Resepi Kek Pelangi Kukus Sukatan Cawan Mudah & Sedap

Diposting pada
Rujukan Sukatan Cawan Yang Boleh Anda Ikuti
Bahan-Bahan:
  • 4 biji telu
  • 200gm gula halus
  • 1 sudu teh ovellete
  • 200gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
  • 100ml santan
  • 100ml minyak masak/butter yang telah dicairkan
  • Esen vanila Perisa dan pewarna
Cara-Cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder.
  2. Pukul telur,gula dan ovellete hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan tepung, mix sebati.
  4. Kemudian masukkan esen vanila, santan. Gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian dibiarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan dan diletak perisa yang disukai.
  7. Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. kemudian tuangkan adunan yang kedua, kukus selama 10-15 minit. akhir sekali tuang adunan yang ke tiga, kukus selama 20-25 minit.
  8. Pastikan kukusan dipanaskan terlebuh dahulu menggunakan api sederhana.
share resepi bonda

Tinggalkan Balasan