Resepi Nasi Arab Sedap

Diposting pada

Ada yang nak tak full resepi nasi arab sekali sos salatoh&sos zabadi, pes nasi arab tu nina buat sendiri je betul betul rasa dia punya rempah😍yang ni versi ayam bakar perap ala2 satay kalau nasi arab yang biasa ayam yang rebus tu perap garamkunyit boleh terus goreng je

RESEPI NASI ARAB SEDAP

Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi

  • 1 kg beras(nina guna beras biasa je basuh dan toskan)
  • 1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
  • 1ekor ayam (potong 4)
  • 3 sudu besar minyak
  • 3 sudu besar minyak sapi &butter
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
  • *kalau xde serbuk jintan bleh gantikan dengan serbuk rempah sup adabi)
  • pewarna kuning
  • Bawang goreng
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
  • 1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)

Bahan-Bahan Tumis

  • 5 ulas bawang merah (kisar@hiris)
  • 3 ulas bawang putih dihiris
  • 3 cm halia
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu kecil jintan putih
    *tumis semua bahan² sampai garing.

Bahan-Bahan untuk Sos Salatah/sambal

  • 3biji tomato
  • Cili merah
  • Bawah putih 3ulas
  • Sedikit air
  • 1/2biji lemon (ambik jus)
  • garam
  • gula
    *kisar semua bahan dan masak sekejap hingga mendidih

Zabadi@SaladArab

  • 1biji timun(nina guna timun jepun lagi rangup)
  • 1batang carrot
  • 1biji tomato
  • Bawang merah
  • Yogurt plain 1bekas kecil
  • Sedikit jus lemon
  • Gula garam secukup rasa
    *potong dadu semua bahan gaul bersama yogurt hingga sebati perasakan gula garam

Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam

  1. Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ni akan digunakan utk masak nasi.
  2. Letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam.
  3. Masukkan bahan-bahan tumisan & serbuk jintan ke dalam periuk ayam juga. perasakan dgn garam dan gula.
  4. Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam ½ jam dengan api yg sederhana.
  5. Selepas ½ jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.

Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi

  1. Cucikan beras sampai bersih.
  2. Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
  3. Taburkan bawang goreng
  4. Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
  5. Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak(bila hampir masak nina titiskan sedikit pewarna merah untuk dapatkan nasi 2ton warna yang ni optional je tak buat pun takpe)
  6. Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering.
  7. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan acar sayur, sos dan ayam.

Cara-Cara untuk Memasak Ayam

Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng@grill sekejap untuk garingkan bahagian luar
**********************
*Rempah Perapan Kambing@Ayam@Daging*
-bawang merah 5-7ulas
-bawang putih 5ulas
-halia 2inci
-serai 4batang
-jintan manis 1sudu kecil
-sedikit lada hitam
-cili giling 3sudu besar
-rempah kari adabi 1paket kecil
-asam keping 1keping
-daun pandan sehelai simpul
-gula melaka(guna gula melaka kaler lagi cantik)
*nak guna gula biasa pun boleh je
-garam
-minyak untuk menumis
*kisar bawang merah,bawang putih,serai,halia,jintan lada hitam
hingga halus
*tumis bahan kisar sekejap masukkan serbuk kari,cili giling,daun pandan
asam keping perasakan gula garam
*nina suka buat manis2 sikit lagi sedap
*masak hingga pecah minyak@agak pekat
*dah suam2 sikit boleh perap daging@ayam@kambing
*perap 1@2jam lagi lama perap lagi sedap
*sukatan yang ni boleh guna untuk perap 2ekor ayam tu pun ada lebih lagi nak buat banyak boleh gandakan

Tinggalkan Balasan