30 Resepi Sambal Pembuka Selera

Diposting pada
Korang yang tak tau nak masak apa hari ni boleh try resepi sambal² ni, boleh simpan lama, makan dengan nasi panas-panas bertambah weiiii.

Sambal Bilis Terung Pipit Pedas skala 18/19.

May be an image of food
Resepi : cili padi sepedas rasa, bwg merah, bwg putih, blcan bakar skit..tumbuk acah2 lumat. Bilis goreng dulu. Minyak goreng bilis buat tumis bahan tumbuk td. Masukkan terung, bwg holland hiris, asm kping sekeping dan air skit. Perasakan grm gula. Dah masak, masukkan bilis tadi. Gaul rata. Siap!

Credit : Fara Lome

Resepi sambal bilis rangup

May be an image of food

* bawang putih
* cili api
* tumbuk kalau rajin lumat lah

kalau tak rajin kasar 😅
panaskan minyak masak
tumis bawang putih sampai garing
masukkan cili api
tumis sampai cili masak
masukkan garam + aji + asam keping
dah masak masuk ikan bilis dan siap 😉
ikan bilis akan rangup sampai seminggu
rahsia dia jangan pakai bawang merah
kalau nak pakai gak kena sampai betul2 garing okay 😉
ini cara saya
Korang nak cari ikan bilis mata biru sabah tengok sini sedap aihhhh

Kredit : Nurulnabila Zaidi

RESEPI SAMBAL BILIS TEMPOYAK

(Rahsia nasi bertambah mertua lalu buat tak endah😂😂)
May be an image of food
Bahan-Bahan:

1. 2 sudu besar tempoyak fresh
2. 20-25 biji cili padi (kisar @ tumbuk)
3. Petai
4. Garam dan gula secukup rasa
5. Ikan bilis (kisar @ tumbuk)
6. Bawang merah dan putih (kisar @ tumbuk)

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar @ tumbuk.
2. Bila dah pecah minyak masukkan petai kacau rata
3. Masukkan 2 sudu besar tempoyak, tambah air sikit-sikit.
4. Masukkan garam gula secukup rasa.
5. Masak sehingga pecah minyak dan mendidih. Bila dah pekat tutup api.

Korang nak cari ikan bilis mata biru sabah tengok sini sedap aihhhh
Kredit : Tengku Roselyza Raja Muhammad

Resepi Kerabu Ikan Bilis

May be an image of food

1-IKAN BILIS =DIGORENG
2-BUNGA KANTAN= POTONG HALUS
3-CILI PADI 1OTANGKAI= POTONG HALUS
4-TOMATO 2BJI=PTG DADU
5-TIMUN 1/2 BJI= POTONG HALUS
6-2BTG SERAI= CINCANG HALUS
7-PERAHAN LIMAU NIPIS 1 ATAU 2BJI
8-BWNG BESAR 2BJI- POTONG IKUT CARA MASING2 LAH YEE
9-GARAM, GULA’ AJI SEDIKIT.. Daun sup tu hnya hiasan saja😁

👉CARAN NYA CAMPURNKAN KSEMU BAHAN GAULKAN RATA” KECUALI IKAN BILIS.. PERASAKAN DENGAN BAHAN NO-9 DAH CUKUP RASA LAST SEKALI BARU MASUKAN IKAM BILIS.. GAUL2KAN DH BOLEH DI HIDANG😊😊 SELAMAT MENCUBA YE..

credit : Ariel AL Juffry

Resepi Sambal Bilis Rangup

May be an image of food

🐟ikan bilis dibasuh dan di toskan hgga kering
🐟Bawang kecil dihiris halus(basuh bawang dulu pastu baru hiris tau)
🐟Bawang putih pun dihiris
🐟Cili kering di basuh dan keringkan
🐟Asam keping,garam dan gula
🐟Tepung beras,tpg jagung dan tepung gandum@ Tepung Tempura Bestari

CARA:

🌶️Gaul ikan bilis dgn ketiga² tepung tadi.akak lebihkan tepung beras dari tepung yg lain.sukatan agak2 je InshaAllah tetap garing bila betul cara goreng nye..
🌶️Gaulkan juga bawang kecil,bwg putih td dengan tepung2 tadi.
🌶️Panaskan api sederhana besar.goreng bawang kecil dan bawang putih dulu berasingan.kena kawal api ye kalau tak hangus nanti.agak2 dh golden brown bole angkat dan toskan.
🌶️Pastu gorengkan ikan bilis hingga garing toskan.
🌶️Cili kering tadi digoreng juge dalam 2-3 minit atau agak2 garing tapi jgn sampai hangus nanti pahit.kemudian kisar cili kering TANPA AIR ye..
🌶️dalam kuali dengan sedikit minyak tumis cili kering tadi kemudian masukkan garam dan gula dan juga asam keping.gula lebihkan sikit ye.kacau sampai gula dan garam larut.
🌶️Kemudian tutup api dan sejukkan sambal.bila dah sejuk baru masukkan bahan2 goreng td dan kacau rata.
Siap utk dinikmati..😋😋😊😊❤️❤️

