Resepi Biskut Almond Coklat Chip

Diposting pada
Biskut yang ranggup dan sedap…sesuai dijadikan kudapan atau juadah musim perayaan. Buah tangan untuk jiran yang beragama kristian yang akan menyambut perayaan Hari Natal hujung minggu ini.
Bahan-bahan
  • 250g butter
  • 100g gula castor
  • 100g gula perang
  • 1 biji telur
  • 400g tepung gandum
  • 50g serbuk badam
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh emplex
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Badam cincang dan coklat cip sesuka hati😃😃😃
Cara-caranya
  1. Ayak tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan emplex. Ketepikan.
  2. Kacau mentega, gula castor, gula perang dan esen vanila menggunakan seduk kayu atau spatula.
  3. Setelah sebati masukkan telur dan kacau. Masukkan tepung yang telah diayak, sedikit demi sedikit.
  4. Akhir sekali masukkan badam cincang dan coklat cip gaul sebati. Simpan adunan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Panaskan oven 160 c . Bulatkan adunan dan tekan menggunakan garfu diatas dulang pembakar. Bakar selama 20 minit, menggunakan api atas dan bawah atau mengikut oven masing-masing.
  6. Sejukkan biskut di atas rak. Biskut akan ranggup apabila ia benar2 sejuk.
Nota: untuk mendapatkan saiz biskut yang sama, saya timbang adunan 15g setiap satu. Biskut akan mengembang dua kali ganda.
Selamat mencuba 😊😊😊

Tinggalkan Balasan