44 Resepi Cookies & Biskut Raya Azlina Ina

Diposting pada

1. Honey Cookies Nestum Crunchys

Resepi ni kalau korang buat untuk niaga memang laris.Lagi sedap dari kedai cookies terkenal tu rasa die.Tak caya korang try la nanti.

❀️Honey Cookies Nestum Crunchys❀️

Bahan pun mudah :

🌹500g butter nak sedap pure butter kalau takde bujet butter cup aje.
🌹2sb shortening(g bakery tanya, takpon google)
🌹300g @ 1 1/2cawan gula perang kalau guna gula biasa manis sket
🌹1/2 cawan madu
🌹2 biji telur kuning sahaja

Bahan-bahan lain :

🌺1 cawan nestum dah kisar halus
🌺5 cawan tepung gandum
🌺1sb emplek( sama g google sana sebelum g bakery)
🌺1sk baking powder
🌺1/2 sk soda bikarbonat
🌺1 cawan minyak masak
🌺sedikit esen vanila( kalau nak sedap bau pakai creamy vanila)

Hiasan

🌻badam nips bakar dulu jangan garing sangat.
🌻coklat chips
🌺sukatan tak kisah ikut banyak mana korang nak.

Cara-cara:

🌹Butter gula dengan esen satukan penting ade senduk.
🌹Ok dah kacau kemudian masuk telur satu2 dan madu tadi kacau jugak.Eh senang betul la hidup buat cookies ni semua kacau..
🌹Masuk minyak tadi pun kacau. ya Allah senang sangat ni sapa malas juga taktau la.
🌹Ok sekarang tambahkan nestum dan adik beradik lain yg belom masuk tadi kecuali tepung gandum ye siap2 lah ye dengan segala penaik(baking powder dan soda bikarbonat)
🌹Ok gaul last2 sambil tambah tepung gandum dan badam dan coklat chips siapp
🌹Ok cantikkan adunan,tips
nak mudah sekata pakai piping beg atau scop aiskrim yang kecik tu.Kalau taknak,cookies kembang nak ikut sebentuk je, beli macaroon mat kalau taknak macam mak tu bantai je la kat loyang boleh je.
πŸ”₯Pas tu panaskan oven dan bakar suhu 180 masa 25-30 minit.Bile dah perang tu masak dah la.
🌹Kalau nak jual ikut la isi berapa dan bahan apa yang korang guna ya.Cookies ni tahun ni mak tak jual.Sebab mak nak bagi korang je yang jual nanti dah siap tag mak nanti mak beli kat korang.πŸ˜‚

Credit :Azlina Ina Fans

2. ALMOND LONDON VIRAL version 2

Bahan-bahan:

250/500g kacang badam dijemur 3 jam
penting untuk elakkan kacang lemau bile dijadikan inti kukis.Kalau kacang lemau boleh tahan lagi.
500g butter tak kisah butter cup ke pure butter
2 cawan gula icing kalau rajin blender gula kasar jadikan ising
Esen vanilla 1sk
2biji telur gred A
Satukan dan kacau rata
Pluskan bahan kat bawah
Last baru tepung gandum sambil uli ya
sampai jadi doh lembut
4cawan tepung gandum cap rose atau bakers choice (standby 1/2-1cawan)
2cawan tepung jagung
2cawan nestum kisar ( kalau suke cornflakes pun boleh)
1 1/2sdk baking powder
1 1/2sdk soda bikarbonat
1sb empleks(option)

Cara membakar almond dengan sempurna :

Kacang almond biji
oven 100liter 150Β° bakar 1jam
52liter 120Β° bakar 40minit
Kacang almond nib
52liter 120Β° 20minit

Siap je doh boleh isi dan gentelkan dengan almond sebiji tadi.Susun atas loyang dan bakar suhu 180 masa 25 hingga 30 minit.Biarkan sejuk baru cairkan coklat dibawah double boil.

Choc Celup

2kg choc+ 2sdb coco butter+ 2sdb minyak masak.
Bile dah salut masuk paper cup dan tabur almond nips.Lepas tu boleh la masuk peti sekejap dah cun masak boleh susun.aha siap dah boleh jual.

Credit :Azlina Ina Fans

3. SEMPERIT 3 BAHAN ViralπŸ₯°

Bahan-bahan:

125g butter kalau korang ade bajet lebih guna pure butter kalau takde majerin pelangi pun boleh.
1/4 cawan susu pekat dalam 7-8 sudu besar
270g tepung jagung lebih kurang 2 cawan +1/4 cawan lagi

Langkah 1

Masukkan butter,kacau.Tambah susu pekat kacau rata.
Masuk sket2 tepung jagung sambil uli pakai hujung jari
sampai doh tak melekat di jari dengan tepung yang kite ade tadi ikut keselesaan masing,jangan tuang semua sekali pulak tepung.Uli penting sampai doh tu licin maksud nye takde yang lekat kat tangan.
Boleh guna acuan pecah 15,cantik je kanπŸ₯°πŸ˜πŸ˜
Letak coklat chips sebagai hiasan kalau letak pink atau putih lagi cantik.
Bakar suhu 160 masa 20-25 minit.
Siap dah ha elok,langsung tak jatuh bunga die

4. TART NENAS JIMAT KOS

tetap sedap jugak setakat makan sendiri lulus

majerin 1kg( dah masin takyah letak garam)
esen vanilla 1sudu besar
pewarna kuning 1sudu kecil
telur kuning 3biji
susu pekat tu 1/2 tin( kalau takde gula halus pun boleh)
tepung jagung 1 cawan
tepung custard 1/2 cawan( kalau takde takyah letak takpe)
tepung gandum 1 3/4 peket(bakers choice)
Campurkan semua bahan basah kacau.
Campur pulak bahan kering uli.
Last masuk kan tepung gandum tu sikit2 ya,pastikan selesa dengan doh yang kite nak tekan tu.jadi jumlah tepung tu beza2 setiap orang punye adunan.paling die tak lari jauh la sukatan die tu.
Last sapu pakai susu segar sket dah campur dengan telur kuning dan pewarne kuning kacaukan.
Sapu atas tart
Bakar suhu 170 masa 30 minit

5. SEMPERIT SUSU BAJET

Bahan-bahan:
πŸ’₯250g majerin pelangi
πŸ’₯1 cawan susu pekat
πŸ’₯3sb tepung custard
πŸ’₯1/2 sb esen creamy vanila
πŸ’₯1/2 sb tepung beras
πŸ’₯5cawan +- tepung jagung(500g+-)
maksud +- tu masa uli tangan tambah sikit2 ikut keselesaan doh masa nak tekan dalam acuan semperit nanti.
Cara-cara:
πŸ’₯Majerin tambah susu dan esen kacau.
Masuk tepung custard,tepung beras dengan tepung jagung sket2,gaul dan uli sket.Uli bagi lama sket supaya bunge tak jatuh sampai doh tak lekat kat tangan tapi still lembut..Siap boleh sapu dalam acuan majerin sket baru tekan senang bunge keluar.Panaskan oven.Semperit letak hiasanπŸ˜‚πŸ˜‚
set 170 masa 25 minit atau sampai kuih masak kekuningan. Siap alhamdulillah.
Semoga jadi sumber pendapatan untuk kalian amin2.

