7 koleksi Resepi Biskut Raya Tart Viral Di Aidilfitri

Diposting pada

Hakak share resepi ringkas nyer yer….ada macam2 resepi tapi hakak amik yang mudah Jerk.

Resepi Nutella Tart

Bahan

  • 250gm butter
  • 60gm gula halus
  • 1 biji kuning telur
  • 450gm tepung gandum
    (Kalaw nak buat tart red velvet tu just tambah jer 1 tsp red velvet emalco,kalaw tart biasa tak payah letak ok)

Bahan inti

  • Nutella Coklat(hakak guna coklat dalam gambar tu jerk)
  • Almond flavour 1/2 tsp (tak letak pon boleh)

Cara2 nyer

  1. Pukul manja jer mentega dan gula sampai sebati,bukan sampai kembang taw.
  2. Lepas tu masukkan kuning telur dan akhir sekali masukkan tepung dan uli sehingga menjadi doh.
  3. Terap doh menggunakan acuan tart dan susun diatas dulang pembakar.
  4. Paipkan nutella ikut banyak mana yang kita nak lepas tu tabur dengan badam cincang yang telah dibakar seketika.
  5. Bakar selama 15-20 minit,
    (Kalaw suka garing sikit biskut nyer bakar dulu selama 5 minit,lepas tu baru paipkan coklat nutella dan bakar lagi dalam 10-15 minit)

*hakak terus paip coklat tu sebab malas tunggu 🤭
*lagi satu jangan lupa sangai tepung tu dulu yer,tak nak sangai pon tak ape tapi kalaw nak lebih ringan sangat la dulu….😁
*kalaw tak pandai gune acuan tart tu,uols boleh lah bulat2kan n buat lubang kat tengah yer

kredit resepi: Umie Nurhayati

Resepi Tartcadbury

Bahan2 + cara buat :

  1. 1/2 kg tepung gandum + 250g butter gaul sekata
  2. Masukkan icing sugar 1/2 cawan + 1 sudu kecik esen vanila + 3 sudu besar violet / purple colour
  3. Start buat adunan menggunakan acuan tart + masukkan coklat cudbury dlm acuan..seperti dlm gambar..
  4. Bakar selama 10-15minit dlm 160 ‘

Sumber : Rosemary Eddie

Resepi Cheese Tart Buncit

Resepi Shell Tart

  • 125gm majerin/butter
  • 150gm gula kastor
  • 1 biji telur saiz B
  • 400gm tepung gandum
  • Esen Vanilla

Cara2 : Buat Shell Tart

  1. Dalam bekas masukkan marjerin dan gula , kacau dan Sebatikan.
  2. Kemudian Masukkan telur dan vanilla dipukul sedikit. Gaul sebati.
  3. Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan menjadi doh. Tak perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.
  4. Bulat2kan sebesar guli masukkan dalam bekas tart. Tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.
  5. Cucuk2 sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga masak dan jadi keperangan. Masa atas oven masing2.
  6. Setelah masak..Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan baru keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.
  7. Shell boleh dijadikan stok dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara.

Bahan Filling Cheese:

  • 500gm cream cheese dari peti sejuk
  • 100gm gula kastor
  • 6 sdb telur yg telah dipukul sedikit
  • 2 sdb butter
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla atau 2 sudu kecil perahan lemon

Inti:

Apa-apa filling kegemaran.

Cara2 : Buat Filling Cheese

  1. Masukkan semua bahan kecuali vanilla dalam bekas.
  2. Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.
  3. Masukkan vanilla dan mix bagi sebati.
  4. Masukkan dalam piping bag.
  5. Picitkan sedikit filling dalam shell. dan baru Paipkan cheese ke dalam shell.
  6. Untuk dapat filling yang tinggi. Caranya paip ditengah hingga penuh tanpa mengegerak piping , bila penuh tarik naik perlahan sambil picit dengan muncung piping masih dalam cheese hingga tinggi yang nak baru berhenti picit dan tarik keluar piping.
  7. Jika ada sedikit cacat atau bertanduk. Celup jari dalam air masak dan betul2kan sedikit.
  8. Lukis permukaan jika suka mengguna filling atau cheese yg diwarnakan.
  9. Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 minit . Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering

Kredit : Roshidah Abu Bakar Shidah

Resepi Tart Nenas Gebus

Bahan:

  • 250gm buttercup
  • 4 sd bsr gula aising -ayak
  • 1 bj kuning telur
  • 1 sd teh esen vanila
  • pewarna kuning
  • 1 cwn + 3 sd bsr tpg gandum*
  • 1 cwn tpg kastad*
  • 1 cwn tpg jagung*
    (bhn2 bertanda di ayak)
  • jem nenas secukupnya -digentel bulat
    ( timbang 4gm)
  • 1 bji kuning telur + 1/2 sd teh air + pwrna kuning-utk disapu atas tart

Cara2nya

  1. Kacau butter dgn gula dgn senduk kayu hgga sebati. Kemudian, mskkan telur, e.vanila & pwrna. Kacau lg sampai sebati
  2. Masukkan tepung2 yg tlh di ayak. Gaul dgn tgn hgga jd doh
  3. Bahagi 2, 1 bhgn campur pwrna kuning & 1 bhgn lg dgn pwrna hijau. Adunan kuning lbh byk drp adunan hijau. Timbang doh kuning 8gm, isi dgn jem. Tutup , gentel bujur. Lps tu, gariskan dgn spatula/pisau utk wat corak nenas. Picit pula adunan hijau d hujungnya sbg tampok nenas dgn mgunakan nozel star
  4. Sapu kuning telur. Bkar pd suhu 150•c selama 15-20 mnt api atas bwh. Ikut oven masing2. Dpt 65 bji, bergantung pd saiz

Kredit: Roshidah Abu Bakar Shidah

Resepi Cheese Tart Cheese Melt

shell tart

  • 250gm butter suhu bilik
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan gula ising
  • 400-450gm tepung gandum
  • 50g conflakes kisar halus
  • Sedikit esen vanilla
  • 1sb air sejuk

Cara:

  1. Mix butter dan gula ising hingga sebati..guna spatula pun boleh
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.Gaul sebati.
  3. Masukkan tepung dan conflakes serta air sejuk dari peti ais..uli hingga menjadi doh.
  4. Terap atau bentuk doh dalam acuan shell tart berukuran 4.5cm.Cucuk dasar doh dengan garfu
  5. Bakar pada suhu 170°c api atas bawah 20-25minit atau hingga masak..SUHU BERGANTUNG PADA OVEN MASING
    dapat dalam 80-100 pieces 4.5cm

Cheese Filling

Bahan-bahan:

  • 500gm cream cheese masih sejuk sket tapi dah lembut
  • 100gm ising sugar
  • 30g whipping cream dairy
  • Telur kuning sahaja gred A 1 sahaja
  1. Cream cheese dibiarkan di luar selepas keluar peti ais…Kalau boleh jangan sampai biar die hilang sejuk sangat.Nanti susah nak jadi cantik bile lepas bakar.
  2. Mix cream cheese,gula ising..pastikan takde ketulan ketulan..agaran 1minit..jangan mix terlalu lama..cheese akan cair tak boleh dipaip bukit2
  3. Masukkan whip cream dan telur 2sb(yang sebiji tadi kuning je tu ambik ceduk guna sudu).. kacau2 guna senduk je atau whisk.

Paip dalam crush die kalau nak buh filling sket pun boleh ya dan bakar sekejap je 5 -7 minit suhu 170

Credit : Azlina Ina Fans

Swiss tart strawberry

Bahan

  • Buttercup 1cawan
  • Gula icing 1/2 cawan
  • Essen vanilla 1sudu teh
  • Choc rice 1/2cup
  • Cornflakes 1/2cup( blend halus)
  • Tepung gandum 1- 1/2cawan
  • Tapung jagung 1- 1/2 cawan
  • Filling strawberry secukupnya😘

Cara2

  1. Gaul manja bahan bertanda ❤
  2. Masukan cornflakes + tepung jagung & tepung gandum.
  3. Akhir masukan choc rice.
  4. Bentukan dan letak filling strawberry di tengah.
  5. Bakar 20minit suhu 170° ikut oven masing2

Tips.

