Resepi Mee Soto Ayam

Diposting pada

Layan sup soto. Sedap menghirup sup di kala hujan petang.

Resepi Mee Soto Ayam

Bahan-bahan:

  • 500 gm mee kuning (mee hoon/sohun pun boleh) – dicelur
  • 100 gm/50 sen taugeh – dibersihkan dan dicelur
  • 1 ekor ayam dibelah dua atau empat
  • 3-4 liter air
  • 3 sudu makan ketumbar*
  • 3 sudu makan jintan kasar*
  • 2 sudu makan jintan halus* (*disangai & dikisar halus)
  • 1 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 batang kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 biji bunga cengkih
  • garam&secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 biji bawang besar hiris
  • 1 kuib ayam dan 1 sup bunjut adabi

Bahan Kisar

  • 3 biji bawang besar
  • 8 ulas bawang putih
  • 5 cm halia

Bahan Sampingan

  • secukupnya daun sup & daun bawang
  • bawang goreng
  • begedil
  • sambal kicap cili padi
  • isi ayam (disiat-siat)
  • Sambal Kicap Cili Padi –
  • 25 biji cili padi merah/cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 125 ml (dalam 1/2 cawan) kicap lemak manis
  • jus dari perahan 2 biji limau kasturi

Cara Membuat:

Kuah Soto 👇

  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang besar tadi hingga kuning sedikit.
  2. Masukkan rempah tumis (kayu manis, cengkih & pelaga) yang telah dititik.
  3. Kemudian, masukkan rempah yang telah dikisar. Kacau hingga garing dan naik baunya.
  4. Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus, jintan kasar dan lada putih. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan ayam, air, kiub ayam, rempah sop punjot dan garam. Kacau sekali-sekala dan biarkan hingga mendidih.
  6. Kemudian, keluarkan ayam yang telah empuk dari periuk.

Sambal Kicap

  1. Goreng cili padi dan bawang putih bersama sedikit minyak.
  2. Toskan dan kisar/tumbuk dan perahkan jus limau)

Cara Menghidangkan Mee Soto:

  1. Ambil mee/bee hoon lalu bubuhkan dalam mangkuk. Bubuhkan juga taugeh celur.
  2. Tuangkan kuah soto dan taruklah isi ayam yg telah disiat ke atas mee tadi.
  3. Taburkan daun sup/bawang dan bawang goreng. Bubuh sebiji begedil dan sedikit sambal cili padi.

Sumber resepi :FB
Airtangan dan gambar : Eniza M. Salim.

Tinggalkan Balasan