Resepi Set Nasi Minyak

Diposting pada

Nasi minyak ramai orang suka makan tiap Kali kenduri,mesti rindukan NK makan nasi minyak..,malah,sekarang musim PKP,kenduri pula perlu ditangguhkan,Yang teringin Nak makan nasi
minyak..boleh la Cuba masak dirumah,saya sertakan RESEPI NASI MINYAK & DAGING MASAK HITAM & ACAR TUMIS

  • Beras basmati 5 pot
  • Susu Cair =1 cawan
  • Bawang merah 5 biji dihiris halus
  • Bawang putih 3 biji dihiris halus
  • Halia 2cm dihiris/atau ditumbuk
  • Serai 1 batang (dikatok)
  • Bunga lawang 1 biji
  • Buah pelaga 3 biji
  • Kayu Manis 1 batang kecil
  • Bunga cengkih 3 biji
  • Minyak sapi 2@3 sudu besar
  • Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit(hujung sudu)
  • Garam Dan serbuk perasa(agak2)

Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit Dan toskan

P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air

RESEPI DAGING MASAK HITAM

Bahan bahan

  • 1 kg daging(direbus sehingga empuk)
  • Kacang peas Dalam tin 4@5 sudu besar(jika suka)
  • Kismis 1 kotak kismiss @ 4 sudu besar
  • ½botol kecil kicap Manis(cap kipas udang saya Guna)
  • 1 batang serai dikatok
  • Daun kari 2 batang
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • 2 biji bawang besar dihiris halus
  • 2 sudu besar Serbuk Kari daging
  • 1 sudu besar serbuk sup
  • 1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
  • Gula pasir@gula Melaka 3 sudu besar
  • Garam Dan serbuk perasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Air rebusan daging 4 senduk

Bahan Kisar:

  • 5 batang batang serai
  • 10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
  • Halia sebesar ibu jari
  • 20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
  • 4 biji buah keras
  • 10 biji bawang putih

Caranya

  1. Panaskan minyak,Dan masukkan daun kari, serai,bawang Yang dihiris,Bunga lawang,buah pelaga,Bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga Naik bau atau sedikit kekuningan
  2. Masukkan bahan Yang dikisar Dan masak sehingga pecah minyak Dan masak
  3. Apabila Sudah pecah minyak,masukkan serbuk Kari,Dan serbuk sup.(masak seketika)
  4. Masukkan air asam jawa 1 sudu besar
  5. Masukkan kicap Manis Dan air rebusan daging(4 senduk) Dan masukkan sekali daging Yang telah direbus
  6. Masukkan kismis ,kacang peas Dan masakkn agak sedikit kering ..(Kalo suka.berkuah Pon tak pe)
  7. Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam,Dan serbuk perasa(Rasakan secukup rasa Yang dimahukan)
  8. Siap dihidang…

RESEPI ACAR TIMUN BERTUMIS

  • Timun 1 biji(dipotong)
  • Lobak merah 1 biji(dipotong)
  • Bawang kecil 15 biji
  • Bawang putih 15 biji
  • Halia 2 cm dihiris halus2
  • Biji sawi 1 sudu besar
  • Cili kisar 3 sudu besar
  • Rempah Kari ikan 1 sudu besar
  • Gula melaka 1 sudu besar
  • Gula putih 1 sudu besar
  • Kismis 2 sudu besar
  • 2 sudu besar cuka
  • Garam(agak
  • Serbuk perasa
  • Daun kari 1 batang
  • Minyak masak 3 sudu besar

Caranya

  1. Panaskan minyak masak,Dan masukkan biji sawi dam daun kari
  2. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak,
  3. Masukkan serbuk Kari Dan masak seketika
  4. Masukkan ,halia,bawang kecil Dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan)
  5. Apabila Sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa,Dan kismis…
  6. Masukkan lobak merah Dan timun..masak lembut sehingga masak ..

P/s=sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam ,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur,..atau ikut Yang disukai😍😍

Kredit: Nurul Ateekah(MAHN)

Tinggalkan Balasan