30 Resepi Lauk Bersahur

Diposting pada

1. RESEPI DAGING REBUS AIR ASAM BERTAMBAH NASI

Daging yang telah direbus dan dipotong.

Bahan-bahan blender :

  • Sedikit cili besar
  • Sebiji tomato
  • 6 tangkai cili padi-ikut kepedasan yang kita nak
  • Air asam
  • Sedikit belacan
  • Garam
  • Gula

Bahan bahan diatas diblend tapi jangan sampai hancur lebur sangat ye. Kasar-kasar gitu.

Bahan-bahan potong :

  • Tomato
  • Cili padi
  • Cili besar
  • Bawang besar

Yang ni cuma potong potong je dan masukkan dalam bahan blender tadi. Masukkan daging yang dah direbus tadi

Selamat makan 2-3 pinggan

2. RESEPI AYAM MASAK KICAP

Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je..

Bahan2 lain jugak main peranan utk dapatkan rasa yg sedap.

BAHAN-BAHAN :

  • 1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)
  • 1 biji Bwg merah (hiris)
  • 2 ulas Bwg putih (ketuk)
  • Halia (hiris)
  • tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..
  • 1 senduk cili kisar
  • 1 sudu rempah kari daging (optional)
  • 2 sudu sos cili
  • 1 sudu sos tiram
  • 2 sudu sos abc
  • 1 sudu kicap pekat
  • 4 sudu kicap lemak manis
  • 1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)
  • 1 btg Kayu manis
  • 2 Bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 1 btg serai (ketuk)
  • Bwg besar potong bulat
  • Ubi kentang (goreng dulu)
  • Cili padi
  • Daun sup & daun bwg

CARA-CARA :

  1. Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..
  2. Masukkan ayam goreng… gaul sebati
  3. Nampak pekat sgt masukkan air… dah masak.. tabur cili padi dgn daun sup & daun bwg

*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..

3. IKAN MASAK TAUCU..

Bahan bahan

  • Apa apa ikan pun blh guna
  • Bawang Putih(di hiris)
  • Bawang Besar.(di hiris)
  • Halia(di hiris)
  • Cili Api (di hiris)
  • Cili Besar(di hiris)
  • Air Asam Jawa
  • Gula
  • Garam
  • Taucu saya guna jenama OPAH (saya suka tumbuk dulu taucu)
  • Minyak Masak..

(#KUANTITI BAHAN IKUT CITARASA SENDIRI YE)

Cara masak

  1. Bersih kan Ikan..
  2. Goreng ikan ketepikan
  3. Tumis semua bahan yg di hiris
  4. Naik bau, masukkan taucu yg di tumbuk tadi, kacau sebentar..
  5. Masukkan air asam Jawa
  6. Biar kuah mendidih, baru masuk garam dan gula.. #Rasa dulu ye, baru masuk garam sebab Taucu dah masin..
  7. Bila kuah dah mendidih masukkan ikan goreng tadi dan kacau supaya bahan menjadi mesra..

Siap👩‍🍳🌹. (boleh letak tambahan Timun, bendi, dan tomato kalau suka)

Kredit : Diana Adila Diana Adila

4. RESEPI KERUTUK DAGING

  • Daging (potong ikut suka)
  • 1bj bawang bsaq*
  • 3ulas bawang putih*
  • 5btg serai*
  • 1inci halia*
  • 6tgkai cili kering*
  • 1inci lengkuas (ikut suka)* saya skip
  • Sdikit jintan manis (ikut suka)*
  • Kerisik (ikut suka)
  • 1bungkus rempah kerutuk
  • 1/2kotak santan
  • Gula (gula nisan, melaka, perang o gula biasa)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Rempah 4 sekawan

Cara

  1. Potong kasar bhn btanda * dan blend hgga halus bsma sdikit air dan myk..
  2. Tumiskan rempah 4 sekawan… bhn blend hgga garing dan masukkan serbuk rempah tumis hgga pecah myk bru msukkan daging bsma santan dan kerisik..masak hgga dgg empuk
  3. Dah empuk bru msukkan gula dan serbuk perasa…kuah ikut suka nk tahap kpekatan tu camna..klu suka bkuah bleh tambah ayaq..klu nk kering terus masak smpai kering…

