Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Diposting pada

Puding Karamel versi tanpa telur🍮🍮
Buat dalam bekas mcm nie senang bila nak makan😉

Sedap tulaa mkn sejuk2 nie😋

Resepi..

Untuk caramel

  • 1 cwn gula
  • 1/2 cwn air

Untuk puding

  • Agar-agar serbuk 10g (plain)
  • 4 cwn air
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cwn susu pekat(ikut kemanisan tekak masing2 ya)
  • 3 1/2 sdb tepung kastard
  • 1 sdk esen vanilla
  • Sedikit garam(untuk melemakkan rasa puding)

Cara memasak..

  1. Masukkan gula di dalam periuk dan masak sehingga cair serta menjadi keperangan.Guna api perlahan ya.
  2. Tutup api dan tuang air secara perlahan2 ke dalam gula tadi.Kemudian buka semula api dan kacau karamel tadi sehingga larut.
  3. Sejukkan karamel tadi dan baru di isi dalam bekas ya.
  4. Masukkan air dgn serbuk agar2 serta masak sehingga mendidih
  5. Campurkan susu cair, tepung kastard, susu pekat, garam serta esen vanilla kacau sehingga sebati terlebih dahulu masukkan ke dlm agar2..Biarkan mendidih.
  6. Siap untuk di tuang ke dalam bekas dan sejukkan di dlm peti ais..

Tinggalkan Balasan