6. CORNFLAKES CRUNCHY SECRET COOKIES

Bahan-bahan mudah je :

Cornflakes mesti kene ade dalam 2 cawan macam tu,korang ramas kasar.
250g butter mak guna pure butter korang nak guna majerin ke butter cup ke sukati cuma tahap kesedapan die beza la.
1 cawan gula perang 180g
1sb shortening(lemak sayur)
1sb esen vanila
1biji kuning telur
Kacau sebati guna senduk,baru tambahkan:
1/2 cawan badam serbuk 60g
1sk baking soda
1/2 sb baking powder
kacau rata.
Masuk 1 cawan tepung jagung 110-120g kacau lagi.
Masuk 2 cawan tepung gandum (220g) dan 1 cawan serbuk cornflakes 100g cornflakes tu mak blender kan)
Tambah minyak 1/2 cawan 100g.
Ok last tambah lagi 1 cawan tepung gandum so total 3 cawan bersamaan 330g lebeh kurang ok deh
adunan die memang lembek sket.
Last tambah 1 cawan badam nips yang dah bakar awal ek,uli.
Bulatkan dah golekkan kat cornflakes yang kite ramas tadi.
Loyang sapu majerin atau minyak dulu.
Susun biskut dalam loyang,panaskan oven 150,5 minit.Kemudian bakar biskut rak no 2 dari bawah,kipas off,suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah,lampu bukak kang rentung ha lengkap.Siap.
SELAMAT MENCUBA.

7. SEMPERIT COKLAT

Bahan2:
250 gm butter
3/4 cawan gula ising
1 sk coklat emulco( nak warne lagi gelap tambah lagi)
2 sb susu tepung
2 sb serbuk koko,(kalau sukat membukit letak 2 sudu makan ja ok)
1 3/4cawan tepung jagung
1cawan 1/2 tepung gandum,tambah sikit2 ikut kelembutan doh

Hiasan:
ikut suke masing-masing

  1. Mula2…satukan butter,gula,dan coklat emulco.Kacau sebati guna senduk
  2. Dah sebati butter dan gula tu,masukkan susu tepung,serbuk koko.Kacau sebati
  3. Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan
  4. Terus masukkan tepung gandum sedikit2 sambil gaul lembut dgn hujung jari hingga rata.
  5. Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan dah tak melekat pd tgn dan bekas.
  6. Kadang2 kena taburkan sikit lg tepung gandum tu kalau doh masih lembik melekat pd tangan.Ikut kesesuaian…agak2lah yea.Tp ingat…doh jgn keras sgt tau,nanti susah nak tekan dlm acuan semperit.
  7. dah siap doh bolehlah teruskan step tekan dlm acuannyanya cantik2.
  8. Letaklah hiasan apa pun asalkan sesuai
  9. Bakar dgn suhu 150 darjah…api atas bawah selama 20 -25 minit,ni oven ina.Kawan2 ikut oven sendiri.

8. BISKUT KELAPA BADAM Mudah

Bahan-bahan :
Kelapa parut 2 cawan 1/2 mak suke lagi banyak kelapa kalau korang nak kurangkan boleh je lah.
sangai bagi kering sket takyah garing setakat hilangkan air die supaya biskut kite tak mudah basiπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°Β nak bakar kejap dalam oven pun boleh
Bahan Lain :
1 cawan 1/2 majerin lebih kurang (250gm)
1 cawan gula kastor (100g) nak manis korang tambah la lagi
Sedikit esen vanila
Kacau guna senduk.
Ok tambah 2 kuning telur kacau lagi.
So satukan semua bahan kering
πŸ˜‚Β Bahan-bahan kering nye :
2 1/2 cawan 250g tepung ubi
1/2 cawan tepung jagung (50g)
1 cawan tepung gandum
1/2 sk serbuk penaik
1/2 cawan badam serbuk (50g)kalau taknak letak pun takpe korang tukar la tajuk die biskut kelapa,badam tak adeπŸ˜‚
Kelapa yang disangai tadi eh
Kacau sebati.
Masukkan bahan kering pada bahan yang kite kacau tadi,uli sampai jadi doh kalau korang rasa doh lembek tambah tepung gandum kalau keras korang ejas tambah majerin,uli balik.
Ok siap dah rehatkan kejap 10 minit bagi gula hancur dan mesra.
Kalau takde acuan,pakai je lah cawan ke gelas mak korang tu canai pas tu tekap bulat baru tekap separuh gituh janji ade bentuk bulan.
Ok susun kat loyang sapu dulu dengan butter deh.Suhu 160 masa 20-25 minit ok.
Siap.

9. Mazola Melting

Bahan utama..
minyak masak mazola kene ade baru biskut tu kene dengan nama die pastu lebih wangi.
400g kacang tanah dalam 2 cawan lebih sket kacang tanah,
Sangai dan buang kulit.
Kisarkan atau tumbuk mana2 yang korang rasa cepat la

Bahan lain :
500 gram tepung gandum cap ros/5 cawan lebih kurang
350ml minyak jagung(anggaran jadi doh kurang lebih banyak tu la sebab tuang ikut selesa jadi doh lembut)
250g gram gula castor 2 cawan 1/2 kalau taknak manis 2 cawan dah cukup
1 sudu kecil baking powder
3sb susu tepung
1sb minyak sapi(pilihan)
Kalau nak rangup sket plus 1sk tepung beras sape nak gebu2 je takyah letak eh

Untuk gliss, satu biji kuning telur dicampur dengan sedikit serbuk pewarna kuning.

Cara :

2. Satukan gula castor, kacang tanah, baking powder dan tepung gandum, kemudian masukkan minyak jagung mazola sikit2 sambil uli..la senang nye hahaha.
ok.Dah jadi doh,letak atas papan pencanai.
Gelekkan pakai gelas pon boleh kalau takde penggelek.
Ok dah canai boleh bentuk2 kan..Pakai botol mineral terpakai je tapi potongkan badan die dulu untuk senang nak tolak bile dah terap..jimat kan
Sapu kuning telur dan tabur kacang tumbuk tadi sket sebagai hiasan..Panaskan oven bakar suhu 170 masa 20 minit atau sampai masak ikut oven memasing..ok doakan cikgu murah rezeki amin2

10. ALMOND RED VELVET COOKIES

orite jom start..bismillah
Klau gune gelas putih /cawan minum kopiβ˜•
❀almond red velvet cookies❀

A) 500g butter/majerin
2 cawan gula perang(manis cun2 yang taknak manis kurangkan)
Sedikit esen vanilla
πŸ‘‰Β Kacau gune senduk aje bagi sebati

Kemudian
B) 1 sk cuka masakan + 1 sk soda bikarbonat
πŸ‘‰Β Tuang cuke pada soda bikarbonat sampai berbuih dan masuk dalam adunan tadi kacau.
c) 1 biji kuning telur
2 sk pewarna serbuk bright red ade jual d bakery(cikgu syorkan pewarne serbuk)
πŸ‘‰kacau sebati
tambahkan 5sb minyak masak. kacau…
D) masukkan dalam adunan
3sb/4sb serbuk badam
1 sb tepung beras
2 sb tepung susu (4-5
sb kalau pakai mrjerin++ lebih sket susu)
2 1/2 sb tepung jagung
1sb serbuk koko
1 sk baking powder
E) 4 3/4 cwn tpung gandum(masuk sket2 tau) kalau cawan metrik masuk 4 cawan je dulu uli tengok doh tak lekat di tangan cun

F) 3/4 cawan badam bakar sekejap
3/4 cawan kuaci. bakar sekejap
πŸ‘‰tuang dan kacau rata..uli pakai tgn jah senang abis citeπŸ˜‚Β basuh tgn bersih2
Ok dah jd doh..Wrap dan simpan peti 30 minit..Jangan tempat beku kang jadi batu pulak.
Ok.keluakan dan bia suhu bilik 20 minit boleh bentuk2 kan..tak kisah bentuk apa,janji cookies ni sedap banget.
Ok panaskan oven bakar suhu 170 masa 25 hingga 30 minit…
Siap

11. BISKUT SUJI BADAM

Bahan bahan:
250g tepung gandum cap rose atau bakers choice
80g gula ising
100g minyak sapi
50g serbuk badam

Cara-cara:

Minyak sapi dan gula aising di kacau guna senduk.Sebatikan.Masukkan badam yang dah dikisar.

