Koleksi 20 Resep Kue Lebaran Modern dan Tradisional

Diposting pada

Koleksi 20 Resep Kue Lebaran Modern dan Tradisional

1. ALMOND ROCHER

BAHAN-BAHAN:

Bahan A:

  • 100gm mentega
  • 40gm gula kastor
  • 1 sudu makan susu
  • pekat manis
  • 1/2 sudu makan pes mocca

Bahan B:

  • 30gm cornflakes |dikisar halus
  • 10gm badam kisar
  • 10gm croquant
  • 40gm tepung jagung
  • 1/2 sudu makan tepung beras
  • 120gm tepung gandum

Bahan Hiasan:

  • 3 biji telur putih
  • Sedikit badam cincang
  • Coklat masakan putih
  • Coklat

CARA MEMASAK:

  1. Sebatikan semua bahan A hingga rata.
  2. Masukkan kesemua bahan B dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  3. Ambil 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bujur.
  4. Celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam badam cincang.
  5. Susun dalam dulang pembakar dan bakar selama 30 minit pada suhu 150°C.
  6. Apabila sejuk, celupkan dalam coklat masakan dan lorekkan dengan coklat cair di atasnya

2. BISKUT ALMOND LONDON

Bahan-bahan ( anggaran 140 biji )

  • 250 gm mentega
  • 9 oz / 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 oz / 1/2 cawan nestum ( di kisar halus )
  • 3 oz / 1 cawan tepung jagung
  • 4 oz / 1 cawan gula aising
  • 1 biji kuning telor
  • Badam biji di panggang secukupnya
  • Badam cincang untuk hiasan
  • Coklat masakan secukupnya
  • Mangkuk kertas/ paper cup – warna hitam yang paling sesuai
  • Sedikit minyak jagung

Cara-cara penyediaan

  1. Pukul mentega bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi sehingga rata.
  2. Masukkan nestum, tepung jagung dan juga tepung gandum. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
  3. Ambik sedikit doh, isi badam dan bentukan bujur atau bulat mengikut citarasa sendiri.
  4. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak dan sejukkan.
  5. Masak coklat masakan, masukkan sedikit minyak jagung anggaran 2 sudu makan untuk mengilatkan coklat itu. Kaedah double boiler boleh digunakan.
  6. Apabila coklat sudah cair sepenuhnya, celupkan biskut sebiji – biji.
  7. Isi dalam paper cup dan tabur badam cincang di atasnya.
  8. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan kedalam bekas kedap udara.

SELAMAT MENCUBA

3. Biskut tart nenas

Bahannya

  • 250 gm butter
  • 50 gm gula aising
  • 350 gm tepung gandum
  • 50 gm tepung jagung
  • Sebiji kuning telur
  • 1 sudu teh esen vanila

Caranya

  1. Pukul butter dgn gula sampai kembang
  2. Masukkan esen vanilla dn telur..kacau rata..
  3. Masukkan ke dua2 tepung.. gaulkan serata..klu adunan masih lembik..bubuh tepung gandum sedikit demi sedikit..
  4. Mula terap dan bubuh inti nenas
  5. Panaskan oven..bakar dlm 20 minit hingga masak..dlm kepanasan oven 180°C atau ikut oven masing2..

# jem nenas saya beli dah siap..malas nak buat #
1 adunan dpt dlm 75 biji biskut…

4. Cornflakes Madu

  • Sebuku buttercup 250g
  • 3sudu besar gula pasir
  • 7sudu besar madu
  • 3sudu besar susu pekat
  • chocolate rice/bijan/kacang tanah hiasan sprinkle
  • 500g nestle cornflakes
  1. Panaskan butter,gula,madu dan susu. Sampai berbuih dalam kuali. Rehatkan dulu biar suhu suam
  2. Curah kedalam cornflakes dan gaul rata. Saya tak hancurkan cornflakes,suka keping yg besar.
  3. Isikan dalam mangkuk kertas menggunakan sudu dan tabur hiasan.
  4. Bakar selama 5minit 🙂 dah sejuk baru simpan dalam tupperware atau balang kedap udara.