Selamat Mencuba😉

Kredit Resepi : jamaliah samsudin

5. Resepi Daging Masak Lada Hitam Tok Nah

  • 500++ grm daging
  • Kentang 2 biji yg di potong bulat, dilumur garam kunyit dan digoreng
  • 10 ulas bawang putih*
  • 2 sudu makan lada hitam biji*
  • 2 sudu makan jintan manis biji*
  • Halia sebesar dan sepanjang ibu jari*
  • Kicap lemak manis 2 sudu besar*
  • Sos tiram 2 sudu besar*
  • Gula perang 1½ sudu makan paras²* (if gula putih 1 sudu paras dah ok)
  • Kiub ayam separuh (tak nak pun tak apa ganti garam sikit)*
  • Cuka 1 sudu kecil
  • Minyak secukupnya
  • Bahan hiasan yg dimasukkan 2-3 minit sebelum tutup api
  • Bawang besar 1, cili merah 1, tomato 1 dipotong 4, daun bawang dan daun sup

Cara

  1. Blend bahan yg bertanda *
  2. Perap daging yg dipotong nipis dgn bahan yg diblend selama 20min
  3. Masak daging yg diperap bersama sedikit air sehingga daging empuk dan kuah agak pekat (if belum empuk tambah air. Kalau guna noxxa hp 25, kemudian stir fry sampai kuah agak pekat)
  4. Bila kuah agak pekat, masukkan minyak yg diguna utk goreng kentang tadi dalam 1 senduk
  5. Masukkan kentang yg digoreng dan bahan² hiasan yg disenaraikan di atas, masukkan cuka dan adjust rasa mana² yg belum cukup, sila tambah.

Sumber : Maggie Mohamed

6. RESEPI SAMBAL IKAN TONGKOL

Bahan2 Rebusan Ikan:

  • 🐟Ikan Tongkol
  • 🐟Garam
  • 🐟Nisan/Gula Melaka
  • 🐟Asam Keping

📍Ikan tongkol direbus terlebih dahulu dgn semua bahan2 diatas.. Bila ikan dah masak, angkat dan toskan…air rebusan jangan dibuang..

📍Kemudian goreng ikan tongkol sekejap aje untuk pejalkan isi nya… angkat dan ketepikan…

Bahan2 utk sambal:

  • 🌶Bawang Besar
  • 🌶Cili Kisar
  • 🌶Bawang Merah Kisar
  • 🌶Bawang Putih Kisar
  • 🌶Sedikit Halia Kisar
  • 🌶Air Asam Jawa
  • 🌶Air Rebusan Ikan
  • 🌶Sedikit Belacan
  • 🌶Sedikit Kicap Manis

Cara2:

  1. Tumis hirisan bawang besar dan masukkan semua bahan kisar hingga pecah minyak..
  2. Masukkan air rebusan ikan dan air asam jawa..
  3. Akhir skali masukkan ikan tongkol yang telah digoreng awal tadi..Tambahkan kicap dan perasakan dengan garam gula secukup rasa…Gaul sebati dan biarkan mereneh hingga kuahnya pekat dan ikan mesra bersama sambal…

Siap.. selamat mencuba

Credit Instagram : @kak_t68

7. RESEPI DAGING GORENG KICAP PEDAS LAZAT

Haa..sape suka daging? Jom buat, resepi dah ada ni…

Bahan2:

  • 1kg daging batang pinang – di bersihkan, kemudian dipotong nipis2 ( tapi kepingan lebar2 ye)
  • Kemudian daging yg telah siap di potong di garamkan sedikit & dikunyitkan sekata..seterusnya digoreng hingga garing.. angkat dan toskan.. ketepikan
  • Bahan2 tumbuk atau kisar:
  • 1 inci halia
  • 5 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 1 biji bawang besar

Bahan2 lain:

  • 5 sudu besar cili blend
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos seafood adabi
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 biji bawang holland- potong gegelang
  • 11 biji cili akar – kerat 2
  • Garam & gula secukup rasa
  • Aji- optional
  • Minyak masak secukupnya

Cara2:

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali…tumis bahan2 kisar bersama cili kisar hingga ianya garing…
  2. Bila dah garing masukkan semua sos, kicap, garam & gula serta aji (sekiranya anda guna aji).. kacau sekata..
  3. Selepas 2 – 3 minit masukkan daging yg telah digoreng bersama bawang holland & cili akar.. kacau hingga sayur kacang panjang kelihatan telah empuk.. rasa.. kalau dah cukup rasa.. tutup api.. siap..👏🏻😊

Selamat mencuba!

Kredit: Adnilsam Apat

8. SAMBAL DAGING CILI API

Masak 1 jenis lauk jer kita hari ni.. Sambal daging cili api campur kacang panjang.. Alhamdulillah. 🙂

Resepinya..
**Daging batang pinang di hiris nipis dan di gaul bersama serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng – ketepikan ( jgn goreng terlalu lama nanti keras x sedap)
Bhn kisar A
Cili api 15 – 20 ulas
Bwg putih 4-5 ulas
1 biji bwg bsr
Bhn B
2″ halia di hiris
1sdb kicap pekat manis
1sdb sos tiram
2sdb sos tomato
6-8sdb sos cili
Garam
Gula
Bhn C
Daging yg telah di goreng
Bhn D
Cili bsr merah dan hijau di hiris
1 biji bwg bsr di hiris
Kacang panjang
#tumis bhn A hgga pecah myk, kemudian masukkan bhn B, msk sambalnya hgga agak pekat n naik myk…kemudian masukkan daging kacau sebati agar bersalut bersama sambal dan akhir sekali masukkan bhn D.
credit : Ziera Xiera

9. Resepi Sotong Masak Ala Thai

😋 Ni sy selit resepi boleh cuba2. Sy pun olah olah juga resepi ikut suka tekak sendiri..

  • Sotong
  • Kacang Panjang
  • Cili Padi Merah
  • Bwg Merah-mayang
  • Serai-1 (hiris serong)
  • Daun Limau Purut -4/5 helai
  • Serbuk Lada Hitam- sikit
  • Sos Ikan -Renjis ikut suka 😬
  • Serbuk Kunyit
  • Mushroom Seasoning- optional

Bahan Kisar:

  • 4-5 btg cili merah
  • 4-5 btg cili hijau
  • 1 labu bwg merah
  • 3 ulas bwg putih
  • Belacan
  • Sedikit air

Cara:

  1. Panas minyak, tumis kan bahan kisar tadi. Tumis smpai pecah minyak sket.
  2. Masuk sotong yg da dicuci bersih. Biar smpai sotong masak.
  3. Masuk lada hitam, campak serbuk kunyit sket, mushroom seasoning (optional), sos ikan, gula, garam ke etc.
  4. Lastly, masuk cili padi, serai,daun limau purut, kacang panjang.
  5. Gaul smpai masak. Setel.

*Sy suka bau daun ketumbar, so apa2 masakan sy mmg tabur daun ketumbar hihi 😬

*Klu nk sotong tu kekal gemok and x kecut, rebus dlu kejap 5 min dgn 3-4 keping asam keping. Sotong dlm pic ni sy rebus dlu cmtu. Sbb nk bg dia kekal gemok tanak kecut. Hihi.

Sumber : Wan Wani

10. RESIPI IKAN KELI BERLADA

🌸 BAHAN BAHAN

  • Ikan keli saiz sederhana ( potong dua..Kalau kecik xyah potong)
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah
  • Cili boh / cili kisar
  • 6 biji cili merah
  • 4 biji cili padi
  • Air asam jawa
  • 1/2 biji limau kasturi (perah jus)
  • 1 sudu besar gula
  • Sikit belacan (tak letak pun takpa)
  • Bawang besar (dihiris) tak letak pun takpa.Hiasan je.

