Resepi Nasi Ayam Thai Eila Rostam

Diposting pada

Resepi Nasi Ayam Thai Style Saya
(Utk 2 orang makan..nak buat lebih boleh gandakan agak² ye)

Bahan : (sup)

¼ ekor ayam+leher+kaki+tulang² dibersihkan (ikut mana² bahagian kegemaran)
Fishball
1 inci halia dihiris nipis (bahagi 2 utk sup dan nasi)
1 akar daun ketumbar
2 biji kiub ayam
½ sudu kecil serbuk lada sulah
½ sudu besar serbuk perasa
2-3 titis minyak bijan
Bawang goreng
Daun sup dan daun bawang
1 sudu kecil sos ikan/sotong
Garam jika perlu
5-7 gelas air (utk sup dan nasi)

Cara² :

Lemak/kulit ayam dilayur sehingga keluar minyak ayam
Masukan hirisan halia, serbuk lada sulah dan layukan sebentar
Masukkan pula bahagian² ayam dan layukan sebentar utk matikan air ayam
Masukkan air secukupnya bersama² akar ketumbar dan kiub ayam
Bila sup telah mendidih masukkan pula minyak bijan, sos ikan/sotong, serbuk perasa, fishball dan garam jika perlu
Biarkan masak sekata sehingga ayam masak
Taburkan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Bila ayam telah masak boleh keluarkan isi ayam dan lumurkn dengan sedikit serbuk perasa dan serbuk lada sulah
Gorengkan isi ayam sehingga keperangan dan diketepikan

Bahan : (nasi)

1 pot beras dibasuh bersih
1 akar ketumbar (nak jimat pakai balik je akar dalam sup tu)
1 biji kiub ayam
1½-2 gelas air sup (guna sup ayam tadi – sukatan air ni tengok jenis beras ye..saya pakai basmathi air lebih ckit je..boleh agak² sendiri)
1 sudu kecil butter/margerin/minyak
1-2 titik minyak bijan
Hirisan halia

Cara² :

Masukkan semua bahan di atas ke dalam periuk nasi bersama² dengan beras yang telah dibasuh tadi
Masak nasi seperti biasa

Bahan² : (Sambal cili)

1 biji cili merah dikisar halus
3 biji cili padi merah dikisar halus
2 biji bawang putih dikisar halus
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk perasa
1 sudu besar sos cili
Sedikit garam
2 sudu kecil tepung jagung yg dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya

Cara² :

Campur semua bahan di atas kecuali air tepung jagung
Masak semua bahan di atas sehingga sekata
Akhir sekali masukkan sedikit demi sedikit air tepung jagung sehingga kita dapat kepekatan sos yg diingini. Jangan terlalu cair/pekat
Matikan api

Bahan² : (sos kicap)

1-2 sudu besar kicap pekat manis
1 biji bawang putih yg dicincang
1 sudu kecil sos tiram
2-3 titis minyak bijan
Air bancuhan tepung jagung lebihan sos cili tadi
Sedikit serbuk perasa
Air secukupnya

Cara² :

Satukan semua bahan² di atas
Masak sehingga sekata
Boleh tutupkan api
Sedia untuk dihidang

Bahan sampingan :

Salad
Timun
Tomato
Daun ketumbar (jika suka)
Selamat mencuba!!😍😍😍

Sumber : Eila Rostam

Tinggalkan Balasan