Kredit resepi: Irene Lee

5. Coklat nestum almond cookies

Bahan

  • 250g butter / majerin(xde paksaan gune bahan premium ke titanium ke xjauh beza pon rasa)
  • 1 cawan gule perang /100g
  • esen creamy vanila sedikit
  • 1 bijik kuning telur

ok mix kan sebati kalau malas kalau rajin pakai senduk kayu je pon boleh asal sebati
dah sebati masuk 1/2 cawan minyak masak..kacau kan

Bahan2 seterus nye

  • 3sb susu tepung
  • 1sk baking powder
  • 1/2 sk soda bikarbonat
  • 1sk empleks atau tepung beras 1sb
  • 5sb serbuk almond
  1. Masuk kan dan kacau kan
  2. ok tu nestum repack nak beli nestum original yg dalam peket biasa pon boleh..jgn ko tibai nestum bayi anak ko pulak senah.tu aku kene tunjuk gamba ko bukan boleh kang tau2 cookies ko jd lempenh nestum
    masukkan

1/2 cawan tepung jagung
1 cawan nestum

  1. kacau kan
  2. ok lepas tu masuk kan 1 sb serbuk koko+1sk emolco coklat kacau baru masukkan 4 cawan 1/2 tepung gandum cap ros atau besamaan 450g smbil kacau2 gitu ye..adunan mmg lembek sket jgn ko buang pulak dah mmg cam gitu??..ok tgn ko letak minyak sket
  3. bulat kan kemudian tepi2 die golek dgn nestum nak golek dgn almond nips pon boleh..
    atas die letak 1 bijik badam dah siap bakar awal2 eh badam tu..panas kan oven dan bakar suhu 170 masa 25 mnt atau ikut oven korg la ye
  4. ok kene jarak2 kan eh sbb nnt die mengembang mcm perut ko lepas buka puasa.
    sebelum buka elok je slim kan??
  5. ok panas kan pengukus
  6. letak 250g coklat beryls dark dalam loyang dan cair kan+3sb minyak masak..kacau..dah agak suam masuk dalam piping beg lorek kan dan bia die keras sket kene angin eh..pas tu baru susun elok2..doakan cikgu murah rezeki amin2

kredit: Azlina Ina Fans

6. Resepi Biskut Vanila Oat Berhantu dan sgt sedap!

Bahan-bahan:

50gm gula kastor
100gm mntega
1sdt esen vanila
140gm tpg gndm
1bj putih telur(utk dsapu)
20gm oat segera
Kismis/ceri merah (dpotong)

Cara2:

Pukul gula kastor,mntega n esen vanila hgga sbati.masukkn tpg gndm n uli prlhn2 mnjadi doh yg lmbut.bulat2kn doh celup dlm putih telur n salut dgn oat.hias kismis /ceri dtgh.bkr suhu 160-170 slma 15-20mnt.

kredit :raja zulaida raja kamal via mahn

7. Resepi cornflakes crunchy cookies

– 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
– 1/4 cwn tepung jagung
– 1/2 sudu teh baking powder
– 2 cawan cornflakes ramas kasar
– 200g butter (suhu bilik)
– 3/4 cwn gula kastor
– 1 biji kuning telor

cara cara

Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder
gaul sebati
Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…

Pertama kali buat… Resepi dari cikgu Azlina Ina… Acuan Guna acuan biskut pasir… Bau menusuk kalbu… Wangi betul

8. SAMPERIT MILO

A; 25Og marjerin/mentega
1/2 cawan susu pekat
1 suduteh esen vanilla
Satu kan dan kacau rata
B; 1 sudubesar tepung kastad
3 sudubesar susu tepung
1 sudubesar tepung beras
Satu kan dan tambah pada A
400g tepung jagung + 1 cawan tepung jagung lagi
Satu kan ke semua nya dan uli hingga tidak melekat
Bahagikan ke pada 2 bahagian .
1 bahagian biarkan begitu saje Dan satu lagi bahagian dicampur dgn:
1 sudumakan serbuk coklat
1 sudumakan milo
1 sudubesar nutella
1 suduteh coklat emulco
Uli hingga rata.
Terap ikut kreativiti masing2
Bakar ikut oven masing2

kredit:
?Sabariah Bahasar? to Masak Apa Hari Ni..