Gaul rata dan masukan tepung gandum sikit sikit sampai menjadi doh yg lembut. bulat kan je senang xyah terap2 ko pn bukan rajinπŸ˜‚Panaskan oven suhu 160 10 minit. Baru bakar adunan selama 30 minit. Atau ikut oven memasing

12. BISKUT SUJI ARAB Lebaran

Bahan-bahan :
korang kene ade ceri
minyak sapi
cawan

1cawan gula halus
1/2 cawan susu tepung
tepung gandum 2 cawan ++ /200g ++

Cara-cara :

Ok letak 1 cawan minyak sapi dalam bowl ke besen ke.Kacau gune senduk atau whisk..Pastu masuk gule halus 1 cawan kalau taknak manis kurangkan,
kacau lagi.
Pastu masukkan 1/2 cawan susu tepung tak kisah jenama ape2..cikgu suke gune nespray..
Ok last masuk tepung gandum cikgu gune cap ros
dalam anggaran 2 cawan ++ /200g ++
Korang masuk dulu 2 cawan sambil uli eh..Kalau agak lembut baru tambah sikit-sikit biasa tak lebih banyak sangat jadi doh yang cun dah.
Kalau korang nak jadikan die suji badam last-last tu boleh letak serbuk badam sikit dan badam nips sukatan agak-agak la eh.
Bulat-bulatkanla doh sampai habis..Letak ceri atas die.
Panaskan oven,bakar suhu 170 masa 15 minit hingga 20 minit api atas bawah..sampai masak
Selamat berpuasa dan doakan cikgu murah rezeki amin2

13. FRAMBOZEN KENARI

Bahan2 A ( Shortbread)
πŸͺΒ 100g pure butter
πŸͺΒ 40g @5sb gula castor
πŸͺΒ 280g@2 3/4 tepung gandum
πŸͺΒ 1 sudu teh esen vanila

Bahan2 B
πŸ₯«Β 150g jem Strawberry / Rasberry / Blueberry

Bahan C
πŸ₯œΒ 120g kepingan badam

Bahan D ( Meringue )
πŸ₯šΒ 60g putih telur
πŸ₯šΒ 30g gula castor
πŸ₯šΒ 60g gula icing
πŸ₯šΒ 1 sudu makan tepung jagung
πŸ₯šΒ 1 sudu teh esen vanilla

Cara buat
πŸ˜‹Β Pukul butter + gula sampai kembang.. masukkan tepung gandum ..gaull sampai sebati. Kemudian masukkan dlm loyang dan tekan rata hingga memenuhi semua loyang.. Cucukkan guna garpu..
Bakar selama 40minit 150’ atau hingga masak..

Setelah adunan masak , keluarkan dan pans2 terus sapu jem.. ratakan..

Untuk membuat meringue , pukul putih telur hingga kembang , masukkan gula & tepung jagung.. masuk esen dan pukul hingga bertanduk..
Ambil meringue dan ratakan diatas sapuan jem tadi.. taburkan kepingan almond..
Bakar sekali lagi selama 30minit suhu 140’.. bila dah masak keluarkan dan potong panas2..

πŸ˜‹πŸ˜‹Nota Sedap
untuk tekstur lebih sedap & mewah , boleh campur sedikit serbuk kacang hazel kedalam adunan frambozen..
resepi dr vendor fb @elora Danisha dibimbing oleh cikgu gojes.

14. TART CHOC BADAM

Shell tart :
kalau rajin,tak rajin beli siap je lah🀣
350g-+ tepung gandum
50 gram conflakes/nestum kisar
20g tepung susu
200g merjerin/butter
100g gula ising
1biji telur gred a/b
->> campur semua skali dlm sebekas. Uli smpai jd doh tak melekat kt tgn.
->> letak sikit doh dekat acuan tart tekan ambik saiz 4.5cm eh.. bakar suhu 170Β° selama 25-30minit.

Bahan2 :
– 300 g Choc beryls
-1sb shortening
– Badam jemur dulu baru bakar/sangai
– Hiasan utk ats choc sukati nak hias camana

Sangai/bakar dulu badam. Cairkan choc +shortening td double boiled. Letak badam dlm shell tart, tuang choc, tabur hiasan (almond nibs/manik pelangi/choc rice colorful/lorek choc putih) dah siap pegi tidoπŸ˜‚
tq gambar n olahan :MieZa Samian

15. RESEPI TART BUNGA BERYLS

500g butter/ kalau bajet ciput majerin jeπŸ˜ƒ
2 bijik telur kuning
2sb susu pekat
2 sb gule halus
1sb minyak sapi(optional)
kacau rata
baru tambah kan pewarne kuning lemon . skrg masuk kan
1sb tepung custard
1 sb tepung beras(tart ni akan tercetak agak tebal jd tepung beras bantu tuk bg rasa rangup dan cepat masak pd tart korg
4 cawan++ tepung gandum(tp yg ni ikut cawan masing2 ade yg lebeh sket dr 4 cawan asal kan korg uli boleh jd doh yg cantek tuk dicanai).ok panas kan oven..boleh cetak kan tart dgn acuan tart bunga bakar suhu 170 masa 25 mnt
keluarkan dan tangkup kan beryls coin nak gune dark boleh milk boleh.. susun atas bunge td.smpai abis eh
bakar semula suhu 170 td 5 hngga 10 minit tgk kepanasan oven masing2
ok bia sejuk dan masuk dalam bekas dalam mulut pon boleh laπŸ˜‚

16. RESEPI ALMOND CRUNCHY CARAMEL

-500g tepung florenta( kene cari kat bakery)
-500g kepingan badam ( nama almond cruncys almond tu harus badam)
-250g kuaci labu
-200g kuaci putih
-20g bijan hitam

Cara2
πŸ’–-Panggang kesemua kekacang (kepingan badam/kuaci labu & kuaci putih sehingga keperangan lebih kurang 5 hingga 10 minit dengan suhu 170..angkat & sejukkan)

πŸ’œ-Masukkan tepung florenta tadi kedalam bekas gaul sekali bersama kekacang yang telah dipanggang & disejukkan tadi, gaul sehingga rata.

