7 Koleksi Resepi Pelbagai Jenis Kek Lapis

Diposting pada

KEK LAPIS EVERGREEN

Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Evergreen

  • 10 biji telur gred A
  • 450 g mentega berkualiti tinggi
  • 200 g tepung hongkong/gandum
  • 100 g serbuk horlicks
  • 160 g gula halus (sudah dikurangkan)
  • 1 botol kecil pandan paste
  • 1 sudu besar ovallette
  • 340 g susu pekat manis
  • 1 tin kecil serikaya
  • 100 g serbuk santan
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Evergreen

  1. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang. (high speed)
  2. Dalam bekas yang berasingan, pukul mentega bersama susu pekat hingga putih berkrim. Kemudian masukkan serbuk santan dan putar lagi hingga sebati.
  3. Satukan adunan telur dan mentega tadi. Sebatikan.
  4. Setelah itu masukkan serikaya, pes pandan dan horlicks. Gaul-gaulkan sebati.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan esen vanilla. Kacau hingga betul-betul sebati.
  6. Sediakan loyang yang telah disapu dengan mentega disekelilingnya. Tuangkan sedikit adunan dan ratakan (anggaran 5 sudu makan).
  7. Bakar lapisan pertama sehingga bertukar warna keperangan (dengan menggunakan api atas). Ulangi proses hingga habis.
  8. Untuk lapisan terakhir, bakar sekejap dengan menggunakan api atas sehingga keperangan dan barulah dipasangkan api bawah selama 10 minit.
  9. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong.

Cara-cara menyimpan kek : alaskan dengan kertas serap minyak, balutkan dengan cling wrap dan simpan dalam bekas yg bersesuaian. Kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Sumber: DAPURKU SAYANG
Resepi Kek Best

KEK LAPIS OREO

Bahan-Bahan

  • 10 biji telur (saiz besar)
  • 500 gm mentega
  • 200 gm gula halus
  • 300 gm susu manis
  • 100 gm keju cheddar, diparut (optional)
  • 50 gm horlicks
  • 50 gm santan serbuk (peket)
  • 100 gm biskut Marie (ditumbuk halus)
  • 180 gm tpg Hong Kong
  • 1 sudu teh serbuk vanilli
  • 1 sudu teh pes pandan (optional)
  • secukup biskut Oreo (dibuang krimnya)
  • pewarna hijau dan merah

Cara:

1) Pukul mentega, gula dan vanilli sehingga kembang.

2) Masukkan pula telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan sebati.

3) Kemudian perlahankan kelajuan mixer dan masukkan susu manis. Pukul terus.

4) Seterusnya, perlahankan kelajuan mixer ke paras minimum dan masukkan tepung Hong Kong, serbuk biskut Marie, horlicks dan santan serbuk. Pukul sebentar sekedar utk meratakan adunan.

5) Bahagi adunan kepada 3 bahagian:

a) 1 bahagian dibubuh pewarna hijau & pes pandan (optional)
b) 1 bahagian dibubuh pewarna merah
c) 1 bahagian dibiarkan plain (warna asal)

6) Sediakan loyang persegi empat berukuran 8″ x 8″ yg telah dialaskan dgn kertas tracing dan digriskan pada dasar dan kelilingnya. Suhu oven sekitar 180 -200 darjah Celsius.

7) Ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna hijau dan bakar lapisan pertama dgn api atas bawah sehingga masak (kira-kira 6-8 minit).

😎 Seterusnya, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill). Kemudian, ambil 2 senduk (bumbung) adunan berwarna merah dan bubuh di atas lapisan pertama tadi dan tabur kan sedikit keju parut. Bakar hingga masak (kira-kira 5-7 minit)

9) Selepas itu, ambil 2 senduk (bumbung) adunan plain dan bubuh ke atas lapisan merah tadi dan susun pula biskut oreo di permukaannya. Banyak sikitnya biskut, terserah kpd anda seperti contoh di bawah ni.

10 ) Bakarlah sehingga adunan selesai.