9. BISKUT SARANG SEMUT

BAHANNYA

250 gram butter
100 gram gula halus
350 gram tepung gandum
100 gramtepung kastard
100 gram tepung jagung
1 biji kuning telur gred A
1 sudu kecil esen vanila

Bahan Hiasan :

Sedikit coklat rice
Sedikit manik gula kecil yang bewarna warni
Secukupnya paper cup kecil
Kliks Gambar Untuk Ke Halaman Pure Cambogia. New Opening Tab

Cara Penyediaan Biskut Sarang Semut

Pertama , menggunakan hand mixer pada kelajuan sederhana, pukul sehingga kembang butter dan gula halus dalam satu bekas, bila mengembang , masukkan lagi kuning telur dan kacau sehingga rata.
Kedua , masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi adunan yang rata. Adunan yang telah menjadi doh itu diparut ke dalam bekas lain.
Ketiga , ambil parutan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam papercup serta taburkan coklat rice dan manik gula kecil. Panaskan oven selama 10 minit pada suhu 180’C.
Keempat , bakar biskut sarang semut pada suhu yang sama selama 15-17 minit bergantung pada oven anda. Siap.

10. RESEPI BISKUT FERRERO ROCHER

Ini feveret saya 🙂

Bahan-bahan:

250gm butter
80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tpg gandum
100gm almond powder
40gm tpg jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (utk menyalut biskut)
3bj putih telur (utk melekatkan almond nibs dgn biskut)
coklat masakan secukupnya.(utk menyalut biskut)

Cara-cara:

-putar butter & gula sebati.masukkan qroquant.
-masukkan esen vanilla.
-masukkan tpg gandum,almond powder & tpg jagung. uli sebati.
-panaskan oven suhu 150c.
-bulatkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.letakkan dlm dulang pembakar yg sudah dilengser dgn marjerin.
-bakar suhu 150c selama 20-25 minit.
-golekkan biskut yg telah dibakar ke dalam telur putih.kemudian golekkan di atas almond nibs.
-bakar balik biskut lebih kurang 5 minit.
-cairkan coklat masakan & golekkan biskut dlm coklat & masukkan ke dlm paper cup.biarkan sejuk & siap utk dihidang…😉

Kredit: Aneka Resepi

11. Biskut RED PEARL

Bahan2 :

150 grm butter (suhu bilik)
75 grm gula castor
150 grm tepung gandum
50 grm corn flakes
50 grm chocolate chips
25 grm almond strips @ nibs (almond strips sangai sekejap)
1 sdt esen vanila
ceri merah dihiris memanjang atau dadu

??Cara Membuat :

* Satukan butter & gula castor. Gaul dgn senduk kayu je hingga sebati dan rata. JANGAN pukul hingga kembang nnti biskut jadi kembang dan leper lps dibakar.
* Masukkan tepung gandum, gaul sebati.
* Masukkan corn flakes, chocolate chips, almond strips @ nibs dan esen vanila. Gaul semua hingga sebati dan rata.
* Sudukan adunan ke atas dulang pembakar.
* Letak hirisan ceri merah di atasnya.
* Bakar suhu 170°C selama 20-25 mnt bergantung oven masing2.
* Angkat dan biarkan sejuk sebelum disimpan dlm bekas kedap udara. Mudah kan? Selamat mencuba. Semoga bermanfaat ??

