Resepi Kek Buah Kukus

Diposting pada

Bahan A:

  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air panas
  • 250g (1buku) butter
  • 3 cawan mix fruit
  1. Panaskn gula dlm kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)
  2. Masukkn air panas perlahan2 dan masak semula hingga gula larut.
  3. Masukkn butter dan kacau hingga butter cair.
  4. Masuk pula mix fruit,masak hingga mendidih
  5. Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B

  • 300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)
  1. Ayak bahan2 3 kali
  2. Masukkn ke dlm adunan A sikit2 sambil dikacau hingga rata.

Bahan C

  • 3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. Pukul telur hingga kembang berbuih,masuk dlm adunan tadi dan kacau hingga rata.
  2. Boleh tambah 2 sb sunquick jika suka.
  3. Tuang adunan dlm loyang yg telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik,sapu minyak shj)
  4. Tutup loyang dgn plastik supaya wap dr penutup kukusan tak jatuh atas kek,boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.
  5. Pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek.
  6. Kukus kek selama 2 jam.
  7. Sejam yg pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.
  8. Bila kek dah masak,tutup api,buka penutup dan biarkn kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dlm kek x turun ke bawah)
  9. Tunggu sejuk baru potong.

SELAMAT MENCUBA
Credit : Maz Abdul

Tinggalkan Balasan