Nota:

1) Anda boleh gunakan apa jua warna yg anda sukai.
2) Anda boleh tiadakan keju parut atau pes pandan jika anda tidak menggemarinya.
3) Anda boleh gunakan sepenuhnya 100 gm horlicks jika anad tidak menggemari santan serbuk.
Sumber:@rozzanblogspot

KEK LAPIS CHEESE COKLAT CHIP

Bahan2

  • 500gm butter
  • 10 biji telur gred A
  • 350gm tepung pau@tepung superfine
  • 200gm gula halus
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 paket santan serbuk
  • 60gm susu tepung
  • 250gm cream cheese
  • 1 sudu teh essen vanila
  • Sedikit perisa cheese
  • Perwarna putih
  • Ovallate
  • Coklat chip secukupnya

Cara-Cara

  1. Pukul butter, gula dan ovallate sampai berwarna putih.kemudian pukul telur satu persatu. Pukul lagi sehingga sebati
  2. Masukkan susu, serbuk santan, essen vanila dan kacau sebati.
  3. Masukkan cheese. Pukul skejap shingga cheese tidak berketul. Masukkan tepung.
  4. Kemudian bolehlah bakar. Lapisan pertama guna api atas bawah. Lapisan seterusnya guna api atas shj. Setiap lapisan tabur coklat chip. Suhu ikut kepanasan oven masing2..

SELAMAT MENCUBA…

Resepi Kek Lapis Prune (Versi Basah)

Original Made by Kek Lapis Shafira

Bahan Bahan memasak

  • Loyang bersaiz 8×8 (ada jual di kedai kedai bahan bahan bakeri)
  • kertas minyak (potong ikut saiz loyang)
  • Oven Gas / oven elektrik tapi lebih enak menggunakan oven gas / api masak
  • mixer tangan / apa jua jenis mixer

Bahan Bahan Kek

  • 250 Gram Horlick diayak halus
  • 250 Tepung Hongkong / tepung Pau
  • 10 set Telur gred AA ayam
  • 4 set telur KUNING SAHAJA
  • 1 tin susu FnN Susu pekat manis
  • 100 gram hancuran biskut Marie
  • 1 Bekas buat Prune jena Sunsweet
  • 450 Gram Butter Golden Churn / president / ancor
  • 240 Gram Gula KASAR yg dibland Halus sehingga jadi seperti bedak.

Cara Membakar / Penyedian

  1. Sediakan Loyang yang disebutkan tadi
  2. Panaskan oven sekitar 10-15 minit
  3. Masukan semua bahan bahan kek diatas secara berperingkat secara perlahan, dimulakan dengan telur (pukul sehingga kembang), masukan tepung, gula dan lain2 sehingga sebati.
  4. Kek lapis versi ini amat mudah kerana tidak menggunakan bahan pengawet dan pewarna.
  5. Setelah selesai mengadun, masukan adunan itu tadi didalam satu bekas.
  6. Setelah selesai, bakar lapisan pertama dengan menggunakan kiraan 9 sudu makan,
    bakar sehingga kekuning kuningan.
  7. Ulang langkah ini, sehingga tinggi.
  8. Setiap 3 lapisan, letakan dab tabur secara rata buah prune yg telah dihiris
  9. Lapisan terakhir juga perlu letak prune, kalau boleh kasi bnyak, daya penarik
  10. Biar sejuk semalaman.

Sumber: Resepi Kek Lapis Shafira
Selamat mencuba

KEK LAPIS SARAWAK

Bahan Bahan Resepi Kek Lapis Sarawak

BAHAN A

  • 100g Gula Halus
  • 200g Jem Nenas
  • 450g Butter
  • 30g Ovalete
  • 300g Susu Pekat Manis

BAHAN B

  • 10 biji Telur Gred A

BAHAN C

  • 270g Tepung Hong Kong

BAHAN D

  • Pewarna Hijau, kuning dan merah

Cara Cara Menyediakan Resepi Kek Lapis Sarawak

  1. Pukul kesemua Bahan A sehingga kembang dengan kelajuan yang maxima.
  2. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul, juga dengan kelajuan sama sehingga habis
  3. Masukkan tepung dan adun dengan kelajuan yang perlahan hanya untuk sebatikan saja.
  4. Bahagikan kan kpd 3 bahagian di diwarnakan merah, kuning dan hijau.