12. Biskut denmark

BAHAN-BAHANNYA :

250 gram anchor salted butter
1/2sdt esen vanilla
350 gram tepung gandum
4sdb tepung jagung
3sdb gula aising -diayak
2 biji kuning telur
kacang tanah secukupnya
beryls choc compound secukupnya

CARA-CARA:

-mix butter,icing sugar dengan egg yolk sampai sebati..
-masukkan esen vanila…pastu tepung jagung…gaul sebati..lastly masukkan tepung gandum sikit2.. uli sampai jadi doh tak lekat ditangan
-bulatkan doh…bakar suhu 180`c selama 15minit
-dah sejuk boleh celup dalam coklat dan golekkan dalam kacang tanah…..siap!

p/s: boleh letak kacang tanah sebagai inti kat dalam..atau apa2 kekacang

-ya..saya guna kacang tanah yang kasar tu..bukan badam…
-1 adunan dapat lebih kurang 180biji
-700g kacang tanah untuk salut 180bji biskut
-400g coklat untuk salut semua biskut
-kalau xmau guna anchor sesuka hati lah nak guna apa pun…harap maklum

13. TART CADBURY MELTING

250g butter
4sdb susu pekat
2sdb minyak sapi
1biji kuning telur
2sdb tepung jagung
2sdb tepung custard
1sdt Esen Vanila
Perwarna kuning telur agak2
3 1/2 cawan tpung gandum (letak sikit2 agak dah elok tak melekat ditangan..Jgn keras sgt nnti tart senang pecah)
Inti:cadbury bar

Cara2 :

Masukkan butter, susu pekat, minyak sapi, kuning telur dan esen vanila. Mix sebati.
Masukkan pewarna. Mix/kacau sebati.
Masukkan tepung jagung, tepung custard dan tepung gandum secukupnya. (Tepung gandum boleh agak-agak sehingga adunan tidak melekat di tangan)
Bentukkan seperti dalam gambar.
Sapu kuning telur yg telah dicampur dgn pewarna kuning telur.
Bakar dlm 20min api atas bawah 170° atau mengikut kesesuaian api oven masing-masing.
Selamat mencuba.
Credit : Azlina Ina

14. BISKUT SARANG LEBAH

Bahan-Bahan:

1 cawan butter.
1/2 cawan gula perang.
2 sudu kecil gula aising.
1 sudu teh esen vanilla.
2 sudu b.susu tepung.
1 biji kuning telur.
3 sudu b.tepung suji.
Secubit garam.
1 cawan t.kek
1 cawan t.jagung
1 cawan t.gandum
1/2cawan badam hancur.

Caranya.

Pukul butter dgn gula,masukkan kuning telur,esen vanilla,secubit garam..kacau hingga sebati..masukkan susu tepung,suji,badam hancur dan masukkan kesemua tepung,sehingga menjadi doh,,canai doh dan terap dgn acuan yg digemari,,sapukan kuning telur dan taburkan dgn kekacang,kuaci hijau dan putih serta bijan hitam,,bakar pada suhu 140′ bakar selama 25 minit.

Nota:Ramai yg bertanya tepung suji tu mcmna,mana nak beli?
Jawapan:Boleh cari di pasaraya atau kedai bekery pasti ada.Selamat Mencuba

Dikongsi Oleh: Rohani Ronnie

15. Biskut Suji

Bahan:
1kilo tepung gandum ros(disangai sebentar dengan api perlahan)
1/2 kilo tepung suji,
1 1/2 cwn minyak sapi dicairkan,
1 1/2 cwn gula icing.

Cara- caranya,

Satukan tepung gandum,tepung suji dan gula icing, kemudian gaul sebati,
Masukkan minyak sapi uli hingga dapat dibentuk menjadi doh, kalau tak cukup minyak sapi boleh campurkan dengan minyakl masak,
Bulat-bulatkan kemudian letakkan ceri merah diatasnya untuk hiasan, bakar pada suhu 170c selama 15 minit,
Biarkan sejuk baru keluarkan dari loyang,