πŸ’›-Kemudian ambil 1sudu sederhana besar @ timbang 10g setiap 1cup (untuk dapatkan setiap kepingan sama rata nipis/tebalnya 😊😊😊)
πŸ’š-Susun papercup tadi yang diisi dalam tray, ambil setiap secubit bijan hitam tabur dalam setiap papercup tadi kemudian bakar dengan suhu 180’c selama 10minit @ hingga masak @ keperangan (Bakar jangan lama-lama sangat ya nanti rentung kekacang tu dah tak syantikkk, kikikiΒ πŸ˜†)

17. TART NENAS CHEESE HANGIT VIRAL

A
Tepung gandum 4cawan +-(ikut cawan masing2 dan keselesaan doh yang korang nak tekan nanti jadi tuang sikit2 )
3sb tepung jagung
2sb tepung kastard
1/2 cawan susu tepung

B
250g butter premium scs atau tatura salted kalau pakai unsalted tambah sket garam kat tepung
125g cream cheese tatura/setengah dr 250g tu
5 sb susu pekat( kalau doh suke manis2 sket tambah lg)
2 sb minyak sapi ghee
2 bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarne kuning

Kacau sebati bahan B di atas dengan senduk pun boleh
Kemudian masukkan dulu 1 cawan tepung gandum
2 sb tepung custard
Diikuti 3 sb tepung jagung
Kacaukan dulu bagi sekata
Tuang baki selebihnya tepung gandum tadi
sambil menguli kalau rasa lembut sangat boleh tambah tepung gandum lagi.
Sediakan jem nenas yang sudah digentel2

Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart tekan nipis
Letak jem gulungkan
Bawah tray sapu butter letak try yang dah korang bentukkan tadi
sapuan atas tart
3bijik kuning telur + sedikit susu segar dan pewarne kuning
Sapu atas tart.
parut cheddar beqa dan hiaskan cheese atas die
Panaskan oven 170,5 minit
Masukkan tart dan bakar suhu 160-170 dalam masa 25 minit tengok oven korang jugak la ye kalau nampak permukaan tart dah gold means masak.
Keluarkan dari oven biar sejuk dulu
tart tu bile di parut cheedar kite bakar die memang brown tapi ade yg kata hangit.
Dalam satu balang 4017 ade 27-28 tgk besar kecik saiz tart mak jual tahun ni rm30.90 sbb tahun ni banyak yang naik harga.
Dah sejuk susun dalam balang lapik setiap layer dengan dolly.

18. COKLAT RICE GALA COOKIES

Bahan-bahan:
125 butter mak guna premium tatura butter
3/4 cawan gula(120g)
1 sudukecil esen vanila
1 biji kuning telur
1 sudubesar shortening( wajib)
kacau rata.
Tambah lagi 1/4 cawan minyak dalam 50g,
kacau sebati.
Tambah 2-3 sudubesar serbuk koko kalau suke pahit manis sket 3 sudubesar ngam,kalau macam mak tak suke rasa coklat sangat,2 sudubesar je kacau juga dan 1/2 sudubesar baking powder.
Tambah 1/2 cawan serbuk badam (60g)kacau rata.
ok tambah 1/2 cawan tepung jagung(60g)+ 1/2 sudukecil soda bikarbonat.
Tambah sket2 tepung gandum anggaran 200g-240g macam tu dalam 2 cawan lebih kurang.Ikut keselesaan doh korang la asal die boleh dicanai tu dah ok.
Cetakkan,tak kisah nak cetak bentuk ape.
Bakar suhu 160 masa 25-30 minit api atas bawah.bia die sejuk.
Sementara tu boleh cairkan coklat
300g milk beryls + 1 sudubesar shortening
double boil bagi cair dan biarkan die pekat sekejap sebab kalau tak pekat masa tuang pakai sudu ni die meleleh kebawah tak cantik.So tuang sket atas biskut tadi dan tabur coklat rice.
Bile siap semua simpan peti jap 5 minit.
SELAMAT MENCUBA

19. CORNFLAKES ALMOND CRUNCHY COOKIES

Bahan-bahan:
-almond slice bakar dulu
-3 cawan setengah tepung gandum (3 1/2)
-susu tepung 1/4 cawan
-1sb emplek
– 1/2 cwn tepung jagung
– 1/2 sudu teh baking powder
– 2 cawan cornflakes ramas kasar
– 500g butter (suhu bilik) cikgu gune pure butter tatura
– 1 1/4 cawan gula perang
– 1 biji kuning telor
-sedikit pewarne kuning lemon
-esen vanila
cara cara

Gula dan butter dikacau sebati kalau nak pakai mixer pn boleh.masukkan telur dan esen vanila kacau lg.masukkan pewarne dan sebatikan.

Kemudian masukkan campuran beberapa jenis tepung tadi dan cornflakes serta baking powder

plus almond tadi dan gaul sebati.bentukkan pakai hujung jari sapu sikit kuning telur yang dah dicampur susu dan pewarne kuning.tabur cornflakes yang dah diramas kasar
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…cikgu jual rm29.90 sebalang dalam 40 pieces.

20. KUKIS HAZEL NUTELLA VIRAL

Bahan-bahan:
500g butter(pakai pure butter)
2 cawan gula perang(300-350g ikut tekak korang nak manis camana.
1 sb esen vanila
2 biji telur tak kisah gred apa.
Tambahkan :
3 -5sb nutella
3/4 cawan minyak( mak guna minyak canola) minyak biasa pon boleh,kacau.
Tambah 3 sb serbuk koko(sudu makan)
Tambahkan 1 cawan tepung jagung(100g)
2 cawan nestum kacau lagi(160g)

Tambah :
1sb emplek
1sb baking powder
1sb cream off tartar
1sk soda bikar bonat
plus 5 cawan tepung gandum(500g)
uli
Tambah 3 cawan kacang
2 cawan coklat chips.Siap,
perap dalam peti 30 minit.
Keluarkan,biar sekejap.Boleh dah masuk piping beg.
Bakar suhu 150 masa 25-30 minit.
Ok siap.

Credit : Azlina Ina Fans

Allahumma Solli’Ala Sayyidina Muhammad Wa’Ala Aali Sayyidina MuhammadΒ πŸ₯°β™₯️
Sekali kita berselawat ke atas Nabi Muhammad,maka Allah Subhanahu Wata’ala berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali❀️

21. BROWNIES NUTELLA FLAT COOKIES

Ok jom start
Beli penimbang sbb korang mesti nak senang je kan baru rm10 byk je gune nye..

Bahan-bahan:
100g butter
250g coklat dark compound
cairkan.

Masukkan 2 sb nutella dan biar semua cair..cikgu pakai pengukus je cairkan senang tak merecik air panas kalau double boil leceh.
Ayakkan:
150g tepung gandum+ 1sk baking powder+1/2 sb tepung beras
Semua bahan wajib letak.

Ok 2 bijik telur +1/2 cawan gule perang +1sk esen vanila whisk kan
Masuk campuran coklat ,butter dan nutella tadi panas-panas eh kacau.
Masuk tepung kacau lagi..tak kisah kacau laju pelan sedang2 asal kacau.
Ok lapik baking paper eh letak sesenduk amik spatula, takde spatula,pakai pisau takde pisau pakai sudip .. ratakan nipis2 lagi nipis lagi bagus.
Tabur segala yang korang suke..korang suke kuaci Tabur kuaci suke kacang2 hazelnut ke pecan ke boleh tabur je..rata2 dan lawa2
Bakar suhu 160/170 api atas bawah masa 25 minit hingga 30 minit atau sampai nampak kekacang keperangan.
Tengok ye bergantung oven masing-masing,oven ina kurang panas so lama sikit,ade oven cepat panas so 20 minit boleh cek dah.
Masa panas die memang belum cruncy,jadi potong laju2 masa panas dia tak mudah pecah.
Ok bile sejuk baru amik pisau sisip bawah brownies tadi.
Taraaaaaa..siap dah alhamdulillah boleh makan.