Cara-Cara melapis:-

  1. Sapukan sedikit margerin pada permukaan loyang.
  2. Alaskan dengan kertas minyak.
  3. Sendukkan adunan warna merah ke dalam loyang dan ratakan dengan sudu supaya ia serata tebal nya.
  4. Bakar dalam oven menggunakan api atas sahaja dengan api yang sederhana besar.
  5. Pastikan lapisan telah masak/bertukar warna sedikit anggaran masa 7-10 minit setiap lapisan baru dikeluarkan dari oven.
  6. Tekan lapisan kek dengan alat penekan atau gelas yang rata untuk mengeluarkan angin jika ada.
  7. Sapu sedikit butter di atas nya.
  8. Ulang step 3-7 diatas untuk hijau, kuning, dan Merah kembali sehingga adunan habis.

TIPS: Pastikan kek benar-benar sejuk sebelum dikeluarkan dari tin.

Sumber: Resepi Kek Best
Selamat mencuba

Kek Lapis Evergreen Kukus

Bahan-bahan ( loyang berukuran 8 inci)

Lapisan Hijau

  • 10 biji kuning telur A
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 1/3 cawan gula halus
  • 1/4 tin susu pekat manis
  • 1 cawan horlicks (boleh juga digantikan dengan serbuk santan atau nestum yang sudah dikisar)
  • 1/2 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)
  • 1/2-1 botol kecil pandan paste cap Koepoe-Koepoe (boleh juga guna pandan emulco cap Nona sebanyak 3 sudu makan)

Lapisan Putih :

  • 1 1/2 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
  • 225g mentega berkualiti tinggi
  • 10 biji putih telur A
  • 1 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 1 sudu teh esen vanilla-hasue tambah

Cara-cara:

Lapisan Hijau :

  1. Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi.
  2. Putar sebati dengan kelajuan minima.
  3. Kemudian masukkan horlicks, tepung biskut marie dan pandan paste.
  4. Putar hingga sebati.
  5. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :

  1. Pukul putih telur sampai kembang.
  2. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental.
  3. Masukkan esen vanila dan sebatikan. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur.
  4. Putar dengan kelajuan sederhana.
  5. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau rata-rata.
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)

 

  1. Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.
  2. Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan kertas foil setiap kali mengukus.
    Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.

***telur 10 biji diasingkan putih dan kuningnya (kuning telur utk lapisan hijau dan putih telur utk lapisan putih)
***balutkan kek dgn cling wrap dan sejukkan di dlm fridge sekiranya ingin menyimpan lama

resepi: DayangJack@DapurkuSayang
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

RESEPI KEK LAPIS WATERMELON

Bahan :

  • 450 gram butter
  • 1 ½ cawan gula halus (boleh dikurangkan)
  • 10 biji telur
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 cawan kaya
  • 2 cawan tepung gandum / tepung hongkong
  • 50 gram cream cheese
  • 1 cawan jem strawberry
  • 2 sudu besar horlick
  • 2 sudu besar serbuk santan
  • pewarna hijau, merah secukupnya
  • 1 kotak biskut oreo ( dipatah kecil dan ditabur pada aduan merah sbg biji watermelon)

Penyediaan :

  1. Pukul butter dan gula halus sehingga kembang /gebu.
  2. Masukkan telur satu persatu, pukul sebati.
  3. Masukkan susu pekat manis, kaya.. pukul sebati.
  4. Masukkan tepung gandum / hongkong. Gaul sebati.
  5. Bahagikan kepada 3 bahagian.
    a) 2 senduk adunan + cream cheese + serbuk santan
    b) 3 senduk adunan + horlick + pewarna hijau
    c) adunan selebihnya + jem strawberry + pewarna merah
  6. Kukus selapis demi selapis
    : adunan merah 6 lapis + adunan putih selapis + adunan hijau selapis
    : setiap lapis ke dua adunan merah ditaburkan biskut oreo yang sudah dipatah kecil (buang inti oreo)
  7. Kukus setiap lapis selama 10 minit. Lapisan terakhir dikukus selama 45 minit – sejam.

Kredit resepi by: Mostaqeem Abell Ali El-Hosairy

Tinggalkan Balasan