Edit post: jika terbanyak minyak masa menggoreng takpe..korang just kaut sambal bilis yg dah di gaul dgn semua bahan2 td dan toskan dgn penapis.kemudian lapik dgn tisu dapur dlm bekas kedap udara dan tuang sambal bilis tadi..

SELAMAT MENCUBA

Resepi Oleh: Noriza Jaja

Resepi sambal belimbing buluh ngn bilis

May be an image of food

*bahan2
-belimbing buluh(bnyak mna pun xpe)
-cili padi
-belacan
-gula, garam, ajinomoto
-ikan bilis
*basuh belimbing buluh dahulu.. Lepas tu rebus selama 5minit.. Jangan terlalu lama takut hancur.. Lepas tu tapiskan belimbing Yang direbus tadi.. Biarkan sejuk..
*cili padi ditumbuk dengan belacan besar ibu jari.. Cili ikut pedas Yang kita suka.. Lepas tu tumiskan bahan2 Yang ditumbuk tadi dengan ikan bilis.. Masukkan gula, garam Dan aji secukup rasa.. Bahan tadi Sudah pecah minyak.. Masukkan buah belimbing buluh Yang Sudah direbus tadi ke dalam kuali.. Gaulkan je jangan lama.. Dan siap dihidang.. Simple ja menu ni..
Saya share resepi ni… Mana tau ada Yang ingin mencuba… Menu simple shasha. Selamat mencuba.

Sambal ikan bilis kacang..

May be an image of food

10 biji cili kering yang belom kisar
1 senduk cili kering yang sudah dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sebesar ibu jari gula melaka
2 atau 3 keping asam keping
2 sudu kecil gula pasir *ikutlah kalau suka manis letak lebih…
Garam secukup rasa
Kacang tanah
Ikan bilis…

Cara buat
1. 10 biji cili kering yg belom kisar digoreng garing ni untuk kita bt mcm cili flakes..
2. Goreng kacang tanah dan ikan bilis.Selepas da goreng toskan minyak letak tepi sejukkan dulu…
3. Blender bawang besar dan bawang putih. Pastu pakai la minyak yg goreng kacang tadi tumis bawang yg diblender tadi..
4. Da tumis bawang tadi masukkan cili mesin 1 senduk td.. Lalu letak terus gula melaka sebesar ibu jari tadi.. Bior je dia masak sebati..minyak jgn banyak masa tumis tu… Lepas tu letak la garam n gula secukup rasa. Pastu kau kacau kacau kacau la sampai da naik minyak.. Letak cili flakes kau buat tadi… Kacau sebati.. Kalau pedas sgt letak gula lagi… Pastu da ok kau campak asam keping 2 3 keping… Bior dia kering… Api kecik la time ni…
5. Da ok.. Sambal kau tutup api… Ingat jgn berminyak sgt buat yg jenis kering mcm gamba akak ni…
6. Proses last sekali bila sambal kau da sejuk da cukup rasa.. Baru kau lodehkan ikan bilis dan kacang kau ni…pastikan sambal kau da sejuk.. Tak perlulah sampai letak dlm peti ais.. Agak agak sejuk la tak melecur tgn kau bila kau colek.. Hahahaha

Ok la selamat mencuba.. Ni cara along tau…
Kredit: Along

Sambal bilis belimbing buluh

May be an image of food

Resepi simple yg akan buat korang menambah nasi. 😁
Tkde lauk lain pun tkde hal ler…
Ikan bilis
Cili merah & cili padi – ejas la nk pedas cmner
Bawang merah
Belacan (optional)
☝️ Tumbuk ikut suka nk kasar @ halus
Belimbing buluh – hiris bulat2, klau suka masam boleh lebihkn..
Petai – hiris2 je (optional)
Tumis bahan tumbuk, campak ler belimbing & petai.
Tumis sampai garing & pecah minyak, perasakan garam & gula, siap !
Simple kan 😁😄

Credit : Nanie Rosnan

Resipi Sambal Belacan

May be an image of food

20 biji cili padi
1 biji cili merah(cili besar)
1 sdt gula
1 inci belacan
(tumbuk semua bahan ini)

1/4 cawan air asam jawa
1 sdb perahan limau nipis/limau kasturi

Caranya
Satukan bahan tumbuk dengan air asam jawa dan perahan limau..kacau sebati…siap..

