Resepi Kek Lapis Anna Berry by Chef Afifah

Diposting pada

Kek Lapis Anna Berry by Chef Afifah. Saiz Loyang : 8.5×8.5×4

BAHAN-BAHAN

  • 500g butter asli/pure butter *saya guna SCS
  • 250g cream cheese
  • 80g gula castor
  • 350g susu manis
  • 100g Yeo’s seri kaya
  • 10 biji telur grade A
  • 100g tepung susu Nespray
  • 200g serbuk ais krim vanila
  • 300g tepung pau *diayak
  • 200g blueberry filling
  • 2 sdb blueberry paste
    *saya hanya guna 2 sdb blueberry filling utk setiap bahagian warna.
  • 30g ovallete
  • Pewarna violet atau purple/ungu secukupnya
  • Pewarna putih secukupnya

LANGKAH 1

  1. Putar butter,cream cheese,gula dan ovellate hingga kembang dgn kelajuan tinggi.
  2. Dengan kelajuan perlahan,masukkan telur satu persatu utara sehingga sebati.
  3. Masukkan susu manis dan kaya putar sebati.
  4. Masukkan bahan-bahan berikut sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati(*jangan terlalu lama)Tepung pau yg diayak,serbuk ais krim vanilla dan susu tepung penuh krim.

LANGKAH 2

  1. Timbang keseluruhan adunan dan bahagikan kepada dua bahagian
  2. Bahagian A : warnakan ungu pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling
  3. Bahagian B : warnakan dgn campuran pewarna putih & ungu.Pastikan warnanya light/cerah/tidak pekat dan gaul sebati 2 sudu blueberry filling.

LANGKAH 3

  1. Panaskan oven suhu 150°c
  2. Setiap lapis guna 180gm
  3. Bakar 7-8 minit atau sehingga masak
  4. Mulakan dengan lapisan warna ungu pekat/dark purple dlm loyang bakar sampai masak (7-9 mnt) *bergantung suhu oven masing-masing
  5. Masukkan warna purple muda/light purple kemudian paipkan corak filling blueberry di atasnya.
  6. Ulang cara yang sama sehingga habis adunan.Jika ada lebihan boleh buat corak di bahagian atas(lapisan akhir) dgn menggunakan kreativiti sendiri
  7. Utk hiasan atas tu, sy cuma tabur dried blueberry

Tinggalkan Balasan