16. Biskut Mazola

Bahan-bahan :
2 1/2 cawan tepung gandum (ayak)
1/2 cawan gula icing (ayak)
2 cawan kacang tanah kisar (goreng dulu tanpa minyak, barulah dikisar)
1 cawan minyak jagung mazola
Hiasan :
Kuning telur
Kacang tanah goreng
Cara penyediaan :
1. Satukan tepung, gula dan kacang kisar. Kacau sebati.
2. Tuangkan minyak jagung sedikit demi sedikit sambil menguli hingga jadi doh yang boleh dikepal. Tak perlu habiskan minyak jika doh telah cantik.
3. Bulatkan doh, tekan sedikit dan letak kacang tanah di atasnya. Sapu kuning telur dan bakar hingga masak antara suhu 150’C – 180’C, masa antara 20 – 25 minit mengikut oven masing-masing.
Kredit Resepi : mis fisa via mahn

17. RESEPI BISKUT DAHLIA

Bahan-bahannya :
? 3 biji merah telur
? 2 biji putih telur
? 2 sudu besar susu pekat manis
? 1 tin tepung jagung
? 2 cawan tepung gandum
? 2 cawan mentega
? 2 ½ cawan gula halus
? ½ sudu kecil serbuk penaik
Cara-caranya:
Pukul telur bersama gula halus sampai naik. Tepung jagung dan tepung gandum digaul, masukkan mentega, serbuk penaik, telur, susu dan vanila. Uli kesemuanya sampai lembut kemudian terap. Bakar

18. KUIH ROS

Bahan-bahan:
? 2 bungkus tepung beras – 1 bungkus 500gm
? 3 cawan gula
? 1 biji telur
? 1 biji kelapa – di perah sehingga 3x setiap perahan
diasing-asingkan
? Air – jika perlu di tambah
? Sedikit esen ros
? Secubit garam
? Sedikit air kapur
? Sedikit pewarna merah jambu – jika suka
.
Cara-cara:
1. Tepung beras, gula, telur dan perahan santan
pertama di gaul sebati.
2. Jika adunan agak pekat campurkan perahan santan berikutnya tapi jangan di letakkan semua, letakkan sedikit demi sedikit.
3. Gaul hingga sebati, kemudian tapis.
4. Panaskan minyak dan rendam acuan kuih goyang ke dalam kuali yang telah di isi minyak. Gunakan api sederhana.
5. Bila minyak dah panas, acuan pun dah panas,
celupkan acuan ke dalam adunan.
6. Goyang-goyangkan acuan hingga kuih tertanggal dari acuan. Jika kuih agak tebal, tambahkan sedikit lagi air santan.
7. Setelah kuih kuning keemasan angkat dan toskan minyaknya atas redai.
8. Bila dah sejuk segera simpan ke dalam bekas kedap udara.
Selamat mencuba..
.
Jangan lupa share..

19. Biskut Marmar Carries

Bahan:(kira-kira 75 – 80 biji)
300 gram mentega
100 gram gula pasir
1/2 sudu esen vanila
375 gram tepung kosong
130 gram cornflour

Untuk lapisan gula:
1 putih telur
100 gram gula icing
1 sudu besar
coklat tepung coklat emulco, atau gel pewarna

Pukul mentega dan gula ais sehingga cahaya dan gebu. Tambah vanila.
Pukul dalam tepung biasa dan tepung jagung perlahan-lahan, dan pukul sehingga adunan lembut dibentuk. Gulungkan doh ke kira-kira 1/2 inci tebal,
dan menggunakan pemotong cookie berbentuk hati, potong kepingan anda, dan menghiasi dengan icing.
Bakar pada suhu 150 ° C selama 20-30 minit.

Untuk membuat ais , pukul putih telur selama 1 minit. Pukul gula dan gula pasir hingga puncak lembut.
Pisahkan 1 sudu campuran, dan masukkan emulco atau mewarna pilihan anda.
Menggunakan hujung jari anda, sebarkan lapisan ais ke kuki.
Menggunakan tusuk gigi, celupkan ke dalam lapisan ais berwarna, dan lukis corak marmar pada kue ais.

kredit:/ovenhaven

 

Tinggalkan Balasan