22. DROP COOKIES VANILA DOUBLE CHOCK

Bahan-bahan :
300g milk compound beryls
korg potong2 dadu saiz sedang2
sementara tu
500g butter
240g gule perang sape taknak manis kurangkan sikit
sedikit esen vanila
kacau sebati guna senduk.
ok bebalik pada adunan tadi plus kuning telur 1 bijik kacau.
masukkan :
1sb tepung beras
tepung jagung 2 1/2 sb
tepung susu 4sb
kacau kan
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
minyak jagung atau minyak masak 7sudubesar kacau.
tambah sket2 660g tepung gandum..uli mcm biasa..doh lembut sikit-sikit.
tambah coklat chips gaul2.
tambah coklat beryls pon gaul2 sket.
masuk piping beg saiz L dan paip kan adunan sebesar duit 50 sen nnt die kembang..bakar suhu 170 masa 25 hngga 30 bergantung oven masing2.
bakar suhu 150 masa 25 minit api atas bawah.

23. OREO CRUNCYS COOKIES Sedap Terok

Bahan Utama kene ade oreo crushed rm.9.90 je kat bakery..mana2 yang takde kene rajin-rajin la buang cream tengah oreo bulat tu dan tumbuk sendiri oreo..

Jom mule
Bahan-bahan:
500g pure butter/butter biasa
160g gula perang
1sk esen creamy vanila atau butter oil
Kacau gune senduk je.
Masuk sebijik kuning telur kacau gak
Lepas tu add on :
4sb susu tepung
1sb tepung jagung
1sb tepung beras
1sk.baking powder
1/2sk.soda bikarbonat
Kacau rata.

Masukkan 8 sb minyak masak
Ok dah kacau rata masukkan pulak sikit-sikit
650g tepung gandum cap ros
Uli sebati.
Masuk 1 cawan coklat chips dan 1 cawan oreo crushsed tadi dan gaul sikit-sikit je pakai tangan.
Ok paipkan atas tray yang dah disapu minyak
atas die letak oreo hancur tadi sikit
Panaskan oven bakar suhu 170 masa 25 minit atau ikut oven masing2 api atas bawah.
Ok siap masak bia sejuk jap.
Dah siap boleh susun..30-35 pieces rm25.90 harga diva..korang jual.rm20 pon dah cun sangat..Semoga ilmu ini bermanfaat..doakan cikgu murah rezeki amin2

24. BROWNIES COOKIES PREMIUM Simple Way

Bahan-bahan :
700g coins beryls dark
200g premium butter scs
Cairkan atas dalam oven atau pengukus
6 bijik telur gred A
Sedikit esen vanila
Whisk kan agak-agak berbuih
400g gula ising ( ayak 3 kali)
Masukkan sikit-sikit dalam adunan telur tadi sambil kacau sambil kacau ulangi
* Wajib pastikan gula larut baru jadi.Caranya sentuh dan rasa dengan jari sedikit adunan berpasir atau tak.jangan tebalikkan,die ade graviti tentula tumpah.
Masukkan bahan double boil tadi kedalam dan kacau perlahan lahan slow2 je ala2 cat walk.
Tambahkan 200g tepung gandum prefer gune tepung cap ros (ada di bakery atau 99 speedmart ye.
Ok dah ayak awal2 ya +3sb serbuk koko.
ok sebatikan( tiada penggunaan baking powder ye) die tetap kembang macam korg xletak baking powder tp tetap kembang gebu eh.ala perumpamaan lek2 sape nak kurus boleh ke fb cikgu ahahha.
Ok perap 20 minit pastikan bertutup.
Masuk adunan dalam piping beg.
Ok piping kan elok2 atas mat macaroon boleh gune ( mat tu bahasa inggeris tikar jgn plak ko ambik tikar mak ko kat dapo🀣🀣🀣
atau yg takde gune patcmen paper (ni cikgu copy je xtau sebut ape bahasa melayu.pandai2 la google.tp kene buat bulatan sendiri sebesar duit 50 sen dan tgh2 duit 20 sen
Ok paipkan pada bulatan 20 sen
Kalau nak letak badam pun boleh yang sesuai atas die kalau taknak pon boleh,time ni
panaskan oven 5 minit suhu 170
Slowkan suhu 140/150 masukkan brownies cookies tadi kedalam oven
Masa set 20 hingga 25 minit ni ikut oven masing2 ye
api atas bawah
So nak tau die masak ke belom die mudah tertanggal dari mat kalau dah sejuk die rangup maknenye masak well.Kalau sejuk masih lembab kene bakar semula.tapi masa panas memang die lembut ye dah sejuk baru die rangup

25. MERRY NUTELLA COOKIES

Bahan-bahan:
10 keping biskut merry ori
tumbuk hancur
250g butter
1/2 cawan gule perang
3/4 cawan gule halus putih
sedikit esen vanila
gune senduk je sebatikan

Ayakkan :
2 cawan 1/2 tepung gandum cap ros
2sb serbuk koko
4sb tepung jagung
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1sb tepung beras tak kisah cap 3 gajah ke cap teratai.
0k yang kite kacau sebati tadi masukkan 1bijik telur
3sb nutella kacau rata.
Tambah 3 sb minyak masak kacau lagi.
Satukan merry dan tepung kite tadi.
Masukkan sket2 dalam adunan tadi, kacau
last masukkan la coklat chips dalam segenggam penuh dan badam dah sangai awal2 ye masuk dalam 1 cawan
kacau rata
tutup pakai plastik wraping masuk peti chiller je 30 minit
keluakan bia die lembut jap
masuk piping beg
dah kalau takde korang bedal je la plastik barang runcit tu potong ujung die beso duit 10 sen
paip atas tray lapik baking paper ye wajib xde ko pakai je kertas A 4 boleh
penyekkan pakai garpu takde garpu,pakai sudu
bakar suhu 170 masa 25 minit hngga 30 minit atau sampai beliau cantek perang coklat
mule-mule masak memang die lembut jangan korang masuk balik bakar sampai rentung hahaa dah sejuk die keras t eh
ok siap dah…boleh korang berniaga cookies sampai kaye okey muah2..cikgu doakan korang bejaya.

26. MILO COOKIES Mudah

Bahan-bahan:
πŸ“Œ250g butter+1 sb shortening(minyak sayuran)
πŸ“Œ1 cawan gula perang(180g)
πŸ“Œ1sb esen vanila dan 1sb emolco coklat
πŸ“ŒΒ 1 biji telur gred A atau B(kuning sahaja)
πŸ“ŒΒ 1/2 cawan minyak 100g
πŸ“Œ1/2 cawan tepung jagung 120g
πŸ“Œ2 cawan 1/2 tepung gandum(240g+60g)
πŸ“Œ1/2 cawan susu tepung(optional)
πŸ“Œ1/2 cawan milo
πŸ“Œ1 sb empleks
πŸ“Œ1/2 sb baking powder
πŸ“Œ1 sk soda bikarbonat
πŸ“Œ1 cawan kacang badam nips dah bakar awal
πŸ“Œ1 cawan coklat chips(simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli coklat chips tak cair dan warna kukis jadi tak cantik

Cara-cara:
Butter+shortening+gula+esen dan emolco, sebatikan.
Tambah telur,kacau kemudian minyak dan kacau rata.
Tambahkan milo dan semua serbuk2 penaik yang ade,kacau rata.
Tambahkan tepung jagung dan tepung gandum sket2 uli sampai habis.
Tambahkan badam dan coklat chips,gaulkan,
wrap dan simpan peti ais 10 minit.
Keluarkan biar sekejap dan bentukkan.
Bakar suhu 170 masa 20-25 minit api atas bawah.
Kalau korang nak letak nutella bakar 20 minit, keluarkan.Lorek nutella dan tabur badam dan nestum,masukkan semula bakar lagi 5 minit dan keluarkan.Siap 🀩Tujuan bakar semula bagi nutella keras dan mudah disusun.

