Resepi Almond London by Qleenalee Kitchen

Diposting pada

Bahan:

  • Biji Badam (di jemur dahulu
    Kemudian di bakar selama 20 minit (selalu balik2kan ye supaya badam masak sama rata)atau boleh juga digoreng tanpa minyak.👇
  • 250 butter
  • 100 gm gula aising
  • 2 biji kuning telur
  • 1sdt esen vanila
  • 1/2 cwn serbuk badam
  • 3 sdb susu tepung
  • 1/2 tsp bking powder
  • 1 tsp emplek/tpung beras
  • 1/2 cwn tepung jagung
  • 3 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn nestum dikisar halus(optional)
    **Jika letak nestum kurangkan tepung gandun.
    (Sukatan boleh ditambah atau dikurangkan bergantung pada kelembutan adunan)
    **Tepung gandum diSangai terlebih dahulu..sejukkan . Ayak…

Bahan Salutan Choclate:

  • 500g milk choclate compound(any brand)
  • 2 sdb butter
    *Boleh guna shortening/marjerin

Bahan tambahan:

  • Badam cincang(panggang seketika)
  • Paper cup saiz kecil(hitam)

Cara:

  1. Mix gula aising dan butter,kuning telur dan esen vanila menggunakan spatula.
  2. Masukkan serbuk badam, sudu tepung dan tepung jagung yg sudah dicampur dengan Emplex dan baking powder adun sebati.
  3. Masukkan tepung gandum yang sudah diayak sedikit demi sedikit sambil diuli lembut dengan tangan. Jika masukkan nestum kurangkan tepung gandum. Uli atau adun sehingga mendapat adunan yang lembut dan tidak melekit ditangan. (Tepung gandum tidak semestinya dihabiskan ya jika adunan sudah lembut dan cantik untuk digentel.)
  4. Ambil.sedikit adunan isikan biji badam dan gentel bulat membujur susun atas dulang. Bakar 130°c
    30 minit atau sehingga masak. (suhu ini saya guna oven khind 150liter) setiap oven tidak sama ya. Ikut oven masing2.
  5. Setelah masak sejukkan disuhu bilik.
  6. Double boil kan choclate compund bersama butter dan celup biskut dengan choclate compound dan masukkan dalam paper cup. Taburkan badam cincang.(badam cincang dipanggang seketika)..tunggu choclate kering atau keras baru disimpan dlm bks kedap.

Tips:Untuk dapatkan saiz yang cantik sekata sama besar guna sudu metrik untuk sukatan doh/adunan tepung.Untuk saiz comel boleh gunakan sudu 1/2 sudu teh/tsp)
Untuk saiz sedikit besar guna sudu 1 tsp)
Pilihan masing2 nak kecik atau besar.
Slmt mencuba.Ikhlas dari Q’leenalee kitche

Tinggalkan Balasan