🌸Cara membuat

  1. Goreng ikan keli hingga garing . Angkat & toskan.
  2. Kisar bawang merah, bawang putih, belacan,cili merah & cili padi. (Masukkan 1/2 cawan air so bahan mudha dikisar)
  3. Panaskan minyak dan masukkan cili boh dulu .
  4. Kemudian masukkan bahan bahan yang dikisar tadi .Tumis sampai naik bau .
  5. Masukkan garam dan gula. . Kacau sebati
  6. Bila garing masukkan air asam jawa dan air perahan limau kasturi
  7. Biarkan sampai masak dan pekat.
  8. Masukkan ikan keli dan bawang besar yang dihiris.Gaul sampai sebati.
  9. Siap dihidang ☺

📝 NOTA :
Air perahan limau kasturi just nak bagi rasa masam je sikit.Tak letak pun takpa.Ieyra tak letak.

11. RENDANG SOTONG

Bahan bahan :

  • 500 gm sotong
  • Santan
  • 2 sb kerisik
  • daun limau purut
  • garam
  • gula
  • minyak

Bahan kisar :

  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 cm lengkuas
  • 3 cm halia
  • 2 cm kunyit hidup

Cara cara :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga naik minyak. Masukkan santan, kerisik, daun limau purut. Kacau sampai naik minyak.
  2. Masukkan sotong. Perasakan dgn garam dan sedikit gula. Masakkan sekejap. Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat. Siap.

12. Resepi Sos Cili Thai Homemade

Bahan-Bahan:

  • 4 biji cili merah
  • 9 biji cili padi (kalau suka pedas boleh tambah lagi)
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 ½ cawan air
  • 2 sudu besar cuka
  • jus 1 biji limau nipis
  • 1 cawan gula atau secukup rasa
  • 1 sudu garam atau secukup rasa
  • 2 sudu makan sos ikan
  • 1 sudu besar tepung jagung+ 2 sudu besar air
  • Daun ketumbar…cincang kasar.

Cara buat;

  1. Blendkan cili merah, cili padi,bawang putih dan air.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Masukkan pula cuka, jus limau nipis, sos ikan,garam dan gula. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. Masukkan tepung jagung yg dicampur dgn air. Bila dah pekat tutup api.

Siap! Memang sedap cicah dengan
Udang rebus, celur atau goreng. Meletop!

13. AYAM PHAT PHET

Bahan bahan :

  • Ayam
  • 1 batang serai
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam
  • Gula

Bahan kisar :

  • 5 biji cili padi
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 atau 2 batang serai
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar

Cara-cara :

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan secawan air.
  2. Masukkan serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula. Gaul sekali sekala hingga ayam masak. Jika suka berkuah, boleh tambah air. Siap.

Sambal ayam goreng garing

Resepinya ringkas je…

Bahan:

  • Ayam-bersihkan ..potong kecik dan goreng garam kunyit
  • *2 biji lada besar @ cili masak
  • *10-15 biji cili padi
  • *2 biji bwng besar
  • *3 ulas bwng putih
  • *sedikit belacan(x nk pun x pe)
  • 2 sudu kicap manis
  • Garam n perasa
  • 1 biji bwng besar-hiris bulat
  • Tomato ceri

Cara:

  1. Mesin kasar bhn bertanda *
  2. Tumis bhn mesin hingga garing
  3. Masukkan garam n perasa
  4. Masukkan kicap manis
  5. Masukkan ayam yg siap d goreng td
  6. Kacau rata n masukkan bwng hiris dan tomato ceri ..
  7. Siap!!!

14. RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK KICAP

Bahan bahannya:

  • 1/2 ekor ikan tenggiri segar di potong setengah inci tebal
  • 1 biji bawang Holland di racik kasar
  • 1 / 2 inci halia di racik kasar
  • 4- 5 biji cili padi thai
  • 2 sudu makan cuka
  • 3/ 4 cawan air
  • 1 batang daun bawang
  • Kicap mengikut citarasa anda
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara Membuatnya:

Goreng dulu ikan tenggiri yg telah di potong tadi dan tumis bwg putih dan halia masukkan bawang Holland yg di racik kasar berserta ikan tenggiri yg di goreng tadi dan masukkan kicap secukup rasa dan air masukkan garam dan gula untuk perasa kalau nak sedap lagi campur 2 sudu makan cuka angkat dan hidangkan selamat mencuba

15. KETAM MASAK LEMAK CILI API

Bahan bahan:
3 ekor ketam
1 pek santan
4 -6 biji cili api kampung
1 inci kunyit hidup
Garam

Cara cara:
Tumbuk cili padi dan kunyit
Satukan semua bahan tumbuk dlm periuk bersama santan dan masak dengan api perlahan.
Pastikan sentiasa dikacau.
Kemudian masukkan ketam.
Siap.

Biasanya.. waktu sahur selera nk mkn msti kurangkan…tp beza plk dgn suami akk..klu ada lauk ni…2 pinggan tu confirm!!pebret sepanjang zaman katenya…
#daginggorengkunyit

Bahan:
1/2 kg daging batang pinang(hiris)
Bawang besar 2 biji(saiz besar)-belah 2 & hiris
Cili masak-3 biji-hiris
Cili hijau-2 biji-hiris
Bawang putih-3ulas-hiris
1/2 sudu mkn serbuk kunyit
1sudu mkn sos tiram
Sedikit serbuk lada sulah
Garam dan perasa

Cara:
Potong daging nipis ..basuh..toskan dan gaul dgn garam, perasa n serbuk kunyit
Masukkn dlm kuali tnpa minyak dulu utk keringkn airnya..
Bila air daging dh kering baru tuangkan lbh kurang 1/2 cwn minyak dan goreng daging sehingga agak garing..
Masukkn sos tiram n lada sulah..
Akhir skali masukkn bwng n cili yg dh d hiris tadi…gaul rata & siap!!!
Slmt mncuba.

Kredit Resepi : mazliza ahmad via mahn

16. RESEPI UDANG MASAK DIRAJA

Bahan-bahan dikisar:-
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

Bahan-bahan:
2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat

Cara-cara:
1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

kredit resepi kepada Aryati Sarah via (MAHN)

17. KARI IKAN TANPA SANTAN

Bahan-bahan :
Ikan apa2 je
3 sudu besar rempah kari
3 biji bwg merah dihiris
2 ulas bwg putih dihiris
Halba campur
air asam jawa
1 biji tomato -belah 4
4 biji bendi
2 biji lada hijau/merah
Daun bawang
garam
2 tangkai daun kari

Bahan kisar :
5 biji bwg merah
3 ulas bwg putih
2 biji bawang besar

Cara cara :
Tumis bwg merah dan bwg putih yang telah dihiris, masukkan halba campur dan daun kari sehingga wangi… Kemudian masukkan bahan kisar dan rempah kari yang dah ditambah air. Masak hingga pecah minyak…

Masukkan air asam jawa. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi. Perasakan dgn garam secukup rasa. Siap.

Sebelum dihidang, taburkan daun bawang serta hirisan lada merah/hijau.

18. UDANG GORENG KUNYIT

BAHAN2
10 ekor udang sederhana besar
2 ulas bawang putih
3 biji cili padi
1 biji cili merah – hiasan
1 ulas bawang besar – potong nipis
1 sudu makan sos tiram
daun bawang – hiasan
garam, gula
sedikit kunyit
minyak untuk menggoreng

Caranya:
Udang dibersihkan dan gaul dengan sedikit garam dan kunyit, ketepikan. Bawang putih dan cili padi ditumbuk kasar dan tumiskan dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Masukkan bawang besar dan biarkan seketika. Masukkan udang tadi dan goreng sehingga masak. Masukkan sos tiram dan kacau. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Masukkan cili merah dan daun bawang yg telah dipotong..sedia untuk dimakan bersama nasi panas.