MARIANA ZAINAL

Resepi sambal tempoyak bilis

May be an image of food

3- 6 papan petai(ikut suka)
2 sudu mkn tempoyak(nak lebih pun boleh)
Ikan bilis(sy suke goreng dulu, x goreng pun xpa)
*Cili segenggam
*Bwg putih 2 ulas
1/2 bji Bwg besar (mayang kasar)
Garam aji secukup rasa

Blend/tumbuk bahan bertanda*.

Cara-cara memasak;

¹).Panaskan minyak, goreng ikan bilis & ketepikan.
2).Tumis bahan yg di blend/tumbuk sampai pecah minyak,
3).Masukkn bwg besar yg dimayang. 4).Masukkn 2 sudu tempoyak, petai & perasakan garam, aji(garam xyah byk2 sbb ikan bilis dah masin).
5). msukkn petai kacau2 dlm 2 minit &masukkn ikan bilis yg di goreng tadi. Dah siap!!
Selamat mencuba…

Jika x nak goreng ikan bilis, lpas bahan tumis dah pecah minyak bole masukkn ikan bilis..

PUAN AIZA IRMIYATI GHAZALI

Resepi Sambal Belacan Padu

May be an image of foodNah Kak Dayah kongsi resepi sambal belacan padu, versi sukatan satu balang. Takyah risau, bila dah ada sebalang ni, macam macam boleh buat. Ikan sumbat, nasi goreng, kangkung goreng, kailan goreng. Pendek kata, cepat lah nanti habis sebalang tu 😄

Jom tengok bahan :

5 – 6 genggam besar cili api hijau *
5 – 6 biji cili merah besar *
6 biji bawang merah *
6 biji bawang putih *
13 – 15 biji kurma dibuang biji *
Sebiji tomato bakar
Segenggam atau lebih belacan bakar
10 – 12 biji air limau nipis (saiz besar)
1sb pati asam jawa Adabi + air panas
Garam secukup rasa
3sb Pati Bilis Cap Ketereh

Goreng bahan bertanda * dengan sedikit minyak dan toskan
Masukkan bahan goreng tadi ke dalam blender bersama bahan lain
Tekan lepas tekan lepas blender supaga sambal tidak terlalu hancur
Boleh tambah gula, garam jika tak seimbang rasa atau Ajinomoto jika suka – Kak Dayah tak masuk
Masukkan dalam balang kaca, boleh simpan dalam peti untuk tahan lama.

Lagi ummphh dihidang dengan mangga muda dicincang nipis atau hirisan nipis kulit limau kasturi

NORHIDAYAH MOHD ARIPIN

Sambal limau tonggek

May be an image of food and text

Bahan2nya
*5 biji cili merah
*6 biji cili padi
*Sebiji tomato
*1 sk gula putih
*2 sk gula merah
*3 sk belacan
*1 sk garam
*1 sk asam pes asam jawa
* sedikit kicap

– 5 biji cili padi dipotong kecil
– sebiji bawang besar potong dadu
– sebiji tomato potong dadu
– 3 biji limau kasturi, perah jusnya masukkan & kulitnya. Buang biji dulu
Kalau suka hiris nipis2 kulit limau tu

Satukan semua bahan2 blend & bahan potong. Kalau tak suka manis, kurangkan gula

Bahan2 * kat atas tu blend semuanya

NAZIAN RAHMAN

Sambal kicap power

Saje nak share, sape2 yg kurang mahir wat sambal kicap blhlah try resepi sis ni tau.mmg sedap sgt…makan ngn mee/ bihun sup ke…Mee rebus ganu ke…Soto ke…ape2 jelh yg sesuai.mmg mabeles sesangat..😋😋

Resepinya…
No photo description available.
Segenggam Cili padi
Seulas bawang putih
3 biji limau kasturi ( pilih buah yg masak)
Secawan kicap Manis
2 sudu gula pasir

#limau tu kena buang biji dulu ye.klu tidak pahit nnti…

Caranya…blend je semua tu.kulit limau amik 2 biji blend.yg sebiji lagi perah dulu pastu hiris nipis.

Siap blend.masukkn kulit limau hiris tu.simpan dlm Peti ais…berbulan blh tahan.

