Resepi Kek Lapis Masam Manis by Shazz Md Kamarul

Diposting pada

Selalu tengok warna hijau kuning tapi kali ni kita tukar kaler pulak😍😍.. Di bawah ni resepi asal dari group ni tapi saya ubah pukul butter dan gula dulu kemudian baru masukkan telor.. diikuti susu dan bahan2 lain. Memang sedap.. nang nyaman 🤩🤩🤩

Nak kukus pun bolehh..nak bakar dgn cara melapis mcm biasa pun bolehhh…lantak hangpa ..janji selesa dgn apa yg hangpa buat…😁

Bahan bahan🍰🍰🍰

  • 500 gram pure butter atau spesis buttercup
  • 120gram gula kastor(ikutlah tahap suka manis macamana…tk suka manis kurangkan, suka manis tmbh pd 150gm..
  • 10biji telor grade A
  • 150 gram tepung biskut Marie( biskut Marie diblend halus)
  • 150 gram tepung gandum ( sy pakai tpg gandum cap sauh/Bluekey )
  • 100gram horlicks
  • 250 gram susu pekat manis/ 1/2 tin susu pekat tin tggi.
  • 50 gram serbuk santan ( sepekat harga rm1.80-2.00++)
  • 1 sudu makan ovelette
  • Creamy vanilla- satu sudu kecil
  • Hwaflakes@manisan masam manis..(secukupnya )

Cara caranya…..🧉🧉🧉

  • Pukul butter bersama susu pekat terlebih dahulu sehingga kembang..biarkan..(creamy)
  • Pukul telor,gula,ovalette, sehingga kembang..pastikan telor di masuk satu persatu..telor tu cuci dulu yerr..
  • Selepas pukul sebati satukan bahan butter,susu n telor, ovalette,gula,didalam satu bekas…
  • Masukan creamy vanilla aka essence vanilla
  • Masukan horlick pukul rata lagi
  • Masukan serbuk santan
  • Akhir sekali masukan tepung gandum(diayak dahulu..kang ada something wrong kat dlm tpg gandum tu hangpa jgk yg menyesal nnti 😂) dan tepung biskut Marie sedikit demi sedikit…pukul rata lagi sehingga adunan bersatu dan nampak berkilat….
    Selepas itu bahagikan adunan..( terpulang pada warna kesukaan memasing)

Kalau boleh setiap adunan nak dibahagikan seelok nya ditimbang.🤗..selang selikan lapisan yg disusun dgn hawflakes…jgn terlalu banyak jgn terlalu sedikit..lapisan setiap bakaran mmg kering pd awalnya tp jgn bimbang, kek akan moist secara semulajadi pd 2-3 hari berikutnya …kerana tindakbalas gula yg terdapat pd hawflakes …sejujurnya, kek lapis hawflakes makin lama makin sedapppp…☺☺☺

Kepanasan oven pun terpulang pada oven memasing sebab oven xsemuanya sama…sy pakai ovengas yg ditempah daripada Indonesia..🥰🥰

Nampak kek masam manis ni simple..tapi yg simple inilah pembelajaran pertama saya dulu hingga diiktiraf dgn “SIJIL KEMAHIRAN DALAM NEGARA”….✌️selamat mencuba

Tinggalkan Balasan