19. RESEPI SOTONG PHAT PHET

BAHAN2

BAHAN A(KISAR/BLENDER KASAR)
Cili api/cili merah – ikut kepedasan sendiri
Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Serai
Belacan
Lada hitam- letak sikit ja
*Kuantiti bahan bgantung kepada kuantiti sotong…

BAHAN B
Sotong
Asam keping
1batang serai (titik)
Sedikit garam dan gula
Daun limau purut

Bahan sayur ( kalu tak letak pun tak pe)
Kacang panjang
Carrot
Bunga kobis

Cara- cara penyediaannya
-panaskan minyak, tumis bahan kisar dan masukan serai yg di titik sehingga naik bau dan pecah minyak… setelah kering tumisan tadi, masukkan sedikit air(jgn terlampau bny)
-kemudian masukkan sotong, asam keping, daun limau purut dan garam serta gula…
-akhir sekali masukkan kacang panjang, carrot, bunga kobis… kacau rata dan biarkan layu sedikit, pastu angkat…
– siap dan hidangkan dgn nasi panas

Selamat mencuba…

20. RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI

Bahan2 ;
Beberape keping ikan tenggiri goreng .
Daun kunyit hiris
Daun limau hiris
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup manis
Santan c kit ( agak2 aje)
Air asam c kit ( agak2 jgn lah bnyk masam pulak jadinya )
Rempah kari ikan babas ( agak2 aje)
.
Bahan2 kisar ;
Cili merah + hijau
Cili padi merah + hijau ( ikut pedas mana nak )
B.merah kecil
B.putih
Halia
Serai
Ketumbar biji ,Jintan halus & kasar
Kisar hingga halus .
.
Cara2;
Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga garing n terbit minyak .
Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi .
Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam . Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika .
Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit .
Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi .
Perlahankan api biar hingga mereneh .
Tutup api .Siap dihidangkan .
SELAMAT MENCUBA😊

Keridit by Laila Aznam

21. RESEPI DAGING MASAK MERAH

Bahan-Bahan:
● 200 gram daging
● pewarna merah
● 1 senduk minyak masak
● 1 inci halia, hiris nipis
● 3 ulas bawang putih, diketuk
● 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
● 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
● 4 biji jagung muda, potong memanjang
● 1/4 cawan cili kisar
● 2 sudu besar sos tomato
● 1 sudu besar sos tiram
● 1 sudu besar sos ikan
● 2 helai daun limau purut
● sedikit tepung jagung
● Karot, potong memanjang

Caranya :
1. Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.

2. Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.

3. Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.

4. Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.

5. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.

7. Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.

selamat mencuba

22. RESEPI IKAN BAWAL MASAK SOS 3 RASA

1 ekor ikan bawal hitam
2 ulas bwg putih
1/2 biji bwg holland
1sk serbuk kunyit
sedikit garam
2 btg serai
1 inci halia
lada kisar (dari 7 btg cili kering)
sos tomato
sos cili
sos tiram
sos 3 rasa (Mahsuri)

kredit resepi: Nurul Jannah

Bawal Goreng Cili

Satu lagi resepi ikan bawal pedas yang boleh dicuba sendiri di rumah. Ianya juga mudah dan resepinya ringkas. Resepi ini dikongsikan oleh Masni Bahari di laman Facebook.

Bahan-bahan:
Ikan bawal
Bawang besar
Bawang putih
Cili hidup
Cili padi
Serak (dititik)
Tomato (dibelah 4)
Cuka
Gula
Garam
Serbuk perasa *optional

Cara-cara:
Lumur ikan bersama garam dan kunyit. Goreng dan ketepikan.
Kisarkan bawang besar, bawang putih, cili padi dan cili hidup.
Menggunakan minyak ikan goreng tadi, tumis bahan kisar.
Tambahkan serai yang dititik.
Masukkan garam, gula dan cuka.
Tumis sehingga kering.
Masukkan ikan, tomato dan bawang hiris.

