Resepi Kuih Kasturi

Diposting pada
KUIH KASTURI
by. @kualihelena
  • 200 gr kacang hijau
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/4 cawan tepung gandum
  1. Basuh dan rendam kacang hijau semalaman.
  2. Toskan airnya dan bilas.
  3. Kemudian masukkan ke dalam periuk (seelokknya dalam periuk non-stick) dengan air secukupnya.
  4. Rebus hingga empuk, tambahkan sedikit lagi air dan terus merebus hingga kacang lembut.
  5. Bila air hampir kering, masukkan gula, kelapa parut, tepung gandum dan garam.
  6. Kacau sentiasa hingga sebati dan kering.
  7. Tutup api dapur dan biarkan suam.
  8. Ambil sedikit adunan bentukkan bulat dan leperkan.
Bahan Salut Kuih:
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 biji telur
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan air kapur
  • garam
  • air sejuk secukupnya
  1. Campurkan kesemua bahan di atas kedalam mangkuk sambil tuangkan air sedikit demi sedikit.
  2. Jangan terlampau pekat, refer video.
  3. Panaskan minyak kedalam kuali.
  4. Celup kuih tadi ke dalam adunan dan goreng hingga garing.
  5. Kalau nak simpan dalam peti sejuk beku, goreng setengah masak/ sekejap je.
  6. Tak perlu sampai garing.
  7. Selamat mencuba!
Kredit Resepi : Helena Rizanie Abdullah‎

Tinggalkan Balasan