Resepi Premium Royal Thai Buttercake Versi Red Velvet

Diposting pada

Resepi Premium Royal Thai Buttercake Versi Red Velvet by Ummu Yusuf

Sementara siapkan bahan2, panaskan oven terlebih dahulu, suhu 150c selama 10 minit

Bahan-bahannya :

  • 200 gram tepung naik sendiri
  • 1 tsp baking powder
  • 15 gram serbuk koko
    (campurkan tepung naik sendiri + baking powder +serbuk koko)
  • 150 gram butter
  • 70 gm gula icing
  • 70 gram gula halus
  • 12 gram ovalette
  • 181 gram telur ( saya guna gred B, pukul telur macam nak buat telur dadar, kemudian timbang untuk dapatkan 181 gram telur sahaja)
  • 80 gram yogurt
    Loyang saiz 7 inci

Cara:

  1. Mix butter, gula ising, gula halus & ovalette sampai betul-betul kembang dan menjadi warna putih
  2. Kemudian masukkan telur sedikit demi sedikit, mix sekejap
  3. Seterusnya, masukkan tepung naik sendiri + baking powder powder +serbuk koko berselang seli dengan yogurt, mix sekejap sampai sebati
  4. Kemudian, masukkan esen creamy vanilla dan pewarna merah, mix sekejap
  5. Lorekkan adunan, guna lidi atau chopsticks, dan hentak loyang dua tiga kali untuk buang udara yang ada dalam adunan kek
  6. Seterusnya sediakan tray atau loyang, kemudian lapik tisu, basahkan dengan air,kalau tak ada tisu boleh gunakan kain tuala.
  7. Letak loyang adunan kek atas tray yang dilapik tisu basah & bakar kek pada suhu 150- 160, selama 50-60 minit atau ikut oven masing2.

Selamat mencuba ❤️

Tinggalkan Balasan