IDA HASSAN

Resepi Sambal Mangga

Resepi Ibu saya yg berusia 80 tahun. Kau org pakat la kasi like berjemaah😅. Mesti bangga ibu saya ni 😅. Tadi VC tunjuk kat mak. Suka sgt dia org UK pun ikut resepi mak🤭
May be an image of food
Resepi:
Sambal mangga omak den..😅😋🤤

*Ikan bilis – segenggam (goreng garing) (ikan bilis saya baru habis smlm so saya guna belacan bakar)
*Cili hidup merah – 2 biji
*Cili api hijau – 6 @ 7 biji
*Bawang kecil – 1 biji
*Garam – secukup rasa
*Gula – secukup rasa
*Santan – 2 @ 3 sudu (saya guna susu cair pasal santan kat sini ada campuran)
*Mangga muda – racik (saya tak ada mangga muda)
*Mangga masak – tenyeh dalam tu.

– Tumbuk semua bahan
– Last masuk mangga tumbuk separa hancur
– Dah siap tu masuk kan santan/susu cair
gaul gaul..
Siap dah..ambik nasik panas dlm 3 pinggan tau
😅😅
🤤🤤😋😋

ZAIDAH SABJAN

Sambal Tumbuk Mangga Muda Ikan Bakar

Orang kelantan memang familiar dengan sambal ni. Makan dengan nasi panas².. fuhhh tak pandang kiri kanan dah memang berselera. Makan dengan bubur nasi pun sedap tak terkata. Sambal ni mesti rasa masam, pedas dan masin serta manis ikan..terangkatlah. Nak buat nya pun simple je cuma kena tau caranya nak bagi sambal ni sedap. Ada yang nak resepi? bleh tengok kat bawah ni 👇
May be an image of food and indoor
Bahan²
3 ekor ikan sardin fresh (bakar tawar)
2 biji cili padi (nak pedas bleh letak lebih)
1-2 biji mangga muda (paling sesuai mangga telor yg masam)
garam.

Cara²
Tumbuk cili dengan garam sampai hancur pastu tumbuk mangga muda yang diracik biar mangga tu pecah² dan sebati dgn garam dan cili. Pastu masukan ikan dan tumbuk sampai sebati. Part ni jangan tumbuk lumat².. tumbuk asal bleh sebati.. kalau lumat nanti tak sedap.

WAN MUHAMMAD HAFIZ SATAR

Resepi Sambal Tumis Udang Petai

May be an image of food and text

Bahan bahan:
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar – ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa
Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.
Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.
Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.
Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.

Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Petai

Oleh: Azie Kitchen
May be an image of food
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
Petai secukupnya
1 mangkuk cili kering – dikisar
3 biji bawang besar
1 labu bawang putih
Sedikit halia – opsyenal
1/2 keping asam keping (boleh juga guna air asam jawa)
2-3 sudu besar gula
Garam

Cara cara:
Kisar semua bawang dan halia berserta cili. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak.

Kemudian masukkan gula terlebih dahulu supaya sambal akan berwarna cantik kemerahan.

Setelah itu, baru dimasukkan air, sedikit garam dan asam keping. Masukkan ikan bilis dan biarkan masak dengan api perlahan sehingga mencapai kepekatan sambal yang disukai. Boleh tambah air jika nampak sambal agak kekeringan.

Nota:
Sambal mesti ada rasa manis manis sedikit, barulah sedap

Sambal Tumis Ikan Bilis

May be an image of food

Bahan-Bahan;
sambal ikan bilis sedap mudah
– 1 Cawan Bilis (Siap Kopek)
– 20 Helai Cili Kering (Dikisar)
– 2 Biji Bawang Kecil (Dikisar)
– 2 Biji Bawang Besar (Dikisar)
– 1/2 Biji Bawang Besar (Dihiris)
– 4 Ulas Bawang Putih (Dikisar)
– 1 Cawan Minyak Masak
– Garam (Secukupnya)
– Gula (Secukupnya)
– Air Asam Jawa (Secukupnya)
sambal ikan bilis sedap mudah
Nota: Jika bawang besar yang digunakan bersaiz agak kecil, masukkan empat biji semasa cili dikisar. Jika bawang besar bersaiz betul-betul besar, cukup sekadar dua biji.
sambal ikan bilis sedap mudah

Cara-Cara;

sambal ikan bilis sedap mudah
1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
1. Keluarkan bilis dan masukkan bahan kisar serta gula.
2. Tumis lama sehingga naik bau, pecah minyak dan garing.
3. Masukkan bawang besar yang dihiris, air asam jawa dan garam.
4. Kacau lagi dan lagi sehingga kering dan sambal jadi gelap.
5. Masukkan sedikit air dan bilis goreng, kacau rata.
6. Tutup api dan hidang.

Tinggalkan Balasan