
Merah @ kuning….. ditabur coklat chip
#mama kent

Kredit: Noriah Kapli

Kek lapis gula apong(bakar)

10biji telur ayam grade B
450gm butter
21/2 cawan tepung gandum/hongkong
1cup gula pasir(kurang pun boleh)
2cawan horlicks
1cawan susu nespray
1tin susu manis(tin rendah)
1tin serikaya(tin rendah)
1 sudu ovallette
200gm gula apong
pewarna ikut suka kita..nak warna apa pun boleyy…

method:

A. telor+gula+ovalette pukul sampai putih
B. serikaya+susu manis+butter pukul sampai pucat
C. gabungkan A+B.. gaul rata. masukkan horlicks+susu nespray dan tepung selang seli. gaul smpai rata. last.. star of the kek.. gula apong… gaul smpai rata jugalah. bahagikan adunan ikut berapa warna kita nak.. warnakan dan bakar selapis-selapis. tada.. 😉

sory kalau ada kekurangan..bru belajar buat kek 🙂

Kredit: Sue Reduan Jutawan

Kek Belacan Lumut Cheese.

KEK LAPIS BELACAN LUMUT CHEESE.

(loyang 9x9x4)

LAPISAN KEK BELACAN
Bahan-bahan.
1.170 g mentega asli
2.50 g gula halus
3.3 biji telur grad A
4.95 g tepung pau
5.100g sri kaya Yeos
6.100 g susu pekat manis
7.100g milo
8.100 g Horlick
9.1 sb browning sugar
10.250 g coklat masakan ( dicairkan )
11.Sedikit asen vanilla

Cara caranya.
1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang
2.Masukkan telur satu persatu.
3.Masukkan tepung gandum, milo, horlick, sri kaya dan susu pekat. Sebatikan.
4.Masukkan esen vanilla, browning sugar dan coklat masakan.
5.Kukus 2 jam atau sehingga masak.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LAPISAN KEK LUMUT
Bahan-Bahan.
1.170 g mentega asli
2.3 biji telur A
3.50 g gula halus
4.90 g roti marie ( dikisar)
5.1 sudu penuh tepung pau
6.100 g sri kaya Yeos
7.100 g susu pekat manis
8.100 g Horlick
9.½ botol pandan paste
10.Sedikit pewarna hijau

Cara-caranya.
1.Mentega dan gula dipukul sehingga kembang.
2.Masukkan telur satu persatu.
3.Masukkan susu pekat, sri kaya, Horlick, tepung roti marie, tepung, pandan paste dan pewarna hijau. Sebatikan.
4.Lapiskan ke atas kek belacan yang telah dimasak tadi.
5.Kukuskan 1 jam atau sehingga masak

~~~~~~~~~~~~~~~~~~

LAPISAN KEK CHEESE

Bahan-bahan.
1.750 g cream cheese
2.150 g gula halus
3.3 biji telur A
4.Sedikit esen vanilla
5.2 sudu penuh tepung pau
6.Sedikit pewarna putih

Cara-caranya.
1.Cream Cheese, esen vanilla dan gula dipukul rata.
2.Masukkan telur satu persatu.
3.Masukkan tepung pau. Sebatikan.
4.Lapiskan di atas kek lumut yang telah masak tadi.
5.Kukus 2 jam atau sehingga masak.

Credit : fb Gigit Rangup

 

Tinggalkan Balasan