  • Bahan kering perlu di ayak utk biskut yg menggunakan nozzel. Kita xdan bunga jadi cacat kalau ada bahan berketul.
  • boleh tukar filling sesuka hati. Kiwi. Anggur choc suka anda lah..

kredit: nur syaidatul fazreen

Hokkaido cheese tart

Saper pernah mkn Hokkaido cheese tart??.kalau beli kat malaysia rm 6 sebiji
Beli 6 biji tak cukup.mulut budak2 ni pantang resepi yg ada cheese..mesti mkn lebih dari 2 biji..kalau nak buat utk jual sya rekomend kan tukar parmesan cheese ke cheedale..sbb kos punya pasl bebbbb.
Sekali sekala utk sendiri makan ok lah..

Ingredients

Tart pastry

  • 100g tepung gandum
  • ‌20gm icing sugar
  • 50g salted butter, potong cube dari peti sejuk
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 tsp susu segar Ducth Lady atau any brands * kena adjust tambah atau kurang )*

Cheese custard

  • 150g cream cheese
  • 50g mascarpone cheese
  • 20g parmesan cheese
  • 30g salted butter
  • 100g susu segar
  • 30g icing sugar atau gula halus pun boleh
  • 8-12g tepung jagung,atau ikut kepekatan sendiri. ( kena adjust sendiri ikut kepekatan sendiri )
  • 1 biji telur
  • 1 tbsp lemon juice
  • 1/4 tsp esen vanilla
  • ‌2 atau 3 sudu air
  • Secubit garam (optional)
  • 1 biji kuning telur utk disapu pada cheese custard

Caranya.

  1. Ayak tepung dan gula icing
  2. Masukkan butter sejuk yg dipotong cube.
  3. Gunakan jari ramas buter dgn tepung supaya sebati.
  4. Bila dah menjadi seperti serbuk masukkan telur kedalm adunan.sebatikan.
  5. Masukan susu gaulkan sebati.doh akan sedikit lembik.teruskan gaul sampai menjadi doh.kalau doh masuh sedikit keras bole tambahkan sedikit lagi susu sampai mendapt doh.
  6. Ambil plastik atau cling wrap bungkuskan doh dan rehatkan selama 1 jam didalam peti sejuk.

Cheese custard

  1. Masukkan Cream cheese + Mascarpone cheese + parmesan cheese + salted butter + susu segar menggunakan kaedah bain marie ( bole tengok pada gambar ) dan sentiasa kacau adunan supaya cepat cair.
  2. Apabila adunan dah cair.ayakkan tepung jagung + gula icing sedikit air sahaja dalm 2 atau 3 sudu dankacau rata dan masukkan kedlm adunan cheese dan sentiasa kacau sampai tiada ketulan.masak sampai adunan sedikit pekat.padamkan api dan angkat dari dapur.
  3. Masukkan telur yg dipukul ringan ,esen vanilla dan lemon juice mix well again.sampai pekat and lastly masukkan secubit garam.dan sebatikan.tak perlu panaskasn atas dapur lagi .
  4. Jika adunan cheese ada ketulan bole ditapis supaya mendapat cheese custard yg licin.dan sejukkan.masukkan kedlm piping bag.
  5. keluarkan doh pastry dari peti sejuk.sapukan sedikit tepung pada papan dan roliing pin dan canaikan doh anggaran dlm 3-4mm atau ikut suka lah nak tebal mana pun..
  • Dan potong ikut saiz acuan tart.
    Guna garpu / fork tekan2 pada doh buat lubang.
    bakar pada suhu 180c selama 15 minit
    keluarkan dan sejukkan. Sebelum digunakan.sya sediakan 3 hari awal simpan dlam bekas kedap udara supaya tak masuk angin dan bungkuskan lagi dgn plastik.punyalah semangat makcik ni.haha
  • Bila dah sejuk paipkan cheese custard pada doh tart tadi.
    sapukan kuning telur pada cheese custard .
    Bakar pada suhu 200c selama 10 ke 15 minit ikut oven masing2.
    keluarkan tart dan sejukkan..

SEDAP DIMAKAN SEMASA SUAM ATAU PANAS

Kredit: danita daniels(mahn)

Incoming search terms:

  • https://resepinews com/7-koleksi-resepi-biskut-raya-tart-viral-di-aidilfitri/

Tinggalkan Balasan