Resepi Kek Lapis Watermelon Cheese

Diposting pada

Kek Lapis Watermelon Cheese by Flo Rence Terri Adoh
loyang 8.5″

Bahan Kek Lapis Watermelon Cheese

  • 500g butter
  • 10 biji telur gred A
  • 1 cawan gula
  • 250gm cream cheese
  • 200gm holick
  • 3 1/2 cawan tepung pau
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 tin kecil sri kaya
  • 1 sudu besar ovallete
  • 1 botol kecil perisa pandan
  • pewarna hijau epal,putih,gold pink

Cara Membuat Kek Lapis Watermelon Cheese

  1. Pukul telur ,gula dan ovallete sehingga kbang mggunakan high speed.
  2. Dalam bekas berlainan pukul butter,cream cheese dan susu pekat sehingga kembang dan tidak berketul².
  3. Kemudian masukkan sri kaya pukul lagi hingga sebati
  4. Satukan adunan telur dan butter…pukul sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.pukul hingga sebati
  6. Masukkan holick dan pukul lagi hingga sebati
    p/s : bagi yg terlupa nak beli chocolate chip macam saya 😅 boleh asingkan 400g adunan, campurkan dengan 2 sudu besar serbuk coklat dan campurkan sedikit warna hitam.masukkan dlm piping bag
  7. Bahagikan adunan kepada 3:
    600gm masukkan pewarna hijau epal dan perisa pandan.
    300gm masukkan pewarna putih secukup nya.
    Selebih nya masukkan pewarna gold pink
    (kalau tak ada gunakan warna merah jer)
    p/s : suhu oven bergantung kepada oven masing²
  8. Timbang adunan warna hijau 150gm utk lapisan pertama,kedua 150gm,ketiga150gm dan keempat 150gm.
  9. Selesai adunan warna hijau,timbang adunan warna putih 150gm utk lapisan kelima dan 150gm lapisan keenam.
  10. Selesai lapisan hijau dan putih ,timbang lapisan pink sebanyak 150gm.kemudian piping kan adunan bewarna hitam secara memanjang (seandainya tiada coklat cip ).kalau ada coklat cip taburkan sahaja di atas setiap lapisan bewarna pink.lapis sehingga adunan habis.

Tinggalkan Balasan