Kredit : empunya resepi

23. RESEPI LALA TUMIS

Bahan-bahannya:
● lala
● bawang besar
● bawang putih
● cili merah & hijau
● batang serai (2btg)
● garam & bahan perasa (secukup rasa)
● gula (satu sudu kecil)

Cara-cara
1. Bwg putih di titek. tumis kan bwg putih tersebut..masukan bawang besar yg dihiris bulat bersama cili merah & hijau serta btg serai..tumis sampai naik bau

2. Msukkan air(agak2),masukkan garam,bahan perasa,gula dan akhir sekali lala.

3. Tutup seketika..biarkan lala masak dlm 2-3min

24. KERANG AIR ASAM ALA THAI

BAHAN-BAHAN:

2 kilo kerang
10 batang cili api
3 biji limau nipis dibelah 4
2 biji tomato
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar air limau satang
2 inci belacan dibakar
1 genggam asam jawa jadikan 1 cawan jus asam jawa
garam dan gula secukupnya
Daun ketumbar

CARA MEMASAK:

1. Basuh kerang dan rebus kerang sehingga ada kerang yang terbukak sendiri

2. Buang air rebusan kerang dan segera letak ais dan air sejuk dari petis ais untuk elakkan kerang jadi kecut dan nak nampak segar

3. Hiris kasar cili api dan tomato

4. Satukan air asam jawa , belacan bakar , sos ikan , jus limau satang , cili api , tomato , garam dan gula dalam bekas yang sesuai

5. Gaulkan bersama kerang sehingga mesra

6. Akhir sekali perahkan limau nipis dan masukkan daun ketumbar yang dipotong kasar, campurkan sekali kulit limau dan gaul lagi sehingga sebati

25. Sotong goreng lada + ubi kentang

Bahan-bahan

  • Stgh kilo sotong…
  • lada hitam 1 sudu kecil
  • halia 1 inci
  • Bwg kecik 2 ulas
  • Bwg putih 1 ulas
  • Tumbuk ya bhn di atas
  • dan gaulkan dgn Sotong..yg di letakkan sedikit serbuk kunyit .. masukkan
  • 1ketul pati ayam knorr
  • sedikit garam..dgn gula
  • 2biji ubi kentang grg ketepikan
  • Sebiji bwg besaq
  • Cili padi 6 biji
  • Cili merah sebiji

Cara²

  1. Tumiskan sotong , Masak sampai air sotong kering… kemudian
  2. masukkan air asam jawa ,pati ayam seketul ..
  3. dgn ubi kentang yg di grg xd…
  4. masak sampai kuah pekat kemudian
  5. Masukkan Bwg besar sebiji ,
  6. cili padi..dgn cili merah

Siap☺

Kredit:siti fatimah

26. SAMBAL TUMIS TELUR

Tak payah lauk lain. Cukup sambal tumis telur puyuh, ikan gelama masin dan ulam timun.

Korang masak apa?

Nah resepi sambal tumis telur puyuh jutawan susu kambing makin pedas makin craving 😂

Bahan-bahannya:

  • Bawang putih, bawang besar, belacan dan cili kering kisar. Bawang holland hiris bulat. Sikit ikan bilis halus-halus (goreng dl). Telur puyuh yang direbus. Air asam jawa. Gula dan garam.

Cara masak sambal tumis telur puyuh:

  1. Tumiskan bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan sedikit air asam jawa. Kacau sebati.
  2. Masukkan gula dan garam. Kacau lagi.
  3. Masukkan telur puyuh dan gaulkan secara merata dengan sambal tadi. Masukkan pula ikan bilis halus dan kacau mesra.
  4. Lastly, masukkan hirisan bawang holland. Biarkan seketika di atas api dan bolehlah dihidangkan.

Kredit:feeda yusof

27. Sotong masak ala thai sedapppppp !!!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 kg sotong
  • 1 biji bwng besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji cili padi
  • 2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
  • 2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
  • 1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
  • 1 biji tomato – potong dadu
  • Sedikit daun ketumbar

CARA MEMASAK:

  1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
  2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
  3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
  5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
  6. Sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba♥️

Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed

Tinggalkan Balasan