27. RESEPI CHEESE TART MONTOK DURIAN

shell tart
250gm butter suhu bilik
1/2 cawan gula ising
500gm tepung gandum
1bji kunng telur
Sedikit esen vanilla
1sb air sejuk

1.mix butter dn gula ising hingga sebati..guna spatula pun boleh
2.masukkan kuning telur dan esen vanilla.gaul sebati
3.masukkan tepung dan air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh
4.terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.cucuk dasar doh dgn garfu
5.bakar pada suhu 120Β°c api atas bawah 20-25mnt atau higga masak..SUHU BEGATUNG PADA OVEN MASING
dapat dalam 100 pieces

cheese buncit durian die
Bahan cheese buncit
500gm cream cheese
150g isi durian dilenyek2
100gm ising sugar
2 sb butter
3sb non dairy whipping cream
Telur di kocok..sukat anggaran 4sb

1.cream cheese di biar kn di luar slepas keluar peti ais..selama 5mnt.kalau boleh jgn smpai die lembik sgt eh
2.mix cream cheese,gula ising dan butter dan isi durian hingga sebati..kurang ketulan..agaran 1mnt..jgn mix terlalu lama..cheese akan cair xboleh di paip tggi
3.masuk kn whip cream dn telur 2sb..mix sebati je..jgn lama nnti cheese cair
kalau nak add on warne kuning pon boleh masa ni
4.masuk kan cheese ke dlm paiping bag..potong muncung piping bag angaran 2 atau 2.5cm untuk acuan 4.5cm
5.sedia kan shell tart yg dah di isi filling durian fresh dasar shell.mula paip cheese secara menegak..utuk mnghasilkan cheese buncit..perlu paip cheese dgn banyak..sebb tu masa mix cheese xboleh smpai cair..
6.bakar pada suhu 100 darjah api atas bawah slama 10 mnt..untuk oven kecik..suhu ikut pada oven masing2
7.suhu tak boleh terlalu tggi sbb nnti cheese cair melimpah dari shell..guna suhu rendah jangka masa di lama kan..
UNTUK TAHU CHEESE DAH DI MASAK..CUIT2 SEDIKIT DI PEMUKAAN CHEESE..JIKA TIDAK LEKAT DI JARI..BERMAKNA CHEESE DAH MASAK
8.cheese di smpan dlm peti sejuk baru di hidang dan dimakan deco atas cheesetart terpulang nak deco camana yooo..
doakan cikgu.Murah rezeki selalu ye muah2

28. SNOWY NESTUM COOKIES

Bahan-bahan:
1 cawan nestum kat bakery ade bukan 3 in 1 ek atau nestum ori yg beli kat speed mart pon boleh juga korg kisar halus.
kalini guna majerin kalau korg nak guna butter pn boleh.
250g majerin pelangi
1sb shortening
1 cawan gula kastor
sedikit esen vanila
kacau rata
Tambahkan 1-2 sb serbuk koko
1sb emplek
1sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan susu tepung kacau sebati je senang.
Tambahkan 1/2 cawan tepung jagung(60g)
1 cawan nestum kisar tadi dan last tambah sket2
2 cawan 1/2 tepung gandum(300g)pastikan tambah sket2 sampai jadi doh yang boleh dibentuk jangan terlalu keras.
Bentukkan bujur2,loyang glis dengan butter tau.
Bakar suhu 170 masa 25 minit atau sampai bawah die licin bile ditebalikkan,test sebijik.
Ok,waktu die dah suam2 golekkan die dalam susu tepung beli yang susu full cream sedap repack ade beli nespray tu pun boleh.

29. Biskut jem strawbery

Bahan-bahan:
125g butter
1sb shortening
1sb minyak sapi (optional kalau letak rasa dan bau wangi susu kuat sket)
1/2 cawan gule halus kalau taknak manis sebab dah jem tu manis boleh letak 1/4 cawan pon takpe
esen vanila
kacau gune senduk kayu je.
Tambahkan sebiji kuning telur dan kacau lagi.
Masuk dalam adunan tadi:
1sb tepung beras atau emplek
1sb tepung jagung
4sb susu tepung nespray sedap dan murah
1/2 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
yang ni tambahkan aje dalam adunan yang dah diayak
5sb nestum dikisar kalau takde pakai conflake pon boleh.
Last masukkan 200g tepung atau 1 3/4 cawan sket2 ye,jangan sekali tuang.Uli sampai jadi doh.
Ok sapu dulang dengan majerin dan terapkan ikut acuan korang suke lah ek.
Paipkan jem strawbery atas die.
Bakar suhu 170 api atas bawah masa 25 minit bergantung la suhu oven korang ek.Kan senang tu🀩jangan lupe cuba ya

30. BISKUT KACANG PEAS MUDAH

2 cawan/200 gm gula ising/gule merah lembut mana-mana bagi yang kurang manis,gule perang bagus.
2 cawan/200 gm serbuk kacang peas.
☝
Gaul rata hingga sebati bahan diatas.
2 sudu besar susu tepung
1/2 cawan /50 gm tepung jagung
☝
Masukkan dalam bekas serbuk kacang peas,gaul rata
Tambahkan 2sudubesar salt butter aje,kalau takde masukkan 2sudubesar majerin + sikit garam,gaul rata
AYAKKANπŸ‘‡
4 cawan /400 gm tepung gandum cap ros
1 sudukecil baking powder
Satukan tepung dengan bahan mula-mula semua tadi
Masukkan esen vanila + minyak mazola /minyak jagung tadi sambil menguli sampai jadi doh lembut..masuk sikit-sikit
Ikut lembut adunan boleh diterap
Untuk SAPUAN:
Kuning telur + pewarna kuning
Bentukkan doh ikut kreativiti masing-masing.
Sapu kuning telur sikit letak kacang boleh,tak letak pon boleh atau tabur serbuk kacang peas tadi pon boleh.
Bakar suhu 170 masa 25 minit ini bergantung oven masing-masing ya..
Ok,siap dah.

31. SEMPERIT MARBLE NUTELLA Mudah

Bahan-bahan :
1 cawan majerin ((250g)
1/2 cawan susu pekat( kalau nak manis tambah lagi la susu ek
1 sk esen vanila
kacau je guna senduk.
tambah 2 sb tepung custard
tambah tepung susu 1/2 cawan( kalau tak letak boleh tapi semperit kurang berlemakπŸ˜‹)
2 cawan tepung jagung kacau sebati dulu
kemudian tambah sket2 lagi 2 cawan tepung jagung tu
kemudian tambah sket2 lagi 2 cawan tepung jagung tu janji doh licin dan tak lekat kat tangan korang dah cantik la tu.

Doh bahagi dua ye.
Satu bahagian tambah serbuk koko 1 sb dgn nutella 1sb.Kacau rata kalau adunan jadi lembek sebab tambah nutella tadi plus tepung jagung uli balik.
ok ambik dua colour masukkan dalam acuan semperit korang tu.
Tekan danπŸ˜‚Β siap.Suhu 160 masa 25-30 minit.Senang je kan buat nye.

