Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan.
Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan.

4 Koleksi Resepi Ikan Tenggiri

Diposting pada

Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan.

Bahan-bahan

  • 2 keping ikan tenggiri (basuh bersih)
  • 1 kuntum bunga kantan
  • Santan kara 1/2 kotak
  • 1/2 cube ikan bilis

Kisar:

  • 4 tangkai cili padi merah (nk pedas buh byk. Xnk pedas buh sikit cili)
  • 3 tangkai cili padi hijau
  • Kunyit hidup (2 ruas jari)
Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan.
Ikan tenggiri masak lemak bunga kantan.

Buh bhn Kisar dlm periuk, Santan, tmbh air sikit, bunga kantan, cube bilis, menggelegak buh ikan. Letak garam sikit. Siap. Marbelessss. Ni selang sehari buat lauk ni. Slmt Cuba resepi ni❤️

Owh ye.. Nak lg wangi buh daun kunyit sikit. Carik2 daun tu.

Nk suh sis msk pun boleh tp Roger awal, dtg mkn umah sis. Ni dlm bekas tapau sbb bw mkn dekat kedai. Staf amek morning. Last minute bgthu sbb ada urusan keluarga. BTW utk husband dlm periuk kat rumah. Sis x selera sgt mkn beli yg dah siap. Sis lg suka masak utk Suami sis. Air tangan isteri gitteww

RESEPI RENDANG IKAN TENGGIRI

Bahan2 ;

  • Beberape keping ikan tenggiri goreng .
  • Daun kunyit hiris
  • Daun limau hiris
  • Kerisik secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Gula melaka secukup manis
  • Santan c kit ( agak2 aje)
  • Air asam c kit ( agak2 jgn lah bnyk masam pulak jadinya )
  • Rempah kari ikan babas ( agak2 aje)

Bahan2 kisar ;

  • Cili merah + hijau
  • Cili padi merah + hijau ( ikut pedas mana nak )
  • B.merah kecil
  • B.putih
  • Halia
  • Serai
  • Ketumbar biji ,Jintan halus & kasar
  • Kisar hingga halus .

Cara2;

  • Panaskan minyak tumis bahan2 kisar hingga garing n terbit minyak .
  • Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi .
  • Kemudian bru masukkan kerisik serta air asam . Kacau lagi . Masukkan santan biar seketika .
  • Perasakan garam n gula melaka serta daun limau & daun kunyit .
  • Akhir sekali bru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi .
  • Perlahankan api biar hingga mereneh .
  • Tutup api .Siap dihidangkan .

Keridit by Laila Aznam

RESEPI ASAM PEDAS MELAKA ASLI

Bhn2:

  • 4 ketul ikan pari / parang / tenggiri (dibasuh bersih)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • 2 cm halia
  • 1 mangkuk cili kering kisar – boleh letak lebih
  • 3 cm belacan – Liza guna 1cm je
  • 2 cm kunyit hidup
  • 1 sudu besar lada hitam
    (bawang merah, putih, halia, cili, belacan, kunyit n lada hitam blend skali)
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 sudu teh halba
  • Daun kesum + bungan kantan
  • Bendi / terung
  • Air asam jawa secukupnya
  • Garam + gula
  • Minyak utk menumis

Caranya :

  1. Panaskan minyak dan tumis halba hingga kekuningan sikit..
  2. Masukkan bhn2 blend td dan serai dan tumis hingga garing dan pecah minyak.. (if my MIL, dia masak sampai merecik2 sambal tu kat dapur2 dia… nk bagi masak n garing punya pasal..)
  3. Dah garing, masukkan gula.. agak2 ye jgn la manis sgt.( Liza letak 1 s/t je).. masukkan daun kesum n bunga kantan..
  4. Masukkan ikan, kacau2 sikit, dan masukkan air asam jawa….
    banyaknye asam jawa tu bergantung kesukaan u all nk buat kuah tu pekat ke cair… kalau cair sgt tak sedap pulak… masam tu u all boleh agak2 jugak.. jgn sampai masam gilerrr…
  5. Masukkan bendi or terung…
  6. Perasakan dengan garam dan biar dia mendidih
  7. Tutup api….

Petua:

  1. Asam pedas melaka ni kalau letak belacan lagi kick.. kalau sape2 yg gatal hidung tu, jangan la letak… kang aku tak tanggung…
  2. Kalau nak rasa kesedapan lagi.. biar masak awal 3 @ 4 jam b4 nak makan… lagi lama lagi sedap coz baru sebati rasa dia tu…
  3. Lagi pekat, lagi sedap…
  4. Menggunakan ikan fresh, lagi terasa kesedapannya.. sampai boleh hirup itu kuah…
  5. Asam pedas asli melaka ni, lepas korang dah basuh tangan walau sabun pon, bau dia masih melekat kat tangan… for sure menjadi la tuh.. hehehehe

Masak cuka ikan tenggiri

Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap..

Nak buat ke..senang ja.

  • 2-3 ketul isi ikan ketul (sedap klau ikan tenggiri atau ikan merah).
  • 10 ulas bawang kechik (pilih ulas yang halus2 tau)
  • 5 ulas bawang putih
  • 6 biji Cili padi
  • 1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
  • sikit halia
  • 2 camca Cuka makan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Sikit minyak untuk menumih.

Nak buat mcmana..

  1. Ikan digaul sikit kunyit & garam pastu goreng.jangan garing sangat tau.
  2. Ambik periuk buh sikit minyak bila panas tumis biji sawi.
  3. Masuk bawang kechik & putih
  4. Masuk 1/2 cawan air.
  5. masuk cuka
  6. Garam
  7. Gula
  8. Cili padi
  9. Biaq sekejap n angkat..dah boleh dihidang.

Kredit: resepi ala kampung

Tinggalkan Balasan