32. SEMPERIT MATAHARI Melting

Bahan-bahan :
250g butter / majerin
1 cawan susu pekat
1 biji kuning telur
harus diingat semperit ni tak gunakan sebarang esen vanila sebab bau custard dan tepung jagung tu dah wangi asli dan mak tak guna pewarne sebab warne custard dah cantik.
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan susu tepung(yang ni pilihan nak sedap letak taknak pun takpe)
2 cawan tepung custard
2 cawan tepung gandum(letak sikit2 ikut selesa doh korang nak tekan)

Cara-caranye:
Satukan
butter
telur
dengan susu pekat,
kacau je guna senduk.
Tambah tepung jagung kacau lagi.
Campur 1/2 cawan susu tepung
dan 2 cawan tepung custard
kacau sebati.
Ok time ni uli pakai tangan je bile dah start tambah tepung gandum eh sambil tambah,sambil uli sket.
Cara uli kaup balik dan lenyek pakai belakang tangan.
(korang kaup pakai ujung jari pas tu lenyek die pakai belakang jari ulang2 dengan last 2 cawan tepung tadi ye ikut keselesaan tangan korang lah,kadang ade yang guna abis tepung tu ade kurang sebab ikut selesa kelembutan doh korang.)
guna acuan semperit pecah 15 atau korang nak guna pecah berapa tak kisah.
Sapu butter pada dulang ya,tekan sampai abis satu dulang.
Hiasan ikut korang la nak letak apa.
Set oven 160 masa membakar 25-30 minit api atas bawah.
Siap.

33. SEMPERIT MILO COKLAT

Bahan-bahan:
250g majerin atau butter cup
1/2 cawan susu pekat
1sk.esen vanila
ok kacau rata
masukkan
1sb tepung custard
3 sb susu tepung (optional tp kalau majerin better letak)
1/2 sb tepung beras
kacau lg ye

2)400g tepung jagung tuang sikit2 smbil gaul..biasa dalam 400g+1 cawan lebeh sket baru cantek doh so spare je la ekstra tepung tu okeh…
3)ok dah uli jd doh tak lekat di tgn
4)bahagi 2 behagian..
5)1 bahagian letak 1/2 sudu serbuk coklat+1sudu serbuk milo+1sb nutella(optional bg lg sedap)
tambah 1sk emolco coklat
kacau rata
6)so yg bahagian letak nutella tu lembek sket plus sket tepung jagung gaul bg cantek doh nye
7)ambik sikit adunan coklat dan sikit adunan ori gulungkan masukkan dalam adunan semperit tekan
8)letak coklat chips..panas kan oven 170 api atas bawah..masukkan semperit dalam oven 25 mnt smpai masak.Siap
*ni guna acuan pecah 11….ikut la korg nak pecah berapa pecah 13 pon cantek pecah 14 pon cun pecah 15 pon comel.

34. SEMPERIT PANDAN Cair di Mulut

Bahan-bahan:
500g butter atau majerin
1cawan susu pekat
1sk pewarne hijau apple
1sb perasa pandan coconut emolco
3 sb tepung susu

Satukan semua dan kacau.
Kemudian tambahkan 2 cawan tepung gandum cap ros kacau jugek(200g)
Last masukkan 3 +-cawan tepung jagung sket2(300g).Uli sambil standby lagi 1/2 cawan lagi untuk tambah2 kat tapak tangan bagi senang uli tak lekat.
Masukkan sikit dalam acuan dan tekan.Kalau masa tekan tu doh yang lebih mesti diwrap supaya tak kena angin dan doh tak keras.
Letak chip atas die dan bakar suhu 170 masa 20 minit atau ikut oven masing2 ek.
Jualan rm20 untuk 35 pieces bagi butter dan rm35 tuk 50 pieces.

35. SEMPERIT PANDAN Cair di Mulut

Bahan-bahannye :
πŸ‘‰1 cawan majerin pelangi/200g
πŸ‘‰1biji telur kuning
πŸ‘‰3/4 cawan gula ising/80g kalau korang kuat manis 1 cawan la bagi cikgu sukatan ni dah ngam2 manis
πŸ‘‰1sb emolco pandan coconut bau die memang sedap.kat bakery ade.
πŸ‘‰1sk pewarne hijau epal
Kacau je.

Ok tambahkan:
πŸ‘‰2sb susu tepung
πŸ‘‰2sb tepung custard
πŸ‘‰1/2 cawan/50g tepung jagung
Kacau rata.

Tambahkan:
πŸ‘‰3 cawan 1/2 tepung gandum cap ros dalam 350g
tapi sket2 sambil uli eh jangan masuk sekali semua..ikut keselesaan tangan korang dan biar sampai jadi doh..Ingat pesanan cikgu andai terkeras doh,tuang minyak masak sket dan uli lagi slow2..Kalau masih lembek,tambah sket2 tepung nye.
Boleh isi dan tarik macam dalam gambar..Dah sape rajin nak ukur pakai pembaris panjang die sile la.
So bakar suhu 160 masa 10 hingga 15 minit api atas bawah eh..Bile masak biar sejuk baru boleh masuk dalam telap die..
Siap

36. SEMPERIT ROSE Mudah

Bahan-bahan :
250g butter
1 biji kuning telur
1 cawan susu pekat
Kacau rata.
Tambah 1 sb perise sirap ros dan sedikit pewarne pink.
Kacau rata,tambah 1/2 cawan susu tepung kacau lagi.
Tambah 1 cawan tepung gandum pulak eh kacau sebati
kemudian tambah sikit-sikit 4 cawan tepung jagung tapi tuang 3 cawan dulu dan uli last 1 cawan terakhir tu ikut selesa doh kat tangan korang.
Bila licin doh cantik,pakai acuan die tekan sampai abis.
Hiasan letak ceri ke coklat chips deh.
Bakar suhu 170 masa 20-25 minit api atas bawah.
Siap

37. Tart Nenas Cheese viral azlina ina

sukatan adunan jualan
A
Tepung gandum 10cawan +-(ikut cawan masing2 dan keselesaan doh yang korang nak tekan nanti..jadi tuang sikit2 ) biasa cawan cikgu 1 cawan 100g
4sb tepung jagung
5sb tepung kastard
5sb tepung susu

B
500g butter premium( kalau nak gune butter cup terpulang cikgu tuk jualan gune premium butter) cth scs atau tatura salt/ unsalt tambah sket garam kat tepung
250g cream cheese tatura
8 sb susu pekat
4 sb minyak sapi ghee
3 bijik kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarne kuning

Kacau sebati bahan B di atas dgn senduk pun boleh
Kemudian masukkan dulu 3 cawan tepung gandum
2 sb tepung custard
Diikuti 2sb tepung jagung
kacau kan dulu bg sekata
tuang baki selebih semua jenis2 tepung yang tinggal dan tuang tepung gandum tadi sikit2.
sambil menguli kalau rasa lembut sangat boleh tambah tepung gandum lagi.
Sediakan jem nenas sudah digentel2

Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart tekan nipis.
Letak jem,gulungkan.
Bawah tray sapu butter letak try yang dah korang bentukkan tadi
sapuan atas tart
3bijik kuning telur + sedikit susu segar dan pewarne kuning
Sapu atas tart.
parut cheddar beqa dan hiaskan cheese atas die
Panaskan oven 170 5 minit
Masukkn tart dan bakar suhu 160 masa 25 minit tengok oven korang jugak la ye kalau nampak permukaan tart dah gold means masak
Keluarkan dari oven biar sejuk dulu.
dah sejuk susun dalam balang.
cikgu jual 27 to 30 pieces rm29.90

38. TART NENAS PANDAN versi gulung

Bahan-bahan:
butter 250 salted
1sudubesar esen pandan coconut
pewarna hijau epal 1sudu kecil
telur kuning 1
susu tin 5 sudubesar
susu tepung 1/2 cawan
tepung jagung 1/2 cawan
tepung gandum tambah sikit2 sampai jadi doh yang selesa di tangan.

Satukan:
butter
susu pekat
esen pandan coconut
pewarne hijau aple
susu tepung
kacau kan,
Tambah tepung jagung dan kacau.
Last tambah kan tepung gandum sket2 smpai jd doh.
Kalau yang gulung kene sapu telur kuning sket atas die.
Tabur kelapa kering.
Bakar suhu 170 masa 25 minit,done😍
SELAMAT MENCUBA

39. TART NENAS SUSU VIRAL

Mak bagi sukatan busines mana yang nak buat sikit kurangkan lah bahan2 die ya mak bagi dua sukatan sekali.

butter 1kg ( 4 ketul butter tatura ) kalau nak buat sikit 500g
esen vanilla 1sudu besar(sama)
pewarna kuning 1sudu kecil(sama)
minyak sapi 3sb besar(kalau 500g butter 2sb sahaja)
telur kuning 3biji( kalau 500g butter cuma sebiji sahaja )
gula 1cawan ( kalau 500g butter 1/2 cawan)
susu tin /susu pekat 1/2 cawan ( kalau 500g 1/4 cawan)
tepung susu 1 cawan(kalau 500g butter 1/2 cawan)
tepung jagung 1 cawan( kalau 500g butter 1/2 cawan)
tepung custard 1/2 cawan( kalau 500g butter 1/4 cawan)
tepung gandum 1 3/4 peket (bakers choice)..cap ros 2peket(kalau 500g butter maka separuh dairi sukatan ini
(yang ni tambah sikit2 ya ikut keselesaan doh korang nak)
sukatan dr gram- cawan
tepung 100g-1 cawan
gula 80g-1/2 cawan
susu pekat 5sb -1/4 cawan

satukan
butter
minyak sapi
esen vanila
susu pekat/susu tin
kuning telur
dan gula tertimbusπŸ€ͺ
kacau guna senduk
Masukkan tepung2 selain tepung gandum
susu tepung pun masuk ya
Last tambah sket2 tepung gandum sambil uli.
Siap doh dia

Ok kite buat sapuan atas tart dulu
6 biji kuning telur
sedikit susu segar
pewarne kuning dan kacau kan.
kene ade berus.

Ok guna alat tekan tart,tekan kat papan pencanai dan isi inti boleh susun di loyang sapu dengan panola dulu.
Sapu kuning telurπŸ˜‹panaskan oven dan bakar suhu 170 masa 25 minit tapi bergantung oven masing2 ya,lagi satu masa panas memang die lembut tak garing kalau ditekan.
Ok dah siap.Korang pakai kod bekas 4017 muat 25-28 pieces.Korang jual rm25 dan ok.

40. TART ORI DEMOK

250g butter nak sedap pure butter ya
1/4 cawan /5 sb susu pekat
1 sk esen vanila/esen nenas
1sk pewarna kuning
2sb minyak sapi
kacau sebati
tambah 1 kuning telur kacau lagi

ok tambah
2 sb tepung jagung
2sb tepung custard
1/2 cawan susu tepung( bagi kaw rasa die belemak sedap)
gaul2 kan
kemudian tu baru tambah tepung gandum ikut keselesaan doh yang korang rasa selesa.
tambah sikit2 jd boleh test sket masuk dalam acuan kalau tekan keluar cantik makna nya tepung dah cukup la tuπŸ₯°

tips gentel inti tangan letak minyak sket sukatan beso ibu jari memasing ya
ok kuning telur 4 biji plus 1/4 cawan susu segar
pewarna kuning lemon sapukan atas tart
bakar suhu 170 masa 20-25 minit yeay siap

41. TART ORI EMAS 916

butter tatura 250g 4 ketul guna salted (1kg)
esen vanilla 1sudu besar
pewarna kuning 1sudu kecil
minyak sapi 5 sudu besar
telur kuning 3biji
susu pekat 1 cawan
susu tepung 1 cawan
tepung jagung 1 cawan
tepung custard 1/2 cawan
tepung gandum 1 3/4 peket(bakers choice)..kalau cap ros 2peket

Cara-cara :
Satukan
butter+esen vanila+pewarne kuning+susu pekat+telur Kacau sebati
Tambahkan semua tepung kecuali tepung gandum
Last baru tepung gandum sket2 tambah ya sampai jadi doh yang senang dipicit dalam acuan..
Tekan dan letak inti.kemudian sapu dgn kuning telur plus susu segar sket dan pewarne kuning
Bakar suhu 170 masa 25 minit api atas bawah.ok done

42. SEMPERIT CHEDDAR CHEESE MELTING Gerenti Jadi

Ni gune acuan pecah 10 lebih cepat sikit siap .

Bahan-bahan:
🌺250g butter tak kisah la nak pakai pure ke tidak kalau tak pure korang jual murah sikit la atau pakai majerin pelangi
🌺1 cawan susu pekat
🌺Sedikit pewarne kuning
🌺1sudukecil emplek atau 1sudubesar tepung beras ikut mana-mana yang korang ade.
🌺3sudubesar tepung custard tak kisah jenama apa.
🌺Esen vanila
πŸ’Kacau je gune senduk takyah mixer.
πŸ‘‰Dah sebati masukkan 4 cawan lebih kurang 400g tepung jagung sambil uli dan standby lagi 1 cawan 1/2 (150g lebih kurang) untuk add on sampai die jadi doh cantik.Jangan korang lebur masuk semua sekali kang doh keras.
πŸ‘‰Ok gune acuan pecah 10 sapu sikit majerin, baru tekan bunge semperit korang tu.Parut cheddar.Letak cheese,kalau nak bubuh coklat chips pun boleh.
β™₯️Masuk oven bakar suhu 180 darjah,masa 25 minit atau sampai tolak sikit mudah tanggal ha masak la tu.
πŸ₯°Tadaa siap

43. TART PINKY STRAWBERY DEMOK

Bahan-bahan:
🌺250g butter nak sedap pure butter
🌺8sb gula ising
🌺1/2 sudubesar emolco strawbery
🌺2sudukecil pewarne pink
🌺2sudubesar minyak sapi
🌻kacau sebati
🌺tambah 1 kuning telurΒ πŸ‘‰kacau lagi.

πŸ’₯Ok tambah :
🌺3 sudubesar tepung jagung
🌺1/2 cawan susu tepung
πŸ‘‰gaul-gaulkan.
🌺Kemudian tu baru tambah tepung gandum ikut keselesaan doh yang korang rasa selesa.
🌺Tambah sikit-sikit jadi boleh test sikit masuk dalam acuan kalau tekan keluar cantik maknanya tepung dah cukup la tuπŸ₯°
Jem dia memang ade jual kat bakery jem nenas perise strawbery.

πŸ“Tips gentel inti,tangan letak minyak sikit,sukatan sebesar ibu jari memasing ya.
Bakar suhu 170 masa 20 hingga 25 minit yeay siap.

Tinggalkan Balasan